Ikhlas dalam berjuang

Pejuang Islam mestilah ikhlas dan mempunyai niat yang sebenar kerana Allah, menuntut keredhaanNya dengan menegakkan agamanya sehingga didaulatkan.

Abu Musa Al- Ashaari menceritakan: seorang Arab Badwi datang menemui Rasulullah, dia berkata: Orang yang berperang kerana mahukan harta rampasan, orang yang berperang kerana mahukan disebut orang, berperang kerana riya’, maka siapakah yang dikira berperang pada jalan Allah? Sabda Rasulullah: Sesiapa yang berperang supaya “kalimatulllah" itu menjadi tinggi, maka dialah yang berperang di jalan Allah.

Ini bermaksud perjuangan untuk menegakkan Islam menurut situasi dan keadaan samaada melalui pilihanraya sehinggalah berperang di negeri, tidak ada cara lain daripada mestilah dengan niat yang Ikhlas. Firman Allah swt:

Dan tidaklah diperintahkan kepada meraka melainkan mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus (al-Bayyinah:5)

Apabila mengikhlaskan niat kerana Allah semata-mata maka mestilah membersihkan hati daripada sifat-sifat yang merosakkan niat seperti riya’, ujub dan sum’ah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini

Diari

Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular