Pejuang, hayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail - Ketua Muslimat
 Katanya lagi, pengorbanan dalam perjuangan menegakkan Islam   serta kebenaran akan dihadiahkan oleh Allah dengan nikmatnya,   jika tidak di dunia ia akan diberikan di Akhirat.   Dalam perjuangan, rintangan adalah satu nikmat yang sebenarnya   memberi kekuatan kepada jiwa pejuang itu sendiri, ujarnya.   Penangkapan beliau pada 11 Disember lalu dalam himpunan di   hadapan Parlimen baginya memberi satu inspirasi untuk beliau   terus istiqamah dalam berjuang.   Semasa menceritakan pengalaman ditahan itu Ustazah Nuridah   berkata, beliau sedikitpun tidak merasakan ia satu ancam,an   kepadanya dalam meneruskan perjuangan.   Meskipun tidak bersetuju dengan tindakan polis menahannya   ketika sedang ditemuramah oleh wartawan, beliau bagaimanapun   tidak kesal dengan pengalaman pertama yang ditempuhinya itu.   Beliau juga berhasrat untuk menggerakkan Muslimat PAS dalam   aktiviti-aktiviti himpunan bagi merasai sendiri denyut nadi   perjuangan rakyat menuntut hak yang dicabuli pemerintah. Ketua Dewan Muslimat   PAS, Ustazah Nuridah Salleh mengucapkan selamat menyambut Hari   Raya Aidiladha (korban) kepada seluruh rakyat Malaysia   khususnya ahli PAS sempena sambutannya esok (20 Disember 2007).
Beliau yang ditemui semasa menyertai himpunan aman di hadapan   Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini berkata, ahli   PAS khususnya haruslah mengambil iktibar dan semangat dari   kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya, Nabi Ismail a.s   dalam meneruskan perjuangan membela agama. 




















Tiada ulasan:
Catat Ulasan