Doa Selamat di Pasti Al-'Irfan 2 Tmn. Air Biru

Pasti Al-'Irfan Kawasan Pasir Gudang pada Khamis 25 Januari lalu telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Pasti Al-'Irfan 2, Tmn. Air Biru. Majlis ini diadakan bagi mendoakan kesihatan suami kepada salah seorang tenaga pengajar Pasti Al-'Irfan yang terlibat dalam kemalangan jalanraya sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.


Kelihatan Ust. Azizi menyampaikan tazkirah dan disebelahnya Sdr. Ahmad Nawawi bersama anak perempuannya. Sdr Ahmad Nawawi yang mengalami kecederaan di kepala terpaksa mengambil cuti yang lama untuk pulih. Pihak Pasti yang besimpati dengan perkara ini telah bersetuju untuk meluluskan bantuan kewangan kepada Guru Pasti tersebut, Pn. Hashidah bagi menampung kos perubatan suaminya.

Turut hadir dalam majlis ini AJK Pas cawangan Tmn. Air Biru yang memberi sokongan moral kepada keluarga guru Pasti yang terlibat.

ANAK - ANAK PEJUANG SELAYAKNYA DITARBIYYAH

Firman Allah swt :
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya ( penyejuk mata hati ), dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang bertaqwa.
( Surah al Furqan . Ayat : 74 )
Saudara Muslimin dan Muslimat sekelian .
Anak adalah anugerah Ilahi yang menjadi amanah ke atas setiap ibubapa , bukan sahaja untuk mengasihinya bahkan juga memelihara dan mendidik agar ia membesar sebagai insan yang soleh dan bertaqwa kepada Allah swt.
Justeru itu , Nabi saw menegaskan :[1]

ما من مَوْلُودٍ إلا يُولَدُ على الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أو ينصرانه أو يُمَجِّسَانِهِ

Tiadalah seorang anak yang dilahirkan melainkan ia dilahirkan di atas fitrah . Maka ibubapanya bertanggungjawab menjadikan anaknya Yahudi , Nasrani atau Majusi .
( Riwayat Imam Bukhari dan Muslim )
Anak adalah merupakan asset atau permata hidup kita. Mereka membantu hayat rumah tangga kita dan juga keceriaannya . Mereka jugalah penyambung warisan keluarga dan ummah , malah Nabi saw. sangat berbangga dengan ramainya jumlah ummat Baginda di akhir zaman .
Sabda Rasulullah saw. [2]

تزوجوا الودود الولود فإني مكاثر بكم الأمم

Kahwinilah oleh mu akan isteri yang penyayang dan boleh melahirkan anak , maka sesungguhnya aku sangat berbangga dengan ramainya ummat.
( Riwayat Abi Daud dan an Nasa’I )
Saudara Muslimin dan Muslimat sekelian .
Melaksanakan tanggungjawab membesar dan mendidik anak – anak bukan suatu yang mudah , sementelah pula kita hari ini terpaksa membesarkan anak di zaman yang terlalu rosak persekitarannya.[3]

Ibubapa perlu memberikan komitmen yang tinggi terhadap pendidikkan anak yang pastinya tidak terhad kepada memberi pelajaran akademik tetapi juga mendidik jiwa mereka agar sedia untuk melaksanakan suruhan Ilahi .
Melengkapkan asuhan mereka sehingga mampu memiliki keperibadian mulia sebagai benteng kukuh menghalang pencemaran akhlak dewasa kini.
Terlebih penting ialah memiliki Aqidah yang benar dan Spiritual yang yang mantap agar mereka selamat pula dari gejala riddah dan ajaran sesat yang kian luas menular .
Pengajaran dari wasiat Lukmanul Hakim .

13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman Yang besar".

14. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

15. Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya Engkau mempersekutukan denganku sesuatu Yang Engkau - Dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah Engkau taat kepada mereka; dan bergaulah Dengan mereka di dunia Dengan cara Yang baik. dan Turutlah jalan orang-orang Yang rujuk kembali kepadaKu (dengan Tauhid dan amal-amal Yang soleh). kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu Segala Yang kamu telah kerjakan.

16. (Luqman menasihati Anaknya Dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, Sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau Yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di Dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana Sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi amat meliputi akan Segala Yang tersembunyi.

17. "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan Yang mungkar, dan Bersabarlah atas Segala bala bencana Yang menimpamu. Sesungguhnya Yang demikian itu adalah dari perkara-perkara Yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

18. "Dan janganlah Engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah Engkau berjalan di bumi Dengan berlagak sombong; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

19. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata) , Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
Intisari Tarbiyyah dari Wasiat Luqman :

Membina Aqidah kukuh agar tidak syirik .· Asuhan agar mentaati Ibu bapa .· Meyakini pembalasan Ilahi. ( syurga neraka & dosa pahala )· Melaksanakan Ibadah asas seperti solat· Mencegah dari terjerumus ke lembah maksiat .· Sabar menghadapi apa jua musibah tatkala melayari bahtera kehidupan .· Jauhi sifat tercela seperti Takabbur dsbnya.· Hiasi diri dengan sifat mahmudah seperti merendah diri dsbnya.
Inilah silibus utama dalam Pendidikan Anak yang perlu kita laksanakan.
Antara lainnya sabda Rasululullah saw. :[4]

مُرُوا أَوْلادَكُمْ بِالصَّلاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عليها وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ في الْمَضَاجِعِ

Perintah anak – anak kamu supaya mendirikan solat sedang usia mereka telah meningkat 7 tahun dan pukullah mereka ( jika mereka enggan ) apabila umur mereka meningkat 10 tahun dan asingkan tempat tidur mereka ( lelaki dan perempuan )
( Hadis Sohih Riwayat Imam Ahmad , Abi Daud , al Hakim dan al Baihaqi )

PETUA ALIM ULAMA’ DALAM MENDIDIK ANAK .[5]
ANAK NAKAL .

1. Baca Surah al Fatihah dan hadiahkan kepada Baginda Rasulullah saw.
2. Selawat al Fatih : 100 kali

اللَّهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ وَ بَارِكْ عَلىَ سَيِّدِناَ مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَ الْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ وَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَ الْهَادِيْ إِلىَ صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمَ وَ عَلَى آلِهِ وَ أَصْحَابِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَ مِقْدَارِهِ اْلعَظِيْمِ .

3. Surah Aali Imran . Ayat : 83 [6]
4. Ayat al Kursi . 170 kali
5. Surah at Taubah . Ayat 46 : 100 Kali .
Ayat – ayat tersebut dibaca pada air dan gunakan air tersebut sebagai minuman dan mandian .

ANAK DEGIL .
Baca ayat “ Salam Yassin ” : Ayat ke 58 dari surah Yassin .
Baca atau amalkan ayat ini tatkala matahari hampir terbenam atau di tengah malam jumaat sebanyak 313 kali . Sebelum membacanya , terlebih dahulu baca surah al Fatihah sebanyak 5 kali di hadiahkan kepada Rasulullah saw , Alim Ulama’ , Para Syuhada’ , Ibu bapa dan muslimin muslimat seluruhnya.

MELAHIRKAN ANAK YANG MENJAUHKAN DIRI DARI MAKSIAT.
Kepada pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata , hendaklah memperbanyakkan membaca surah at Taubah . Semoga anak yang bakal lahir menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa.
Semoga Allah memberkati kita semua .

[1] Sohih Bukhari Jil. 1 / Mukasurat 456 . Hadis No. 1293 ( Terbitan Dar Ibnu Kathir 1987 / cetakan ketiga ) Sohih Muslim . Jil . 4 / Muka surat 2047 . Hadis No. 2658 ( Terbitan Ihya’ Turas al A’rabi )
[2] Sunan Abi Daud . Jil. 2 / Muka surat 220 . Hadis No : 2050 . Terbitan Darul Fikri . Sohih . di keluarkan oleh an Nasa’I dlm Kitabun Nikah Bab Karahiyatun Tazwijul A’qim . Jil .6 Muka surat 373 . Hadis No. 3227
[3] Terdedah kepada gejala social yang merosakkan akhlak dan moral , malah turut mengancam aqidah dengan pelbagai sogokan ideology dan ajaran yang asing dari Manhaj an Nabawiyyah ( antara contoh : Sebagaimana kes murtad yang didedahkan oleh Mastika bln Oktober 2006.)
[4] Sunan Abi Daud . Jil 1 / Muka surat : 133 . Hadis No. 495 Terbitan Darul Fikri . Musnad Imam Ahmad . Jil . 2 / muka surat 180 hadis No. 6689 al Hakim dalam Al Mustadrak . Jil . 1 / muka surat 197 dan Sunan al Baihaqi . Jil 3 / muka surat 84
[5] Rujuk buku : Amalan Pelembut Hati . Susunan al Ustaz Hanif bin Hj. Ghazali . Terbitan Madrasah Zubaidiyyah . Merbok Kedah .
[6] Imam Tabarani meriwayatkan hadis daripada saiyidina Anas bin Malik Bahawa nabi saw. telah bersabda :

من ساء خلقه من الرقيق و الدواب و الصبيان فاقرءوا في أذنه :

posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi

Rewang di Surau Kg. Plentong Baru

Penyerahan sumbangan kain pelikat kepada Pengerusi Surau Kg. Plentong Baru oleh Tn. Hj. Aminulhuda diiringi Ketua Pemuda, Sdr. Syed Othman dan YDP Pas Kawasan, Sdr. Rahim.

Bantuan pakaian kepada penduduk.

Suasana khemah memasak.


AJK Muslimat melayani penduduk yang hadir ke surau.

Sebuah kaunter perkhidmatan Homopati percuma telah dibuka oleh Ust. Md. Ali untuk penduduk kampung.


Sumbangan kepada Murid Pasti Mangsa Banjir

Pasti Kawasan Pasir Gudang telah memberi sedikit sumbangan kepada keluarga murid-murid Pasti yang dinaiki air semasa banjir baru-baru ini. Kelihatan Sdr. Puat, Pengarah Pasti Negeri Johor menyampaikan sumbangan kepada salah seorang murid Pasti.

Sumbangan ini dijalankan di Pasti Tmn. Saujana pada jam 9.30 pagi dimana 9 keluarga mangsa banjir dijemput hadir ke Pasti ini untuk menerima sumbangan.

Kelihatan Sdr. Puat memberi sedikit ucapan setelah selesai majlis penyerahan bantuan.


Tazkirah Isu Banjir di Surau Kg. Plentong Baru

Pas Kawasan Pasir Gudang hari ini telah berjaya menganjurkan suatu majlis tazkirah maghrib di Surau Kg. Plentong Baru. Tazkirah yang berkisar mengenai malapetaka banjir telah disampaikan oleh Ust. Azzam yang kini bertugas sebagai guru di sebuah Sekolah Agama di Mersing. Beliau dilihat berjaya menarik perhatian para jemaah surau dengan hujjah akal dan al-Quran yang diolah dengan baik.


Dalam ucapannya beliau menekankan kepentingan memperbaiki keadaan masyarakat dengan melaksanakan amal makruf dan nahi mungkar berdasarkan kemampuan masing-masing. Bagi pemimpin yang berkuasa ada tanggungjawabnya begitu juga pemimpin dalam keluarga dan masyarakat. Maka jika ada perkara-perkara maksiat yang berlaku maka percepatkanlah pencegahannya agar tidak merebak dan semakin parah yang akhirnya mengundang bala Allah s.w.t.

"Jika kamu ada kuasa maka laksanakanlah kerja-kerja mencegah kemungkaran. Jika tak mampu maka luahkan teguran dan jika tak mampu juga maka bencilah kemaksiatan itu dengan hati dan itulah selemah-lemah iman," ujar beliau.
Kehadiran seramai hanya 80 orang sudah cukup memberi kelegaan kepada pihak penganjur. Terdahulu pihak jawatankuasa surau telah menulis surat jemputan khas kepada seluruh penduduk kampung tersebut yang ternyata kurang mendapat sambutan. Namun begitu, bagi mereka sudah cukup buat permulaan dalam usaha mereka untuk mengimarahkan surau tersebut. Jika sebelum ini tiada langsung majlis ilmu yang diadakan tapi hari ini mereka telah dianggap berjaya merintis jalan kepada pemanfaatan surau untuk kepentingan masyarakat di sini.

Menurut Sdr. Mazlan, salah seorang AJK Surau tersbut berkata, "Kita telah edar 150 surat jemputan khas kepada penduduk-penduduk di sini sebelum ini tapi yang datang tak sampai separuh. Kita juga dah tampal poster mengenai program ini di tempat-tempat strategik seperti kedai runcit, balairaya dan jalan-jalan utama di kampung ini. Kami rasa kami telah buat yang terbaik di segi promosi. InsyaAllah lain kali kita akan cuba perbaiki mana yang patut."


Satu lagi acara akan diadakan pada esok pagi dengan kehadiran Timbalan Pesuruhjaya Pas Tn. Hj. Aminulhuda bagi slot sumbangan kain pelekat kepada mangsa banjir. Program ini dijangka bermula 9 pagi dengan rewang dan jamuan tengahari untuk seluruh penduduk Kg. Plentong Baru.

Sumbangan daripada Badan Perhubungan Pas Kelantan



Petang tadi Pas Kawasan Pasir Gudang menerima kunjungan satu rombongan Badan Perhubungan Pas Kelantan bagi menyampaikan sumbangan 400 helai kain pelekat untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di Plentong. Turut hadir menyambut kedatangan mereka adalah YDP, Sdr. Abd. Rahim, Naib YDP Tn. Hj. Masrom, dan wakil penduduk, Sdr. Mazlan.


Wakil rombongan, Tn. Haji Hanafi dalam kenyataannya berkata bahawa beliau turut bersimpati terhadap mangsa banjir di negeri johor ini. Beliau mendoakan mudah-mudahan penduduk di Plentong menerima ujian dari Allah dengan hati redha.

Persiapan Program Rewang di Surau Kg. Plentong Baru

Dewan Pemuda Pas Pasir Gudang sedang berusaha membuat suatu program rewang di Surau Kg. Plentong Baru yang dijangka akan diadakan pada 27&28 Januari ini. Program yang julung-julung kali diadakan di sini telah mendapat persetujuan AJK surau walaupun di peringkat awal terdapat sedikit tentangan dari segelintir pihak. Perbezaan pendapat semasa mesyuarat semalam akhirnya menemui kata sepakat apabila syarat-syarat seperti pengharaman penggunaan lambang parti seperti baju dan bendera dipatuhi.

"Kita tak kisah siapa yang buat majlis ni baik Umno maupun Pas. Tapi apa yang Pas nak buat kali ini benda baik jadi tak payah halang-halang," usul seorang AJK surau terbabit.

Rewang kali ini akan disediakan dengan 2 ekor kambing akikah dan 200 ekor ayam untuk seluruh penduduk Kg. Plentong Baru.

Tentatif program (27/1):
7.15mlm: Solat Maghrib Berjamaah
7.30mlm: Solat Hajat dan Kuliah Maghrib oleh Ust. Azzam (AJK Sekolah Agama Mersing)
8.30mlm: Solat Isyak Berjamaah
9.00mlm: Rewang

Tentatif (28/1):
8.00pg: Aktiviti memasak
11.00pg: Acara pemberian cenderahati kepada Surau
12.00tgh: Jamuan

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

Berjuang Biarlah Ikhlas

Meletakkan kepentingan Islam mengatasi segalanya , Inilah asas penting bagi seorang pejuang Islam bagi membuktikan keikhlasannya berjuang . Bertindak menjadikan puak atau kumpulan lebih penting berbanding Islam dan perjuangannya adalah satu tindakan salah dan menyeleweng dari manhaj an Nabawi .

Demikian juga sikap berdolak dalih dengan kebenaran demi memburu kepentingan duniawi bahkan sanggup pula mengampu untuk mencari tempat selesa dalam perjuangan kononnya , adalah suatu langkah yang tidak benar serta menyalahi sunnah perjuangan Islam .

Apa yang pasti , pejuang – pejuang Islam mesti mendepani segala cabaran tanpa ragu untuk mengorbankan segalanya andai itulah yang diperlukan. Sekalipun disaat berhadapan dengan pemerintah yang enggan mendaulatkan syariat Allah swt.

Mengambil sikap hanya bercakap dan mengemuka pandangan tidak melebihi dan melampaui pandangan pemerintah merupakan sikap tidak telus dan tidak wajar buat seorang pejuang apalagi seorang muslim bertaraf sarjana .

Tentu sahaja etika kesarjanaan meletakkan kita berani berkata benar dan tiada siapa boleh menghalang kebenaran untuk mengemukakan pandangan atau pendapat berasaskan hujjah syariah yang dipelajarinya.

Perjuangan yang telah mengorbankan masa , harta , darah dan nyawa ini tidak seharusnya dipersiakan dengan sikap yang salah dan tindakan yang menyanggahi prinsip ilmu dan amal Islami . Kelak , segala yang dikorbankan itu hanya menjadi debu tanpa nilai . Ingatlah pesanan Ilahi :

23. Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa Yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan Dia terbuang sebagai debu Yang berterbangan.
Surah al Furqan . Ayat : 23


Dipetik dari:
DiaRy SeoRanG MujaHiD

Program Tautan Kasih Guru-Guru Pasti


Pasti Al-'Irfan Kawasan Pasir Gudang telah menganjurkan program dalaman untuk guru-gurunya di Ulu Tiram. Program dua hari ini diharap dapat menerapkan semangat kerjasama dan pemantapan ukhuwwah di kalangan mereka sejajar dengan objektif pihak pentadbiran.



Pengerusinya, En. Haini B. Harun berkata bahawa tugas sebagai guru Pasti amat memerlukan guru yang ikhlas bekerja agar ilmu yang disampaikan disulami keberkatan. Dengan pendekatan tarbiyah yang dilaksanakan beliau yakin guru-guru Pasti akan lebih terpandu dengan akhlak-akhlak Islam yang seterusnya akan meningkatkan kualiti pengajaran mereka.


Dalam ucapan penutup oleh Sdr. Syed Othman, Penasihat Pasti menyarankan agar guru pasti yang mempunyai banyak pengalaman perlu membimbing guru baru agar dengan kerjasama sebegini dapat memberi kesan pengajaran yang terbaik buat anak-anak pra-sekolah di kawasan Pasir Gudang.



Dalam ucapannya lagi beliau menyentuh isu Melayu Islam yang tidak bermoral seperti budaya 'Mat Rempit', 'Lepak' dan 'Black Metal' yang semakin parah akibat kegersangan di segi ilmu agamanya. Oleh itu Pasti adalah jalan terbaik bagi membentuk generasi yang lebih terdidik dengan Islam bertunjangkan al-Quran dan Sunnah Rasul s.a.w.

Program Bantuan Mangsa Banjir di Kg. Plentong Baru dan Kg. Melayu Pandan


Program kali ini meliputi kawasan yang teruk dilanda banjir iaitu di Kg. Plentong Baru dan Kg. Melayu Pandan. Seramai lebih kurang 210 keluarga telah menerima sumbangan dari Pas Pasir Gudang dengan kekuatan petugas seramai 30 orang terdiri dari AJK Pas, Dewan Pemuda dan Muslimat.


Di Kg. Plentong Baru, ada antara nelayan yang masih tidak turun ke sungai kerana sampan yang rosak serta enjin sangkut yang gagal berfungsi. Menurut Syed Othman, golongan inilah yang telah memainkan peranan penting semasa gerakerja pemindahan penduduk sewaktu banjir berlaku. Jasa 5 nelayan ini tidak dilupakan dan Pas memberi sedikit sumbangan kepada mereka di atas usaha yang mereka lakukan.

Sambutan yang menggalakkan di dalam sesi pengagihan pakaian hasil sumbangan masyarakat yang bersimpati terhadap nasib mereka.


Pada waktu petang pula petugas-petugas memulakan proses pengagihan beras dan lampin bayi di sekitar Kg. Melayu Pandan. Jelas kelihatan kesan-kesan banjir di sekitar kawasan yang menunjukkan betapa beratnya kesusahan yang ditanggung mereka.


Dewan Muslimat Pas bersama petugas-petugas mereka mengambil amanah mengagihkan lampin bayi dan tuala wanita kepada keluarga yang terjejas oleh banjir.


Rumah yang didirikan hampir dengan sungai menyebabkan sebahagian dari struktur belakang rumah dibawa arus deras. Sayu hati apabila melihat keadaan sebegini namun apa yang terbit dari mulutnya hanyalah peringatan kepada semua bahawa ujian dari Allah mesti dihadapi oleh hambaNya dengan redha.



Walaubagaimanapun Pas seperti biasa membawa konsep pembelaaan nasib rakyat secara adil dan saksama tanpa mengendahkan apa parti yang disokong. Dan inilah yang sebenarnya yang dianjurkan dalam Islam. Slogan "Islam untuk Semua" yang tersemat pada baju parti bukan hanya slogan tapi dilaksanakan.

Mesyuarat Persiapan Bantuan Mangsa Banjir

Satu mesyuarat tergempar telah diadakan bagi menyampaikan maklumat terkini mengenai program bantuan yang akan dilaksanakan esok. Kehadiran kepimpinan Pas kawasan Pasir Gudang, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda ternyata memberi sedikit suntikan semangat kepada para petugas-petugas banjir yang hadir.


Sdr. Rahim, YDP Pas Pasir Gudang antara lain menyatakan bahawa rakyat Johor teruja dengan prestasi Pas terutamanya dalam menangani isu-isu masyarakat seperti kenaikan harga minyak, tol dan terkini isu banjir. Apa tidaknya bilamana Pas adalah antara entiti yang terawal menggerakkan jentera khusus menangani isu banjir seperti operasi pemindahan penduduk, sehingga kepada memberi bantuan kewangan kepada keluarga yang terbabit. Inilah yang menyentuh hati rakyat Johor. Secara tidak langsung ini menyangkal tanggapan bahawa perjuangan Pas hanya retorik dan bermotifkan politik sahaja.

Sdr. Syed Othman dalam kata-katanya pula menyebut bahawa Umno mempunyai kekuatan di segi peruntukan kewangan namun masih lemah dalam mentadbir kewangan sehingga ada rakyat yang merungut diberi kurang dari peruntukan yang diumumkan kerajaan. Budaya sebegini yang menyebabkan Umno lemah dalam tindakan mereka. Namun berbeza bagi Pas di mana mereka bekerja ikhlas dan tiada ganjaran yang dijanjikan demi memartabatkan Islam. Moga tradisi ini terus diwarisi sehingga ummat Islam memperoleh kemenangan seperti yang dijanjikan oleh Maha Pencipta.

Persiapan Sumbangan Mangsa Banjir 20/1/2007

Dalam waktu terdekat ini, satu lagi Program Sumbangan Mangsa Banjir di Kg. Plentong Baru, Kg. Saujana Baru dan Kg. Melayu Pandan akan dilaksanakan dengan penglibatan dari Semua AJK Pas, Muslimat dan Dewan Pemuda. Program akan dimulakan dengan berkumpul di Rumah Sdr. Abd. Rahim, YDP Pas Kawasan Pasir Gudang di perkarangan rumahnya di Kg. Plentong Baru pada 20/1/2007 tepat jam 9 pagi.

AJK Pas kelihatan membantu Dewan Muslimat membungkus barangan keperluan bagi diagihkan kepada mangsa banjir.


Pada Hari Selasa yang lalu, para petugas Pas Negeri Johor yang diketuai oleh Sdr. Khairul Faizi, Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Johor telah turun ke Pasir Gudang bagi menyampaikan sejumlah barangan keperluan berupa air mineral sebanyak 150 kotak bersama beberapa keperluan lain untuk diagihkan kepada mangsa banjir.


Kelihatan beberapa jawatan kuasa Bilik Gerakan Banjir sedang bertungkus-lumus membuat kerja-kerja pembungkusan barang-barang keperluan untuk diagihkan kepada mangsa banjir pada Sabtu ini.


Syabas diucapkan kepada Dewan Muslimat Pas yang berjaya menunjukkan komitmen mereka kepada program ini yang secara langsung memberi keyakinan kepada Pas akan kemampuan Muslimat dalam perjuangan Islam khususnya di Pasir Gudang.

Untuk makluman, Pas kawasan Pasir Gudang telah membuka sebuah Bilik Gerakan Banjir bagi mengendalikan pengurusan sumber bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar kawasan Pasir Gudang. Bilik Gerakan Banjir ini telah dibuka di No.18, Jalan Beringin 15, Taman Rinting, 81750 Masai. Bilik gerakan ini dibuka 24 Jam bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku kecemasan. Sila hubungi Sdr. Syed Othman di talian 013-7511818 untuk maklumat lanjut.


Gotong-Royong Perdana Pas Pasir Gudang

Pas Kawasan Pasir Gudang hari ini dengan bantuan Dewan Pemuda Pas dan Muslimat berjaya menjalankan pengagihan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Kg. Plentong Baru dan Kg. Saujana Baru.


Dengan kehadiran petugas-petugas yang ramai, mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut lokasi yang ditetapkan iaitu Kg. Plentong Baru, Kg. Saujana Baru dan Tmn. Saujana.




Kelihatan Ketua Pemuda, Sdr. Syed Othman memberi penerangan kepada para petugas.



Kelihatan En. Syed Othman menyerahkan sumbangan sarapan pagi kepada sebuah keluarga di Kg. Plentong Baru.



Kelihatan YDP Pas Pasir Gudang, En. Abd. Rahim (Berbaju Putih) menyerahkan bantuan sarapan pagi dengan diperhatikan oleh Bendahari Pemuda, En. Mohd Rozi dan Ketua Pemuda Cawangan Tmn. Bukit Dahlia, En. Khairul Anwar (Berkopiah Putih).



Petugas-petugas berkumpul setelah berjaya membersihkan sebuah surau di Kg. Plentong Baru.



Setelah kerja-kerja pembersihan surau selesai, mereka bergerak ke rumah En. Mazlan yang juga dinaiki air dan lumpur.



Kelihatan beberapa buah rumah yang telah dinaiki air sehingga ke paras bumbung dalam dua hari lepas telah surut.



Imej di atas menunjukkan keadaan paras air semasa banjir berlaku pada petang Jumaat yang lalu.




Sekumpulan petugas sedang membersihkan Surau Kg. Saujana Baru yang terletak berhampiran dengan Sungai Plentong yang juga ditenggelami air.




Program Gotong-Royong Tamat dalam pukul 12.30tgh dan para petugas berkumpul di Markaz Pas Tmn. Saujana untuk makan tengahari.

Situasi Banjir Pada Hari Jumaat 12 Januari

Hujan yang mencurah-curah masih lagi turun pada awal pagi Jumaat dan berterusan sehingga ke waktu petang. Hujan yang amat lebat menyebabkan paras air di beberapa kawasan di Plentong naik seterusnya memaksa penduduk berpindah.

Beberapa jalan utama di Plentong telah dinaiki air dan menyebabkan kesesakan lalulintas. Jalan ke permas Jaya dari Bandar Plentong telah dinaiki air ke paras 1 meter. Kenderaan petugas Pas yang ingin memberi bantuan makanan kepada keluarga yang dipindahkan semalam juga terkandas dari mulai jam 3 petang hingga ke pukul 6 petang.


Kelihatan Tn. Hj. Masrom Timbalan YDP Pas Pasir Gudang turut membantu menolak sebuah van yang terkandas ketika melalui jalan dari Permas Jaya ke Plentong.

Suasana lalulintas yang tergendala akibat banjir yang sedalam 1 meter. Hanya kira-kira jam 6.30 petang kenderaan beransur-ansur mengharungi air yang mula menunjukkan tanda-tanda surut.

Gambar di atas menunjukkan sebuah rumah di Kg. Plentong Baru yang dinaiki air sehingga kira-kira 2 meter.

Dan ini pula keadaan beberapa buah rumah di Kg. Plentong Baru yang ditenggelami air sehingga ke paras bumbung.

Dewan Pemuda Pas dengan bantuan Pas Kawasan dan Muslimat akan bersama-sama memberi sumbangan pada pagi esok jam 7.45pagi. Sumbangan berupa makanan dijangka dapat diberikan kepada 100 keluarga. Sumbangan kepada mangsa banjir ini adalah ehsan dari sumbangan orang ramai dan ahli korporat yang bekerja di sekitar Pasir Gudang dan Johor Bahru.

Kerja-Kerja Memindahkan Penduduk Mangsa Banjir

Ketua Pemuda, En. Syed Othman telah bersama-sama penduduk kampung dan bomba bertungkus-lumus memindahkan mangsa banjir ke tempat selamat. Kerja-kerja menyelamat ini bermula dari 9 malam dan berakhir pada jam 4 pagi.

Kelihatan sebuah bot penyelamat yang digunakan oleh Bomba bagi tujuan kerjas-kerja memindahkan mangsa ke tempat yang lebih selamat.


Seorang jawatankuasa penduduk yang ditemubual , En. Mazlan menyatakan bahawa air naik terlalu cepat dan mereka terpaksa berpindah sehelai sepinggang. Beliau mengucapkan penghargaan kepada Pas yang bersama-sama membantu mereka sehingga semua keluarga berjaya dipindahkan dengan selamat.


Gambar di atas menunjukkan keadaan sebuah rumah yang ditenggelami air kira-kira sedalam 2 meter di Kg. Plentong Baru.

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular