MARAH

Selepas saya ceramah dengan YB Taufik dari Paroi saya terima sms dari kawan baik saya berbangsa cina siap bagi salam tu..dia kata penting you mesti turun di permas esok pagi ahad jam 9.30 di senibong ada pekara penting ingin di bincang katanya ..saya jawab sms ok kita jumpa di sana ...nasib esok (ahad) saya tak ada mesyurat kalau tidak tak dapatlah jumpa mereka ni sebenarnya mereka nilah yang bantu saya ketika pilihan raya yang lepas.

Sampai saja di sana semua dah tunggu saya seramai lima orang saya tanya khabar masing masing.. saya tengok muka kawan kawan saya ni macam ada tak kena saja.. apa hal ada cerita menarik ke..ya memang ada jawab mereka.. apa dah jadi pada pas kami orang cina sudah percaya pada pas.apa pasal jadi macam ni pas mahu sokong umno pulak wa sudau keluar dari mca ..masa pilihanraya wa sokong parti pas ma.. sekarang lu punya parti mahu sokong umno ini macam ka ini tak tarak betul pening wo lu tolong terang sikit wa apa sudah jadi..ini ayat pertama yang keluar dari mulut cina tersebut saya ambil masa yang lama juga untuk menjelaskan kedudukan sebenar.

Saya terpaksa perjelas satu demi satu. mereka kata surat khabar cina tulis yang benar siapa pergi jumpa siapa dan siapa yang dapat tawaran dalam surat khabar cina semua ada cerita.. nasib baik mulut saya tak berbuih nak terang apa yang terjadi. lu ada baca pasal tok guru tanya saya pada mereka?..ada ada apa kata tok guru ..oooh pas tak mahu masuk umno kan ..kalau tok guru saya percaya tapi orang lain apa macam?saya kata jangan bimbang kita tak akan mengkianati pakatan rakyat.. bukan orang cina sahaja marah orang india pun turut marah isu perjumpaan pas dan umno pemimpin kita yang tak berhati hati media dah hari hari serang kita lama lama orang akan percaya siapa yang rugi ..yang untung umno kerana berjaya goyangkan pakatan rakyat..pemimpin umno senyum..

Saya kesal apa yang terjadi.. saya tahu banyak cerita lagi tapi biarlah pemimpin kita jelaskan dulu apa yang terjadi sebenar walaupun isu mezakarah dah tutup fail tapi masih ada lagi pemimpin kita sahaja layan media yang suka putar belitkan kenyataan .kita ahli bawah terpaksa berkerja keras untuk jelaskan cerita sebenar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular