Bantu Orang Asli Fahami Islam

Malam semalam, kami telah pergi ke sebuah perkampungan orang asli yang terletak di pinggir Kg. Pasir Putih. Menurut seorang penduduk di situ jumlah kesemuanya adalah 70 keluarga. 3 dari mereka masih belum memeluk Islam.






Kami hadir atas permintaan  seorang pegawai sebuah persatuan remaja yang sedang bertugas di perkampungan tersebut yang ingin menolong untuk menyampaikan Islam kepada penduduk orang asli di situ.






Dalam perjumpaan ini, kami telah diberi penjelasan mengenai masalah yang mereka hadapi khususnya berkaitan fardhu ain yang mana mereka inginkan setelah beberapa tahun mereka memeluk Islam.



Ada antara mereka yang mengeluh perihal kejahilan mereka dalam ilmu agama dan juga kesungguhan mereka untuk mempelajari dari beberapa individu dan jabatan yang sehingga kini tidak menampakkan hasil.







"Sebenarnya, sudah ramai yang datang ke sini, tapi ramai yang tak sanggup dan hilang entah ke mana," kata seorang wanita tua yang digelar Mek.




Rombongan kami yang disertai Sdr. Haini, Ust. Nazri dan Ust. Hisyam telah bersetuju untuk merancang beberapa program untuk penduduk di situ. Antara lain Kelas Fardhu Ain, Kelas Al-Quran dan Kuliah Agama Bulanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini

Diari

Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular