Jual beli IC bermula, PAS arah petugas bersiap sedia

KUALA LUMPUR, 29 Feb: Kegiatan 'menjual' dan 'membeli' kad pengenalan palsu untuk diberikan kepada orang-orang tertentu supaya mengundi di sesuatu kawasan tertentu kini sedang giat dilakukan di sekitar Lembah Kelang dan Selangor.

Kegiatan ini dijalankan oleh satu sendikit dipercayai menjadi agen kepada Umno.

Modus operandi kegiatan ini sendiket itu adalah mencari sasaran dan menawarkan kad pengenalan haram kepada orang dengan meminta pelanggannya mengundi di sesuatu kawasan yang ditentukan.

Antara golongan yang menjadi sasaran sendiket ini ialah mereka yang tinggal di kawasan setinggan dan juga golongan mahasiswa yang dikira tidak begitu memahami undang-undang dan terdesak dengan masalah kewangan.

Kegiatan ini terdedah apabila sekumpulan mahasiwa sebuah universiti tempatan yang menyertai sebuah kelab motosikal mendedahkan mereka telah didatangi sendikit berkenaan yang menawarkan 'khidmat' kepada mereka.

"Mulanya kami tidak menyedari ianya satu sindiket yang berkerja untuk sebuah parti politik, tetapi setelah kami diminta mengundi di kawasan luar dan diberikan upah baru kami sedar," begitulah dedah seorang mahasiwa.

Katanya, beliau diberikan beberapa kad pengenalan yang mana semua nama dalam kad pengenalan itu tersenarai di buku daftar undi di Kelantan.

"Bila menyedari ini saya mula mengesyaki bahawa ianya satu sendiket haram!" jelas mahasiswa jurusan Jurteru Eletronik itu.

Menurutnya, beliau diberitahu agen berkenaan setiap satu kad pengenalan akan 'dijual' itu akan 'dibayar' RM200 hingga RM300. Ini bermakna kalau seorang pelanggannya menyanggupinya untuk mengundi di tiga kawasan mereka akan memperolehi RM900.

Sementara itu Siasah difahamkan dari sumber lain kad-kad pengenalan palsu yang ditawarkan itu disalin daripada senarai kad pengenalan asal pengundi di sesuatu kawasan.

Adalah dipercayai besar kemungkinan pihak Jabatan Pendafatran Negara (JPN) terlibat sama bersuhabat dengan sendiket ini, jika tidak bagaimana mereka memperolehi kad pengenalan berkenaan.

Dokumen sulit mengenai seseorang warganegara seperti Kad Pengenalan hanya berada dalam simpanan JPN.

Sementara itu seorang penjual kedai makan di Kajang Selangor turut sama mendedahkan beliau juga turut sama didatangi oleh sendiket berkenaan yang menawarkan kad pengenalan untuk mengundi di Kelantan.

"Mulanya mereka bertanya saya apakah tidak mahu melakukan perubahan, tetapi selepas mereka meminta saya mengundi di Kelantan dan akan dibayar, baru saya tahu maksudnya," jelas peniaga berkenaan.

Dakwa penjual itu, sendiket itu mendakwa mereka sebagai pegawai Kemas, iaiti satu agensi di bawah Kementerian Pembangunan dan Kemajuan Luar Bandar, di mana Abdul Aziz Shamsuddin adalah menterinya.

Menurut penjual itu lagi "pegawai' Kemas berkenaan tergesa-gesa meninggalkan kedainya apabila beliau menyatakan seumur hidupnya beliau tidak pernah mengambil upah untuk mengundi menggunakan kad pengenalan orang lain.

Adalah dipercayai sendikit berkenaan akan terus berkeliran dan mencari mangsa-mangsanya.

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran agar para pengundi luar yang tidak sah jangan datang mengundi di Kelantan atau Terengganu. Jika mereka datang juga, tindakan yang sewajarnya akan diambil oleh petugas PAS.

Menurut undang-undang juga, memiliki dan memegang kad pengenalan orang lain adalah satu kesalahan dan boleh didenda. - siasah

Lagi Penipuan SPR: Pengundi didaftarkan tanpa kerelaan

 Seorang lagi pembaca, Mohd Efendi Bin Azizi baru menghantar email kepada saya menyatakan bahawa beliau selama ini tidak pernah mendaftar sebagai pengundi. Apabila menyemak daftar pengundi secara online, beliau terkejut melihat namanya didaftarkan sebagai pengundi di kerusi parlimen Sungai Siput (P 062), Perak.



Seperti yang semua sedia maklum, kerusi parlimen Sungai Siput adalah tempat Presiden MIC, Samy Vellu. Apakah ini usaha SPR untuk membantu Samy Vellu untuk mempertahankan kerusi Sungai Siput?


Berikut adalah maklumat daftar pemilih Mohd Efendi yang tidak pernah mendaftar didalam rekod SPR:
MEDANKETERANGAN
Kad Pengenalan: 781022086349
Nama: MOHD EFENDI BIN AZIZI
Tahun Lahir: 1978
Jantina: L
Lokaliti: 062 / 22 / 12 / 003 - KG TERSUSUN KLEDANG UTAMA
Daerah Mengundi: 062 / 22 / 12 - KAMPONG MUHIBBAH
DUN: 062 / 22 - JALONG
Parlimen: 062 - SUNGAI SIPUT
Negeri: PERAK
Pusat Mengundi: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TOK MUDA ABDUL AZIZ
Saluran: 4
Masa Mengundi: 08.00 PAGI - 05.00 PETANG
No Siri: 1985

-Tranungkite-


SPR Simpan Pengundi Hantu?

Satu sidang akhbar telah diadakan semalam berkenaan isu pengundi berumur 100 tahun di dalam daftar pemilih yang dikeluarkan SPR selepas hari penamaan minggu lalu.

Mereka merasa sangsi dengan keadaan SPR. Sudahlah terbukti kelembapan mereka mengemaskini daftar pemilih sehingga menjangkau 3 bulan dan ada juga tidak langsung dikemaskini sehingga ada yang bertemu semula pilihanraya yang berikutnya dengan alamat yang belum dikemaskini.

Saudara Salleh dari PRM telah cuba menyelidiki satu nama iaitu sdr Muhamad Radzi B. Ahmad dan didapati pengundi yang berumur 123 tahun tersebut tidak dapat dikenalpasti kerana alamat tersebut adalah palsu dan tidak pernah wujud di kawasan itu.

Adalah dikhuatiri perkara seperti ini memberi peluang kepada orang berkepentingan untuk memanipulasi kelemahan SPR.


Bagi mengelakkan sebarang penipuan dalam pilihanraya kali ini, SPR perlu menghantar surat panggilan kepada mereka dan sekiranya pengundi tidak menuntut nama tersebut, maka nama-nama tadi dikeluarkan dari daftar pemilih.

Pihak yang mempunyai kepakaran meniru dan menghasilkan kad pengenalan malaysia dapat menggunakan nama dan alamat pengundi ini dan mengundi (SPR tidak mengimbas keaslian kad pengenalan pengundi)

Adakah spr telah dipergunakan untuk kepentingan orang tertentu? Atau mereka dengan sengaja bersekongkol dengan kerajaan untuk memenangkan mereka?


Bagi Pas, tipu helah sebegini memang telah dijangkakan dari awal lagi. Sebagai jalan penyelesaian, PACA perlu memastikan nama-nama ini disemak ketika pengundian dijalankan.

PACA perlu memastikan umur di atas kertas sama dengan fizikal pengundi dan jika ianya bersalahan maka PACA perlu berjumpa dengan Ketua Tempat Mengundi KTM untuk menyatakan bantahan.


Apapun inilah buktinya Malaysia yang masih jauh ke belakang dalam segala bidang, samada ICT, pentadbiran mahupun tahap pemikiran.

Galeri Hari Penamaan Calon DUN Permas Jaya dan Parlimen Pasir Gudang





Link Menarik sempena kempen Pilihanraya Umum ke-12


Beberapa laman web dan multimedia :-

Laman Web
============
http://wtv8.tv/v3/ --- Saluran Alternatif (Video dll)
http://tranungkite.wordpress.com/ --- Berita tko.tv
http://www.pru12.pas.org.my/ --- Laman Rasmi p/Raya
http://negara-kebajikan.blogspot.com/ --- Manifesto Negara Berkebajikan
http://isu-kebajikan.blogspot.com/ --- Isu Negara Kebajikan
http://agenda-kebajikan.blogspot.com/ --- Agenda Negara Kebajikan
http://agendapemuda.wordpress.com/ --- Agenda Pemuda
http://pilihanraya2008.wordpress.com/ --- DPPWP
http://n17gombaksetia.wordpress.com/ --- N17 Gombak
http://bettermalaysia.com/ --- Better Malaysia


Multimedia
==========
http://www.youtube.com/watch?v=pQNn8B4QlS4 --- Save Our Malaysia
http://www.youtube.com/watch?v=2NHVmrgT-xI --- Save our Country 2
http://www.youtube.com/watch?v=htkx1HpJG6w --- Misery in Malaysia
http://www.youtube.com/watch?v=iiE2M7U9XU4 --- Andai ku tahu
http://www.youtube.com/watch?v=LuV4bW8ixZ0 -- Selamatkah anak kita
http://www.youtube.com/watch?v=jw3qMko0-8o --- Badar Kubro 313
http://youtube.com/watch?v=RDTlNa5p-_s ---Janji Politik Menjelang PRU - Salehuddin
http://youtube.com/watch?v=9Q7eW82aP8Y --- Ini Memang Bukan Budaya Kita
http://youtube.com/watch?v=77HDAI4Bm6c --- BN (Barang Naik)
http://youtube.com/watch?v=mV7kMekWMiI --- BN (Barang Naik): The Wave Of Price Hike

Video Hari Penamaan Calon Parlimen Pasir Gudang dan DUN Permas Jaya

Hari Penamaan Calon Parlimen Pasir Gudang dan DUN Permas Jaya

Taklimat penamaan calon Parlimen Pasir Gudang dan DUN Permas Jaya

Edar Risalah Pilihanraya di Kg. Pasir Gudang Baru

Edaran risalah pada kali ini telah dijalankan di Kg. Pasir Gudang Baru, kubu kuat Umno Pasir Gudang. Kekuatan Umno di sini terserlah dengan bendera-bendera yang dipamerkan di beberapa rumah yang kami lawati walaupun dari segi zahirnya rumah-rumah tersebut tak ubah seperti 'Istana' pemimpin-pemimpin umno.

Kedatangan kami di kampung disambut dengan cercaan dari imam (Umno) dan bilal masjid kampung tersebut. Mereka meminta kami agar lebih beradab ketika ingin menjejakkan kaki ke kampung mereka kerana pada mereka perbuatan masuk ke kampung orang tanpa meminta izin kepada ketua kampung adalah bukan budaya masyarakat melayu (Umno).

Adakah semua orang yang masuk ke kampung ini telah meminta izin kepada ketua kampung terlebih dahulu? Atau adakah kerana baju yang kami pakai mewajibkan kami bertemu dan melutut di depan ketua kampung?

Ingin saya ingatkan di sini bahawa setiap parti politik mempunyai hak berkempen mengikut undang-undang yang diperuntukkan dalam perlembagaan negara. Soal mintak izin kepada ketua kampung adalah tatasusila kemasyarakatan yang sesuai untuk perkara tertentu.

Namun tindakan imam (Umno) tersebut mengunci masjid lebih berat kerana dalam islam tidak dibenarkan mengunci masjid kerana masjid adalah rumah Allah, bukan macam rumah kita. Inilah pemimpin Umno yang amat memahami tastasulia melayu dari Islam.

Secara zahirnya, sokongan mereka kepada Umno hanya sekadar membolehkan mereka mendapat sebidang tanah setinggan di tepi laut yang terdedah dengan banjir dan risiko bahan kimia yang dilepaskan dari kilang-kilang berhampiran. Tetapi Umno tidak mampu meringankan beban perbelanjaan harian yang semakin meningkat yang perlu mereka tanggung saban hari.

Lambat laun mereka akan melutut kepada Umno yang telah tua dan tidak mampu menolong diri mereka sendiri. Umno semakin lemah akibat penyelewengan yang mereka pupuk sepanjang 50 tahun menerajui negara ini. Segalanya telah terbukti dengan skandal dan pecah amanah yang terpapar di media massa hari ini.


Lagak seperti gangster seolah-olah masjid ini rumah mereka.


Penduduk menerima baik kedatangan kami dengan senyuman.



Walaupun telah 50 tahun merdeka, Melayu masih di sini.


Anak-anak belum dapat berfikir masa depan mereka, hanya mengikut pilihan keluarga.


Pilihan yang terbaik adalah parti yang menjadikan al-quran sebagai panduan dalam kehidupan.

Ucapan Syed Othman dalam Ceramah Kelompok di Blok 29, Tmn. Cendana

Ceramah Oleh Cikgu Nada Pengerusi Kelab Penyokong Pas Kaum India Kawasan Pasir Gudang di Tmn. Cendana Blok 29

Ceramah Oleh Sdr. Rahim YDP Pasir Gudang di Tmn. Cendana Blok 29

Ceramah kelompok bersama Cikgu Nada, Syed Othman dan Sdr. Shukri di Tmn. Cendana Blok 29

Ceramah kelompok semalam diadakan di Tmn. Cendana di belakang Blok 29. Tempat yang strategik di tepi jalan utama ini memudahkan orang awam berhenti untuk mendengar isi tawaran pas dalam pilihanraya kali ini.

Dari kanan, Cikgu Nada, Sdr. Shukri penceramah jemputan dari Kelantan dan sdr. Rahim YDP Pasir Gudang.


Seyd Othman mendekati penyokong dari kaum India yang turut hadir dalam program ini.









Anak-anak kecil juga turut bersama memberi sokongan moral kepada penduduk tmn. cendana.





Ucapan Sdr. Rahim Ahmad, YDP Kawasan Pasir Gudang semasa ceramah kelompok di Tmn. Mawar

Ucapan Cikgu Nada merangkap Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kaum India Pasir Gudang di Tmn. Megah Ria, Jalan Jelatang.



Ceramah Sdr. Syed Othman, Calon N43 DUN Permas Jaya semasa ceramah kelompok di Tmn. Megah Ria

Ceramah Pilihanraya di Tmn. Megah Ria, Jln. Jelatang

Pas Pasir Gudang dalam rangka kerja mengadakan ceramah kelompok di kawasan sekitar Pasir Gudang bermula minggu lalu. Gerakerja menghadapi pilihanraya semakin rancak dengan pemasangan poster-poster dan bendera di tempat-tempat strategik.




Kelihatan En. Subra (Baju kuning), Pengerusi PKR Johor Bahru, turut serta Cikgu Nada(paling kanan), selaku pengerusi Kelab Penyokong Pas India Pasir Gudang.




Ceramah dihadiri masyarakat india yang kebanyakannya telah lama meninggalkan MIC atas kegagalannya untuk membela masyarakat India.



Sdr. Syed Othman, Calon DUN Permas N.43 memberi ceramah untuk memberi kesedaran kepada rakyat bahawa rakyat tidak mendapat pembelaan dari kerajaan Umno Barisan Nasional yang hanya mengaut keuntungan melalui projek-projek kerajaan. Manakal rakyat terbiar dan tertekan dengan kenaikan harga barang yang semakin membebankan saban tahun.




Ceramah Ust. Azlisham di Tmn. Air Biru

Poster Pilihanraya Umum ke-12 oleh Marhaen.org

Saya telah menemui beberapa poster-poster yang menarik untuk disebarkan samada melalui email, percetakan seperti risalah dsb. Sampaikan kepada orang ramai terutama kepada sahabat-sahabat umno dan atas pagar.

http://my.opera.com/marhaen/blog/index.dml/tag/Poster


Poster Pilihanraya pelbagai bahasa untuk cetakan

Download poster-poster pilihanraya dalam Bahasa Malaysia, Cina dan India di laman web bettermalaysia.com










Awas! Ini padahnya jika BN memerintah

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Hrkh) - Pengumuman Pengerusi Barisan Nasional (BN) Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pembangunan koridor yang bakal dijelmakan setelah empat tahun menjadi Perdana Menteri, sewajarnya rakyat mengambil perhatian serius jumlah wang yang bakal 'disamun' dan dileburkan olehnya bersama kalangan orang keliling serta puak-puak kroninya.

Berikut adalah senarai jumlah 'pembaziran' projek mega yang ditulis oleh Dato' Kamal Amir di laman web Malaysia Today :-

1. Pembangunan Wilayah Iskandar RM 240 bilion
2. Pembangunan Koridor Utara RM 160 bilion
3. Pembangunan Koridor Pantai Timur RM 170 bilion
4. Pembangunan Koridor Sabah RM 115 bilion
5. Pembangunan PGCC di Pulau Pinang RM 24 bilion
6. Jambatan Pulau Pinang ke dua RM 3 bilion
Jumlah keseluruhannya RM 712 bilion

"Tahukah anda jumlah 712 bilion itu banyak mana agaknya?

"Seperti yang pernah saya tulis satu ketika dahulu, untuk tempoh 22 tahun sebagai peneraju kepimpinan negara mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed berbelanja sejumlah RM350 bilion untuk kos pembangunan, sebaliknya Abdullah Ahmad Badawi pula baru empat tahun sudahpun berbelanja lebih 700 bilion," kata Kamal dalam laman web tersebut.



Selain itu beliau turut menyenaraikan jumlah pembaziran dan penyalahgunaan wang rakyat yang telah dilakukan sepanjang era Abdullah menjadi Perdana Menteri sebelum rakyat memilih sekali lagi BN dalam pilhan raya umum akan datang:-

1. Pembelian 3 lukisan untuk syarikat MAS - RM 1,550.000.00
2. Lebih bayaran pembelian peralatan KBBS - RM 8,390,000.00
3. Kompleks Brickendonbury di London - RM 70,000,000.00
4. Kos memperbaiki MRR 2 - RM 70,000,000.00
5. Kos memperbaiki kerja bangunan Matrade - RM 120,000,000.00
6. Pembelian jet baru Abdullah - RM200,000,000.00
7. Hutang tertunggak dai InventQjaya 228,000,000.00
8. Bayaran pampasan kerana gagal meneruskan pembenaan jambatan bengkok - RM 257,000,000.00
9. Kerugian pembelian saham Agusta - RM 510,000,000.00
10. Kos AP anugerah Rafidah @30,000 x 1,800,000 - tidak terhitung
11. Pembelian 3 buah submarine - RM 4,100,000,000.00
12. Skandal PKFZ - RM 4,600,000,000.00
13. Skandal OPV (NDSB) - RM 6,750,000,000.00

"Kini sekali lagi Abdullah meminta mandat dari rakyat melalui musim pilihan raya ke-12 dengan alasan banyak lagi yang belum selesai," kata Kamal.

"Masih mampukah rakyat untuk merelakan kehidupan mereka berada dalam situasi penuh derita menghadapi hari-hari mendatang dengan meletakkan harapan kepada pimpinan Abdullah ini?" soalnya. - mks.


Edar Risalah kepda Masyarakat Cina di Kota Puteri Pulau

Pada ahad yang lalu, Pas Kawasan Pasir Gudang dengan Dewan Pemuda dan Muslimat turun padang bagi menyebarkan risalah berbahasa Cina bagi memberi penjelasan kepada masyarakat Cina mengenai Pas dan sumbangan Pas kepada golongan ini dalam aktiviti yang telah dilaksanakan di seluruh negara.


Muslimat bersama mengedar risalah dalam satu slot Motivasi Pilihanraya yang didakan sebelumnya pada sebelah pagi.



Slot Motivasi Pilihanraya khusus untuk petugas pilhanraya di kalangan Muslimat.

Penerangan oleh Ketua Penerangan Pas, Sdr. Aminuddin Sa'ali.


Muslimat mendekati pengundi Cina.



Sambutan yang positif di kalangan masyarakat Cina menimbulkan kelegaan kepada barisan muslimat kerana mereka dapati masyarakat Cina lebih terbuka menerima risalah-risalah dari sesiapa sahaja hatta dari parti Islam seperti Pas.

Berbeza dengan kaum Melayu yang mempunyai pandangan serong terhadap risalah-risalah yang disampaikan oleh Pas sebelum ini sehingga ada sebahagian dari mereka mengoyak risalah sebelum sempat dibaca.

Muslimat perlu lebih mendekatkan diri kepada pengundi bukan Islam kerana mereka telah lama ditakut-takutkan dengan Islam dengan tafsiran-tafsiran yang salah mengenai Islam.

Kaum India Johor bertekad buktikan 'Makkal Sakti' pada PRU Ke-12

JOHOR BAHRU, 31 Jan (Hrkh)- Kaum India Johor bertekad untuk merealisasikan 'makkal sakti' atau 'kuasa rakyat' pada Pilihan raya Umum Ke-12 akan datang, setelah kecewa dengan kegagalan MIC dan Barisan Nasional (BN) membela nasib kaum itu di negara ini.

Setelah 50 tahun negara merdeka, kaum India di negara ini mendakwa dinafikan hak mereka sebagai rakyat, bahkan mereka juga mendakwa sebilangan besar kaum India masih dibelenggu kemiskinan dan ini menurut mereka menunjukkan kegagalan MIC membela nasib kaum India di negara ini.

Atas kesedaran ini kaum India khususnya di Johor bertekad untuk melakukan perubahan pada Pilihanraya Umum (PRU) akan datang, mereka yakin dengan 'makkal sakti' bagi merubah nasib kaum India di negara ini.

Hasrat ini dibuktikan dengan kesediaan kaum India di Johor mendekati PAS mutakhir ini, rentetan daripada beberapa siri pertemuan dan perbincangan yang diadakan sebelum ini, bermula dengan sesi dialog beberapa wakil kaum India di Kota Tnggi bersama Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang, serta beberapa pimpinan PAS Pusat beberapa bulan lalu, akhirnya mereka menyatakan sokongan terbuka kepada PAS dan Barisan Alternatif (BA) pada pilihan raya umum akan datang.

Kesungguhan ini direalisasikan dengan penubuhan secara rasmi Kelab Penyokong PAS Johor (India) pada 27 Januari lalu, majlis pelancaran kelab ini telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, di sebuah hotel terkemuka, di sini.

Hadir sama pada majlis ini, Pengerusi Kelab Penyokong PAS (India) Malaysia, N. Gobalakrishnan, Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Halimah Abdullah, Pesuruhjaya PAS Johor, Dato’ Dr. Mahfods Mohamad, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Johor, Dzulkifly Ahmad, serta Pengerusi Kelab Penyokong PAS Johor (India), Logeswaran a/l Rahman.

Semasa berucap melancarkan kelab ini, Salahuddin, yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian Kelantan, sekali lagi mengulangi dua tawaran kepada rakyat sebagai pilihan seperti yang sering diucapkannya sebelum ini.

"Pertama, jika rakyat merasa yakin BA mampu dan layak untuk memerintah negara ini, maka rakyat perlu memberi mandat yang besar kepada BA bagi membolehkan kita memerintah negara ini, dengan kuasa yang diberi rakyat ini BA akan mengkotakan tawaran yang dijanjikan kepada rakyat sebelum ini, iaitu, menurunkan harga petrol dan juga memberi pendidikan percuma kepada seluruh rakyat.

"Kedua, sekiranya rakyat merasakan BA masih belum mampu atau layak untuk memerintah negara ini, maka memadai sekiranya rakyat meningkatkan kekuatan BA dengan memberi lebih banyak kerusi sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (Dun), dengan jumlah suara yang lebih besar ini maka sudah tentu kerajaan akan lebih berwaspada dalam setiap tindakan mereka selain suara pembangkang akan lebih terserlah dalam membangkitkan isu-isu rakyat," katanya.

Bagaimanapun katanya, berdasarkan kepada sokongan padu serta komitmen yang ditunjukkan kaum-kaum di negara ini terhadap BA akhir-akhir ini, BA yakin keputusan PRU akan datang akan menyaksikan satu kejutan yang besar.

"Selain sokongan padu rakyat, faktor lain yang dilihat mampu untuk menyebelahi kita pada PRU Ke-12 nanti ialah, perbalahan sesama mereka yang sekarang ini sudah tidak dapat disembunyikan lagi, serang menyerang di kalangan mereka dibuat secara terbuka.

"Lobi melobi dan jatuh menjatuh di kalangan pimpinan Umno-BN untuk menjadi calon PRU akan datang membabitkan pucuk pimpinan negara sedang berlaku dengan begitu dahsyat sekarang ini, kesan perbalahan ini akan menyebabkan proses pemilihan calon bagi mewakili BN pada PRU akan datang sudah pasti begitu rumit untuk diselesaikan pucuk pimpinan BN.

"Situasi yang begitu menggawatkan ini memberi isyarat yang cukup jelas kepada rakyat supaya bijak menilai suasana yang sedang berlaku ini dan seterusnya membuat pilihan yang tepat pada PRU nanti," katanya.

Jelasnya, rakyat semua kaum hari sudah dapat melihat dengan jelas segala macam kepincangan serta kelemahan Kerajaan Umno-BN sepanjang diberi amanah memerintah negara ini.

"Kegagalan demi kegagalan ini sudah tidak dapat dilindungi lagi, rakyat sudah dapat melihat bagaimana amalan rasuah yang semakin teruk, kadar jenayah yang terus meningkat, kehidupan rakyat yang terus dibebani kenaikan harga barang keperluan harian yang tidak terkawal, kos pendidikan yang tinggi selain pembaziran wang negara yang begitu melampau," katanya.

Katanya, negara kita begitu kaya dengan segala macam sumber, sepatutnya dengan kekayaan ini seluruh rakyat dapat sama menikmati hasil kekayaan ini secara adil dan saksama, bukan dimonopoli segelintir manusia sahaja, seperti yang berlaku sekarang ini.

Sekiranya kekayaan negara ini diagih secara telus dan adil maka sudah tentu segala tekanan dan bebanan hidup yang menghimpit kehidupan rakyat hari ini tidak akan berlaku, katanya.

Justeru katanya, jika PAS dan BA diberi mandat memerintah negara ini, PAS dan BA akan pastikan kekayaan negara diagih secara adil kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik.

"Sebagai kerajaan yang memerintah, kita juga berjanji tanggungjawab untuk membela nasib serta kebajikan seluruh rakyat negara ini akan diberi keutamaan, kita juga akan memastikan seluruh rakyat mendapat hak mereka yang sewajarnya.

"Terpulanglah kepada rakyat untuk membuat pilihan, kita pulangkan janji kita kepada rakyat untuk membuat pilihan kerana kuasa sebenar untuk menentukan kepimpinan negara pada masa depan ada di tangan rakyat, dengan itu gunakanlah kuasa ini dengan sebaik-baiknya, jika rakyat mahukan perubahan maka inilah masa yang terbaik untuk melakukannya, janganlah dipersia-siakan peluang keemasan yang hanya datang lima tahun sekali ini, ujarnya lagi. - Harakahdaily

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular