Mesyuarat Persiapan Bantuan Mangsa Banjir

Satu mesyuarat tergempar telah diadakan bagi menyampaikan maklumat terkini mengenai program bantuan yang akan dilaksanakan esok. Kehadiran kepimpinan Pas kawasan Pasir Gudang, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda ternyata memberi sedikit suntikan semangat kepada para petugas-petugas banjir yang hadir.


Sdr. Rahim, YDP Pas Pasir Gudang antara lain menyatakan bahawa rakyat Johor teruja dengan prestasi Pas terutamanya dalam menangani isu-isu masyarakat seperti kenaikan harga minyak, tol dan terkini isu banjir. Apa tidaknya bilamana Pas adalah antara entiti yang terawal menggerakkan jentera khusus menangani isu banjir seperti operasi pemindahan penduduk, sehingga kepada memberi bantuan kewangan kepada keluarga yang terbabit. Inilah yang menyentuh hati rakyat Johor. Secara tidak langsung ini menyangkal tanggapan bahawa perjuangan Pas hanya retorik dan bermotifkan politik sahaja.

Sdr. Syed Othman dalam kata-katanya pula menyebut bahawa Umno mempunyai kekuatan di segi peruntukan kewangan namun masih lemah dalam mentadbir kewangan sehingga ada rakyat yang merungut diberi kurang dari peruntukan yang diumumkan kerajaan. Budaya sebegini yang menyebabkan Umno lemah dalam tindakan mereka. Namun berbeza bagi Pas di mana mereka bekerja ikhlas dan tiada ganjaran yang dijanjikan demi memartabatkan Islam. Moga tradisi ini terus diwarisi sehingga ummat Islam memperoleh kemenangan seperti yang dijanjikan oleh Maha Pencipta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular