Program Bantuan di Kg. Skudai Kiri



2 Januari 2007 - Pas Kulai dan Pasir Gudang telah bersama-sama turun padang untuk memberi bantuan kepada penduduk-penduduk di Kg. Skudai Kiri. Bantuan makanan seperti beras dan daging korban telah berjaya disampaikan kepada lebih 50 keluarga di sini. Manakala sumbangan makan tengahari berupa Nasi Beriani kepada lebih 300 orang hasil sumbangan dari masyarakat dan orang perseorangan.

Namun apa yang dikesalkan ialah bilamana sumbangan dari Kumpulan Buddha yang terlebih dahulu tiba di sini dari Pas sendiri. Kemudian barulah diikuti Pas dan juga dari pihak kerajaan. Amat malang sekali apabila ada rungutan penduduk yang mendakwa mereka terpaksa bertahan 2 hingga 3 hari sebelum bantuan tiba. Mereka seperti tidak diendahkan akibat pergerakan maklumat mengenai lokasi bencana yang tidak dimaklumkan dengan menyeluruh.

Ketua Pemuda Pas Pasir Gudang, Sdr. Syed Othman Syed Abdullah hari ini seterusnya bercadang untuk mengadakan gotong-royong membersihkan surau dan masjid di kawasan berkenaan yang masih belum beroperasi semenjak bencana berlaku selewat-lewatnya penghujung minggu ini. Ahli-ahli Pas dan penyokongnya juga adalah diminta untuk bersama dalam program amal ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular