Galeri Aktiviti
![]() |
| Ceramah Dewan Himpunan Li Garden |
![]() |
| Bantuan Ramadhan Dewan Tmn Cendana |
![]() |
| Ceramah AMK Shamsul Iskandar Permas |
![]() |
| Rehlah Pemuda PG 2010 |
![]() |
| Ceramah Mazlan Aliman Rinting |
![]() |
| Kelas Komputer Mei 2010 |
![]() |
| AGM DPPNJ 2010 |
![]() |
| AGM Pas PG 2010 |
![]() |
| Ceramah Md. Sabu |
![]() |
| Bantuan di Permas Jaya |
![]() |
| Sukan PASTI Johor 2009 |
![]() |
| Dialog Anwar Ibrahim 2009 |
![]() |
| Rehlah Pemuda Pasir Gudang 2009 |
![]() |
| Muktamar Pemuda Pas Johor 2009 |
![]() |
| Sukan PASTI Negeri Johor 2008 |
![]() |
| Sukan PASTI Al-Kauthar Kawasan Pasir Gudang 2008 |
| Penamaan Calon PRU 12 |
![]() |
| Korban Pas Pasir Gudang 1428H |
![]() |
| Rumah Terbuka Pas Pasir Gudang 2007 |
![]() |
| Bantuan 12 Ramadhan 1428H di Kg. Pasir Gudang Baru |
![]() |
| Sumbangan Ramadhan 1428H Kg. Baru Plentong |
Anda Pelawat Ke
Dana Pilihanraya
Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang
No. 32, Jalan Mawar 33, Tmn. Mawar, 81700 Pasir Gudang, Johor.
Akaun Bank Islam - 01087010019872
Way Of Life
Arkib Blog
-
▼
2012
(10)
- ► April 2012 (5)
- ► Januari 2012 (1)
-
►
2011
(25)
- ► Disember 2011 (4)
- ► April 2011 (6)
- ► Februari 2011 (4)
- ► Januari 2011 (2)
-
►
2010
(173)
- ► Disember 2010 (1)
- ► November 2010 (1)
- ► Oktober 2010 (5)
- ► September 2010 (3)
- ► Julai 2010 (12)
- ► April 2010 (24)
- ► Februari 2010 (12)
- ► Januari 2010 (23)
-
►
2009
(53)
- ► Disember 2009 (7)
- ► November 2009 (2)
- ► September 2009 (3)
- ► April 2009 (5)
- ► Februari 2009 (5)
- ► Januari 2009 (4)
-
►
2008
(161)
- ► Disember 2008 (3)
- ► November 2008 (15)
- ► Oktober 2008 (10)
- ► September 2008 (17)
- ► Julai 2008 (14)
- ► April 2008 (12)
- ► Februari 2008 (23)
- ► Januari 2008 (13)
-
►
2007
(252)
- ► Disember 2007 (14)
- ► November 2007 (14)
- ► Oktober 2007 (29)
- ► September 2007 (38)
- ► Julai 2007 (20)
- ► April 2007 (14)
- ► Februari 2007 (11)
- ► Januari 2007 (16)
-
►
2006
(17)
- ► Disember 2006 (4)
- ► November 2006 (3)
- ► Oktober 2006 (4)
- ► September 2006 (3)
- ► Julai 2006 (1)
Kategori
- Aduan (2)
- agama (1)
- audio (13)
- Bantah Judi (2)
- Bantuan (32)
- ceramah (75)
- Demonstrasi (4)
- Edar Risalah (5)
- Galeri (10)
- Husam Musa (1)
- ibrah dari sirah (1)
- Iklan (1)
- Islam Hadhari (3)
- isu (22)
- Jualan (1)
- Kg Gudang Baru (1)
- Kg. Baru Plentong Tengah (3)
- Kg. Pasir Gudang Baru (1)
- MAKLUMAN (1)
- Merdeka (14)
- Muslimat (6)
- pasti (16)
- Permas Jaya (1)
- pilihanraya (7)
- POLITIK (1)
- POLITIK MURAHAN (1)
- Remaja (2)
- Rewang (2)
- Risalah (1)
- Sukan (2)
- Sumbangan (2)
- syed othman (arab) (14)
- Tahlil (2)
- Tazkirah (28)
- Tmn. Air Biru (1)
- Tmn. Cendana (1)
- Tmn. Nusa Damai (1)
- Tmn. Rinting (1)
- tv (5)
- usrah (11)
- video (73)
- WPI (14)
Rakan Blogger
Jumlah Paparan Halaman
Pejuang, hayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail - Ketua Muslimat
Katanya lagi, pengorbanan dalam perjuangan menegakkan Islam serta kebenaran akan dihadiahkan oleh Allah dengan nikmatnya, jika tidak di dunia ia akan diberikan di Akhirat. Dalam perjuangan, rintangan adalah satu nikmat yang sebenarnya memberi kekuatan kepada jiwa pejuang itu sendiri, ujarnya. Penangkapan beliau pada 11 Disember lalu dalam himpunan di hadapan Parlimen baginya memberi satu inspirasi untuk beliau terus istiqamah dalam berjuang. Semasa menceritakan pengalaman ditahan itu Ustazah Nuridah berkata, beliau sedikitpun tidak merasakan ia satu ancam,an kepadanya dalam meneruskan perjuangan. Meskipun tidak bersetuju dengan tindakan polis menahannya ketika sedang ditemuramah oleh wartawan, beliau bagaimanapun tidak kesal dengan pengalaman pertama yang ditempuhinya itu. Beliau juga berhasrat untuk menggerakkan Muslimat PAS dalam aktiviti-aktiviti himpunan bagi merasai sendiri denyut nadi perjuangan rakyat menuntut hak yang dicabuli pemerintah. Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha (korban) kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya ahli PAS sempena sambutannya esok (20 Disember 2007).
Beliau yang ditemui semasa menyertai himpunan aman di hadapan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini berkata, ahli PAS khususnya haruslah mengambil iktibar dan semangat dari kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya, Nabi Ismail a.s dalam meneruskan perjuangan membela agama.
Rumah Terbuka Muslimat Pas Negeri Johor
Muslimat Pas Negeri Johor telah mengadakan Rumah Terbuka sempena Idulfitri 1428H di Dewan Serbaguna Tmn. Rinting.
Tanggal 4hb November.2007 iaitu hari Ahad, Dewan Muslimat Kawasan Pasir Gudang telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka yang diadakan di Dewan Serbaguna Taman Rinting. Majlis ini terbuka untuk semua golongan bangsa dan agama. Menurut jadual acara bermula 11 pagi dan berakhir jam 3 petang. Selain itu, 5 PASTI telah diundang untuk bersama menjayakan majlis ini iaitu PASTI Al Kauthar di Taman Rinting, Tasek, Taman Air Biru, Taman Mawar dan Taman Saujana.

Sebermulanya majlis ini dengan doa selamat sebagai tanda bersyukur kehadratNya kerana diberi kemudahan dan kelapangan urusan dalam menjayakan majlis ini. Seterusnya, majlis diserikan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi iaitu Puan Norliana bt Md Aris. Sementara menanti kehadiran tetamu penting iaitu Yang Berhormat Encik Aminul Huda, semua tetamu yang hadir dipelawa untuk menjamu selera dengan juadah yang telah disediakan oleh guru-guru PASTI dan ahli Muslimat Kawasan. Semua juadah yang dihidangkan bisa mengecurkan kepada sesiapa yang melihatnya. Ditambah dengan suasana raya yang masih bersisa dihujung Syawal. Antara hidangan yang dijamukan ialah nasi impit, kuah lodeh, ayam masak merah, kuah kacang dan sedikit kuih-muih.

Tepat jam 12.30 tengahari, tetamu yang ditunggu-tunggu akhirnya sampai jua. Alhamdulillah, kehadirannya telah menambahkan kemeriahan rumah terbuka ini. Setelah diperkenalkan oleh pengerusi beserta dengan biografinya, maka beliau naik ke pentas menyampaikan ucapan penghargaan diatas undangan ke majlis ini. Menariknya tentang beliau ialah ucapan yang disampaikan penuh semangat dan lantang. Secara tidak langsung, beliau telah memotivasikan semangat ahli untuk meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran dan menghancurkan kemungkaran yang semakin berleluasa. Menjatuhkan kerajaan munafiq dan menjana kembali kerajaan yang menjalankan hukum-hakamNya. Diakhir amanat beliau, beliau meminta supaya semua ahli terus bersatu dan bertindak dengan penuh bijaksana jika mahu melihat kebenaran dan hukum Allah ditegakkan di bumi Malaysia yang kita cintai. Biarpun ucapan beliau melebihi waktu yang dihadkan dan telah diisyaratkan kepadanya beberapa kali untuk berhenti namun ia bukanlah sesuatu yang merugikan kerana setiap kata yang lahir dari bibirnya mengandungi seribu satu harapan dan azimat untuk kita renung-renungkan.

Maka tibalah kemuncak majlis iaitu acara pemberian cenderahati dan duit raya untuk anak-anak yatim yang hadir, termasuklah adik lelaki ana. Senang melihat senyuman yang terlukis diwajah anak-anak yatim ini bila kita dapat menggembirakan hatinya. Semoga Allah menerima ibadah kecil kita ini. Bila melihat seorang demi seorang anak itu meniti pentas mengambil cenderahatinya, hati ini terdetik mengenangkan betapa besarnya dugaan yang Allah beri kepada mereka kerana sedari kecil mereka membesar tanpa ayah disisi. Perginya bukan untuk sehari dua dan bukan jua mudah untuk mencarinya kerana perginya ayah mereka ke rahmatNya. Buat seketika ana tidak mampu untuk berkata-kata melainkan senyuman simpati bila bersalaman dengan mereka. Sebagaimana kuat kesabaran mereka, kuat lagi kesabaran bonda mereka didalam membesarkannya. Ya Allah, kekalkanlah kesabaran mereka itu sehingga ke hujung nyawa mereka.

Demikianlah rentetan peristiwa yang berlaku disepanjang majlis rumah terbuka. Alhamdulillah, biarpun pada mulanya ada berlaku sedikit kesukaran namun segalanya berakhir dengan baik. Tetamu yang dianggarkan 500 orang telahpun sudi hadir menjayakan rumah terbuka ini. Kiranya segala penat lelah insan-insan dibelakang tabir berbaloi kerana secara purata para tetamu senang dengan layanan, juadah dan suasana disepanjang majlis itu. Akhir kalam dari ana, terimalah pantun perpisahan untuk kali ini.

Puasa sudah raya pun sudah,
Rumah terbuka disana sini,
Bertandang sudah bersalaman pun sudah,
Semoga kita didalam redha Ilahi.
500 aktivis Muslimat Johor berhimpun hadapi pilihan raya
KLUANG, 29 Julai (Hrkh) – Buat pertama kalinya Dewan Muslimat PAS Negeri Johor (DMPNJ) telah berjaya mengadakan satu himpunan khusus bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-12, akan datang. Kemenangan Islam’ yang diadakan di Simpang Renggam, dekat sini, turut dihadiri Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; manakala Pesuruhjaya PAS Johor, Dato’ Dr Mahfods Mohamad, telah merasmikan himpunan ini. Hadir sama pada majlis ini Ketua DMPNJ, Atiah Ahmad; Ketua Dewan Ulamak PAS Johor, Ustaz Abdullah Hussein; Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Atan Gombang; serta lebih 500 muslimat yang mewakili kawasan-kawasan dari seluruh Johor. Ketika berucap pada majlis ini, Ketua DMPNJ, Atiah Ahmad, menjelaskan, objektif program ini diadakan antara lain bertujuan menghimpunkan seramai mungkin muslimat dari seluruh negeri ini untuk gerakkerja pilihan raya. “Selain itu program ini juga bertujuan memotivasikan muslimat khusus ke arah gerakerja pilihan raya, menjelaskan struktur organisasi HalWa dalam PAS selain mendedahkan kepada muslimat situasi sebenar kerja-kerja pilihan raya. Katanya lagi, di era globalisasi ini muslimat tidak lagi bersifat sebagai penonton semata-mata sebaliknya muslimat dituntut untuk terjun sama dalam perjuangan dengan berbekalkan ilmu selain mempunyai persiapan fizikal dan mental yang mantap. “Muslimat juga perlu memiliki semangat juang yang kukuh di samping mengikhlaskan diri, istiqamah serta sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit semata-mata untuk perjuangan ini, dengan adanya sifat-sifat ini barulah muslimat berupaya untuk menggabungkan diri dalam perjuangan yang terlalu mencabar ini,"jelasnya. “Memanglah kerja-kerja dakwah ini tidak mudah, ianya memerlukan pengorbanan yang sangat besar sebab itu tidak semua orang mampu melakukannya, mungkin disebabkan kesibukan urusan seharian yang perlu dilakukan atau halangan-halangan lain yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu jelasnya lagi, mahu tidak mahu, sama ada suka atau tidak, kerja-kerja dakwah ini perlu diteruskan juga walaupun ianya menuntut pengorbanan yang bukan sedikit, selain itu ianya juga perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh, sabar dan yang paling penting keikhlasan hati kita. “Lebih-lebih lagi bila membabitkan kerja-kerja politik, banyak karenah perlu dihadapi, sama ada ianya datang dari dalam mahu pun luar namun semua ini menuntut kesabaran yang tinggi, ini kerana muslimat juga tidak terkecuali dari politik,"jelasnya. Katanya lagi, persoalan yang seringkali menimbulkan tanda tanya kenapa PAS masih tidak mampu memerintah negara walaupun PAS sudah wujud sejak lebih 50 tahun lalu. "Apakah usaha kita selama ini masih tidak cukup untuk mencapai kemenangan, atau pun mungkin ada faktor-faktor lain yang menghalang kemenangan ini?"soalnya. "Justeru kerana itu setiap kita perlu melakukan muhasabah diri dan seterusnya mengkoreksi sebarang kelemahan yang ada,"tambahnya lagi. Menurutnya, “penyertaan PAS dalam pilihan raya bukan sekadar untuk menang semata-mata sebaliknya peluang ini dapat dimanfaatkan untuk menyebarluaskan lagi ajaran Islam kepada masyarakat dan rakyat." Ini kerana semasa pilihan raya ruang yang ada agak luas berbanding dalam keadaan biasa yang begitu terhad, maka kesempatan ini perlu digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan mesej dakwah Islam kepada orangramai,katanya. - mks. Ketika berucap pada majlis yang sama, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, mengingatkan muslimat, kerja-kerja dakwah bukan satu kerja yang mudah, banyak ujian serta cabaran perlu dihadapi.
Jadual Tuisyen anjuran Dewan Muslimat Pas
Dewan Muslimat Pas Pasir Gudang telah menganjurkan Kelas Tuisyen Percuma di Pasti Al-Kauthar Tmn. Saujana, Plentong. Jadual seperti di bawah:
Sabtu 19/5/2007 - Sains 10.00 - 11.00 pagi
Rabu 23/5/2007 - Matematik/Matematik Tambahan 8.30 - 9.30 mlm
Khamis 31/5/2007 - Program Motivasi Diri Oleh Ust. Sani 8.30 - 9.30 mlm
Sabtu 2/6/2007 - English 10.00 - 11.00 pagi
Rabu 6/6/2007 - BM/Sejarah/Geografi 8.30 - 9.30 mlm
Hubungi:
Faizah - 019 7613680
Norasiah - 012 7447401
Diari
Laman Pilihan
Blog Pilihan
- Dakwah Santai
- Dr. Fikrah
- Halim Islam Online
- Hembusan
- Mimpi Boneka
- Pas Parit Buntar
- PAS Seri Alam 2
- PAS Tebrau
- Pemuda Pas Bukit Katil
- Pemuda Pas Jasin
- Pemuda Pas Johor
- Pemuda Pas Kluang
- Pemuda Pas Pulai
- Pemuda Pas Tawau
- Produk Halal
- Roslan SMS
- Syed Othman
- Tasek Pauh Blog
- Unit Amal Johor
- Usrah Ibnu Masran
- Ust. Nasarudin Tantawi
- Wan Mujahid
Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu
TKO Versi 12 [TranungKite Online]
Ahli Parlimen PAS
Tadah Kitab
Tips Teknologi
Catatan Popular
-
Nampaknya Makin Ramai penyayi dah bosan dengan UMNO
-
Golongan remaja mewakili peratusan tertinggi penduduk di Malaysia. Peranan dan tanggungjawab remaja sebagai generasi pemimpin pada masa akan...
-
Anak merupakan anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai bagi insan yang bergelar ibu dan bapa. Namun, saban hari kita sering digemparkan den...
-
PASIR GUDANG – Akibat tidak tertahan menanggung rindu kerana anak perempuan yang dua tahun dis...
-
Negara malaysia merupakan sebuah negara yang "a dvance " berbanding dengan negara-negara Nusantara yang lain dari segi pengamalan ...
-
ASSALAMUALAIKUM.W.B.TUH. perkongsian buat kita, sedang kita enak bersantai di Malaysia dan bumi lainnya, di sana (Palestin): 7000 keluarga s...
-
Sdr. Syed Othman telah dipanggil oleh wakil penduduk Jalan Permas 2/5 bagi membantu penduduk menyelesaikan masalah perparitan dan kebersihan...



































