DEBARAN 16 SEPTEMBER 2008

Saya dihujani oleh pelbagai pihak mengenai debaran 16 Sep 08, diantaranya ada yang menghantar sms, email dan tidak kurang juga berjumpa dengan saya yang berbilangan kaum, 'betulkah peralihan kuasa itu akan berlaku'. Ini menunjukkan sekarang rakyat tidak kira apa kaum mahukan perubahan di dalam negara kita. Bagi pendapat saya kita tunggu dan lihat apakah pertukaran kerajaan akan betul-betul berlaku. Saya juga telah bersedia andainya berlaku peralihan kuasa, kerana saya percaya pemimpin di dalam Pakatan Rakyat mampu membawa negara ini yang lebih baik daripada kerajaan yang memerintah sekarang. Sehubungan dengan itu saya mengharapkan peralihan kerajaan akan benar-benar berlaku tanpa sebarang insiden yang membabitkan keruntuhan negara semasa peralihan kuasa itu berlaku.

PERTEMUAN DENGAN PEJABAT TANAH


Pada 5/9/08 jam 9.00 am satu pertemuan dengan Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru dan wakil Majlis Perbandaran Pasir Gudang serta pihak Titan untuk menyelesaikan isu Persatuan Perniaga Tenang Mesra Jaya, Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang berkaitan dengan isu pembinaan tembok dihadapan premis perniagaan persatuan tersebut. Di dalam pertemuan tersebut pihak terbabit berjanji akan menyelesaikan isu ini untuk kepentingan para peniaga tersebut. Maaf kerana lewat kemaskini isu ini. Gambar-gambar tembok yang menghalang peniaga terbabit akan disiarkan pada minggu ini.

BANTUAN SEMPENA RAMADAN

ini yang kami mampu........beri

MENDENGAR RINTIHAN IBU TUNGGAL

lima belas keluarga di Block Taman Cendana terima bantuan daripada Pas Kawasan hasil sumbangan orang ramai ..terima kasih yang terlibat dan yang beri sumbangan.











KAMI BAKAL DI HALAU

Penduduk Kampung saya bersama YB DR Boo

Kami dah meneroka Kampung ini hampir 25 tahun .Kampung Baru Plentong Tengah dan mendapat sokongan dari pada wakil rakyat kami..sekarang ni kami bakal di halau keluar tanpa pampasan yang sewajarnya walaupun kami dah habis beribu ringit untuk membeli tanah ini.tetapi semua nya sia sia sahaja malahan kami di tipu oleh pihak tertentu.. nak harap wakil rakyat kami tolong kami..muka dia pun tak nampak pasal tu saya jemput wakil PKR untuk dengar rintihan kami. ..kata salah seorang penduduk pada saya .Pada 5.8.2008. saya sekali lagi melawat kampung tersebut,bersama dengan Yb Dr Boo Adun Skudai . isu ini akan beliau sebut dalam sidang dun yang akan bermula pada 9.8.2008 walaupun sebelum ni saya dan penduduk dah usaha macam macam termasuk buat demo di hadapan pejabat Mb dengan harapan MB akan dengar rintihan penduduk kampung ,tapi MB pun buat tak tahu sahaja walaupun penduduk kampung adalah penyokong kuat umno .

JEM KERANA LUBANG BESAR

Jalan utama masuk ke Permas Jaya Kelihatan lubang besar Kenderaan Besar pun terpaksa perlahan




Saya terima aduan dari masyarakat cina yang mengadu jalan jem terok .kerana terdapat lubang besar di bawah Jabatan Permas Jaya yang sudah lama di biarkan... di harap pihak yang berkenan ambil tindakan segera .

Pusat Aduan Rakyat Zon Permas

Serah memorandum pada Yb Dr boo isu kampung Plentong

Demo DiBukit Timbalan bersama penduduk
Plentong.
Aduan dari masyarakat India nama beliau di
diguna oleh pihak tertentu untuk beli kerata
serah pada peguam untuk tindakan lanjut.
Bersama penduduk kampung Baru Plentong
Tengah .


Sebahagian dari pada kerja kerja Pusat Aduan rakyat yang dapat saya siarkan disini.sebarang pertanyan boleh hubungi penyalia Pusat aduan Rakyat 0137511818.

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular