Memaparkan catatan dengan label syed othman (arab). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label syed othman (arab). Papar semua catatan

Pujuk Bukan Paksa pengundi -Ust Nasharudin

Kuala Terengganu; Pengarah Jawatan kuasa induk pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu Ust Nasharudin Mat isa berkata kita akan menggunakan pendekatan memenangi hati rakyat dengan memujuk mereka dalam usaha untuk capai kemenengan. Untuk maklumat saya(Arab) sekarang sudah berada di kualaTerengganu insyallah isu isu terkini akan saya siarkan bersama gambar sekali .saya dan rakan dari Johor di tugaskan di Dun Batu buruk .Upu kenanga ( Kampung Batu buruk) disini saya siarkan sedikit ucapan Ust Nasharudin mlm tadi .Arahan terbaru semua kenderaan tidak di benarkan pasang bendera pati yang bersaiz besar ..Arahan Spr takut nampak bulan aje ........

IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISIKIN DI PLENTONG

Tidak kira apa parti sumbangan tetap di beri


kelihatan Pak Joe ..banyak bantu saya untuk cari

warga misikin
terima kasih banyak banyak"...Kak murni



Ibu tunggal yang baru kehilangan suami
Hari ini saya sekali lagi pergi ke kampung Plentong untuk beri sumbangan kepada fakir misikin dan ibu tunggal ..turut hadir kak murni dan Puan Ros ,terima kasih juga kepada Pak joe yang turut membantu saya ..sepuluh keluarga yang dapat kami beri sumbangan .syed othman.20.090.08.

SAYA TERIMA UJIAN ALLAH

Saya dapat maklumat daripada rakan rakan kelab penyokong yang di mana penderitan seorang ibu tunggal yang hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan hanya Rm 700 sebulan dan beliau mempunyai anak seramai tiga orang yang masih bersekolah ,Beliau tinggal diBlock ketapang. Terima kasih kelab penyokong atas maklumat 18.09.08

DEBARAN 16 SEPTEMBER 2008

Saya dihujani oleh pelbagai pihak mengenai debaran 16 Sep 08, diantaranya ada yang menghantar sms, email dan tidak kurang juga berjumpa dengan saya yang berbilangan kaum, 'betulkah peralihan kuasa itu akan berlaku'. Ini menunjukkan sekarang rakyat tidak kira apa kaum mahukan perubahan di dalam negara kita. Bagi pendapat saya kita tunggu dan lihat apakah pertukaran kerajaan akan betul-betul berlaku. Saya juga telah bersedia andainya berlaku peralihan kuasa, kerana saya percaya pemimpin di dalam Pakatan Rakyat mampu membawa negara ini yang lebih baik daripada kerajaan yang memerintah sekarang. Sehubungan dengan itu saya mengharapkan peralihan kerajaan akan benar-benar berlaku tanpa sebarang insiden yang membabitkan keruntuhan negara semasa peralihan kuasa itu berlaku.

PERTEMUAN DENGAN PEJABAT TANAH


Pada 5/9/08 jam 9.00 am satu pertemuan dengan Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru dan wakil Majlis Perbandaran Pasir Gudang serta pihak Titan untuk menyelesaikan isu Persatuan Perniaga Tenang Mesra Jaya, Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang berkaitan dengan isu pembinaan tembok dihadapan premis perniagaan persatuan tersebut. Di dalam pertemuan tersebut pihak terbabit berjanji akan menyelesaikan isu ini untuk kepentingan para peniaga tersebut. Maaf kerana lewat kemaskini isu ini. Gambar-gambar tembok yang menghalang peniaga terbabit akan disiarkan pada minggu ini.

BANTUAN SEMPENA RAMADAN

ini yang kami mampu........beri

MENDENGAR RINTIHAN IBU TUNGGAL

lima belas keluarga di Block Taman Cendana terima bantuan daripada Pas Kawasan hasil sumbangan orang ramai ..terima kasih yang terlibat dan yang beri sumbangan.











KAMI BAKAL DI HALAU

Penduduk Kampung saya bersama YB DR Boo

Kami dah meneroka Kampung ini hampir 25 tahun .Kampung Baru Plentong Tengah dan mendapat sokongan dari pada wakil rakyat kami..sekarang ni kami bakal di halau keluar tanpa pampasan yang sewajarnya walaupun kami dah habis beribu ringit untuk membeli tanah ini.tetapi semua nya sia sia sahaja malahan kami di tipu oleh pihak tertentu.. nak harap wakil rakyat kami tolong kami..muka dia pun tak nampak pasal tu saya jemput wakil PKR untuk dengar rintihan kami. ..kata salah seorang penduduk pada saya .Pada 5.8.2008. saya sekali lagi melawat kampung tersebut,bersama dengan Yb Dr Boo Adun Skudai . isu ini akan beliau sebut dalam sidang dun yang akan bermula pada 9.8.2008 walaupun sebelum ni saya dan penduduk dah usaha macam macam termasuk buat demo di hadapan pejabat Mb dengan harapan MB akan dengar rintihan penduduk kampung ,tapi MB pun buat tak tahu sahaja walaupun penduduk kampung adalah penyokong kuat umno .

JEM KERANA LUBANG BESAR

Jalan utama masuk ke Permas Jaya Kelihatan lubang besar Kenderaan Besar pun terpaksa perlahan




Saya terima aduan dari masyarakat cina yang mengadu jalan jem terok .kerana terdapat lubang besar di bawah Jabatan Permas Jaya yang sudah lama di biarkan... di harap pihak yang berkenan ambil tindakan segera .

DAH 35 TAHUN SOKONG PAS


Dah hampir 35 tahun saya sokong pas kata cikgu nada kepada saya..cikgu nada adalah seorang bekas guru dan sekarang beliau di lantik menjadi Pengerusi Kelab Penyokong Pas Pasir gudang .saya sokong ulamak kata cikgu nada pada ..saya .Beliau bersama rombongan pas ketika muktamar di Ipoh tempohari cikgu nada duduk di tengah tengah bersama dengan permerhati kalau india sokong pas orang melayu bila lagi .

BILIK GERAKKAN JOHOR

Penduduk Kg Baru Plentong Tengah Bantah


Penduduk Kampung Baru Plentong Tengah telah membantah perobohan rumah mereka yang dijangka akan diadakan pada 14hb Ogos 2008 ini. Pihak pemilik tanah telah mendapat perintah mahkamah untuk mengusir penduduk yang menjoritinya orang-orang melayu. Penduduk telah mengeluarkan duit yang banyak untuk mendapatkan tanah tersebut. Malangnya tanah tersebut telah menjadi milik orang. Wakil penduduk menyerahkan dokumen berkaitan tanah mereka kepada Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Permas Sdr. Syed Othman dan Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas Sdr. Suhaizan - [sumber]

Pilihan Raya kecil Permatang Pauh

Hari penamaan calon 16.08.08 dan hari mengundi 26.08.08 hari selasa pulak tu. Spr tak tahu ke macamana pengundi luar dan mereka yang bekerja. Dan pada masa yang sama juga Pihak polis telah serahkan sapina kepada datok sri Anuar di beliau rumah di bukit segambut untuk hadir di mahkamah esok. Sumber berita jam 12 tadi.

UMNO MAKIN PARAH

Maklumat terbaru yang saya dapat dari sumber yang boleh di percayai ada cawangan yang bawa usul supaya pak lah letak jawatan segera atau kita singkir dia tetapi usul tersebut di tolak demi nak jaga nama baik umno Pasir Gudang kata sumber tersebut pada saya. Dah tak ada demokrasi lagi dalam Umno semua kaki bodek kata beliau pada saya pilihan raya yang lepas Umno kalah teruk kerana Pak lah kata beliau pada saya lagi..ada individu yang guna duit untuk menang di peringkat bahagian. Ada lagi maklumat yang akan saya cerita lagi tungguuuuu.

MARAH

Selepas saya ceramah dengan YB Taufik dari Paroi saya terima sms dari kawan baik saya berbangsa cina siap bagi salam tu..dia kata penting you mesti turun di permas esok pagi ahad jam 9.30 di senibong ada pekara penting ingin di bincang katanya ..saya jawab sms ok kita jumpa di sana ...nasib esok (ahad) saya tak ada mesyurat kalau tidak tak dapatlah jumpa mereka ni sebenarnya mereka nilah yang bantu saya ketika pilihan raya yang lepas.

Sampai saja di sana semua dah tunggu saya seramai lima orang saya tanya khabar masing masing.. saya tengok muka kawan kawan saya ni macam ada tak kena saja.. apa hal ada cerita menarik ke..ya memang ada jawab mereka.. apa dah jadi pada pas kami orang cina sudah percaya pada pas.apa pasal jadi macam ni pas mahu sokong umno pulak wa sudau keluar dari mca ..masa pilihanraya wa sokong parti pas ma.. sekarang lu punya parti mahu sokong umno ini macam ka ini tak tarak betul pening wo lu tolong terang sikit wa apa sudah jadi..ini ayat pertama yang keluar dari mulut cina tersebut saya ambil masa yang lama juga untuk menjelaskan kedudukan sebenar.

Saya terpaksa perjelas satu demi satu. mereka kata surat khabar cina tulis yang benar siapa pergi jumpa siapa dan siapa yang dapat tawaran dalam surat khabar cina semua ada cerita.. nasib baik mulut saya tak berbuih nak terang apa yang terjadi. lu ada baca pasal tok guru tanya saya pada mereka?..ada ada apa kata tok guru ..oooh pas tak mahu masuk umno kan ..kalau tok guru saya percaya tapi orang lain apa macam?saya kata jangan bimbang kita tak akan mengkianati pakatan rakyat.. bukan orang cina sahaja marah orang india pun turut marah isu perjumpaan pas dan umno pemimpin kita yang tak berhati hati media dah hari hari serang kita lama lama orang akan percaya siapa yang rugi ..yang untung umno kerana berjaya goyangkan pakatan rakyat..pemimpin umno senyum..

Saya kesal apa yang terjadi.. saya tahu banyak cerita lagi tapi biarlah pemimpin kita jelaskan dulu apa yang terjadi sebenar walaupun isu mezakarah dah tutup fail tapi masih ada lagi pemimpin kita sahaja layan media yang suka putar belitkan kenyataan .kita ahli bawah terpaksa berkerja keras untuk jelaskan cerita sebenar.

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular