HIMPUNAN TANAH AKAN DI LANCAR DI PARLIMEN

SIMPANG RENGGAM – Gabungan Selamatkan Tanah Rakyat Johor (TANAH) akan mengumumkan satu perhimpunan besar-besaran dalam satu majlis yang dipanggil pelancaran Himpunan Tanah Rakyat Johor di lobi Parlimen Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 16 April depan.
Menurut Pengarah Sekretariatnya, Suhaizan Kaiat, selain kehadiran sejumlah 40 orang daripada rombongan TANAH, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan turut berada di majlis pelancaran itu bagi mengumumkan satu perhimpunan TANAH yang akan diadakan pada 5 Mei depan di pusat beli belah terkenal Plaza Angsana Johor Bahru.
”Rombongan sekitar 40 orang yang kebanyakannya penduduk Pengerang akan berada di Parlimen Malaysia awal minggu depan,” ujarnya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Khas Sekretariat TANAH di pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Taman Renggam Jaya, dekat sini, semalam.
Sementara itu, beliau berkata, kain lilitan berukuran 3 inci dengan berlogokan TANAH akan diikat sebagai gimik pelancaran majlis tersebut disamping memperkenalkan badge TANAH kepada umum.
Malah, pihaknya mendakwa TANAH turut menerima sokongan daripada 18 badan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh-tokoh berpengaruh serta kalangan rakan Pakatan pembangkang lain yang bersimpati dengan masalah tanah di Johor.
Suhaizan yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) berkata, jelajah penerangan berkenaan TANAH akan digerakkan ke seluruh negara sebagai satu usaha menarik perhatian umum untuk turut serta dalam perhimpunan itu nanti.
”Kita sasarkan bermula dari 21 April ini sesi majlis penerangan akan digerakkan ke setiap kawasan (daerah) di bawah (anjuran) pemuda (DPPNJ) dengan melibatkan individu-individu yang berkaitan seperti YB Salahuddin dan Mazlan Aliman yang bertindak sebagai Pengerusi Gabungan TANAH.
”Selain itu, kami akan bergerak ke seluruh negara dengan menyasarkan negeri-negeri seperti Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan bagi menyampaikan penerangan mengenai TANAH.
”Malah kita akan aturkan satu program konvoi anak muda yang akan berjelajah bermula di Muar hinggalah ke Johor Bahru dengan aktiviti seperti edaran risalah dan sebagainya,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini

Diari

Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular