Anak Perempuan Menghilang Ke Lombok
PASIR GUDANG
– Akibat tidak tertahan menanggung rindu kerana anak perempuan yang dua
tahun disangka hilang akhirnya Mariam Sarian, 47, mengadu kepada Pusat
Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas untuk tindakan selanjutnya.
Menurut
Penyelianya, Syed Othman Syed Abdullah, pihaknya akan mengusahakan
maklumat berkaitan prosedur, kaedah dan cara bagi membawa pulang Faizada
Aldam, 23, yang dipercayai sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya
mata berusia tujuh bulan.
Katanya lagi, dalam
soal yang melibatkan kos pengurusan untuk membawa pulang Faizada bukan
penghalang terbesar kerana ia boleh diikhtiarkan.
Beliau berkata demikian kepada media di pejabat PAR Permas dekat sini, baru-baru ini.
Difahamkan,
Faizada yang menghilang sejak 2009, hanya dapat dihubungi pada awal
tahun ini setelah mendakwa dia ditahan imegresen dan dihantar ke
Indonesia kerana salinan sijil kelahiran yang dimiliki dikatakan palsu.
”Ketika
menumpang di Masjid Tanjung Pinang, seorang makcik telah membawanya
pulang ke Lombok dan mengahwinkan Ida dengan anak lelakinya,.
”Sembilan
anak yang berumur 11 sehingga 25 tahun memiliki sijil kelahiran dan
Mykad, tetapi hanya Ida berdepan masalah walaupun sudah tujuh kali
berulang-alik ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah.
”Setiap hari Ida hubungi saya dan merayu supaya dibawa pulang.
”Salinan
Kelahiran yang dipegang Ida bukan palsu kerana saya mempunyai sijil
kelahiran asli, masih menyimpan kad rawatan klinik semasa
mengandungkannya,” kata Mariam dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, mana-mana yang berkaitan diminta tampil membantu.
|
Posted on Sunday, April 29 @ 19:28:46 MYT by ibn_bacoks
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan