Di antara ‘Hidup Melayu’, ‘Melayu Cemerlang’ dan ‘Allahu Akbar’

"Assalamu’alaikum dan salam perjuangan…

Tergerak jari-jemari saya untuk menulis walaupun mungkin hanya secara ringkas sahaja. Tidak lain hanya untuk mengambil ruang memberi pandangan terhadap cadangan Datuk Seri Idris Jusoh supaya slogan UMNO ditukar daripada ‘Hidup Melayu’ kepada ‘Melayu Cemerlang’. Alasan DS Idris kerana dalam era inovasi dan kreativiti, slogan Melayu Cemerlang diyakini lebih sesuai untuk menggerakkan orang Melayu supaya mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain yang kini lebih ke hadapan. Slogan ‘Hidup Melayu’ pula lebih menjurus kepada membina asas perjuangan dan kekuatan bangsa Melayu di era sebelum dan selepas kemerdekaan negara.

Saya tidak pasti apa pula pandangan pimpinan pimpinan UMNO yang lain tetapi cadangan yang dilontarkan oleh DS Jusoh ini sudah tentu mengambil kira perkembangan semasa yang beliau rasa UMNO perlu mengambil pertimbangan yang sewajarnya.

‘Melayu Cemerlang’ pada pandangan DS Idris lebih sesuai dijadikan slogan untuk bersaing dengan kaum-kaum yang lain pada masa kini. Mungkin pertimbangan DS Idris berpunca kepada slogan ‘Hidup Melayu’ yang tidak up to date atau ketinggalan zaman sehingga menjadi mainan di kalangan kaum lain. Mungkin juga DS Idris mendapat pandangan daripada rakan-rakan BN lain yang melihat slogan tersebut perlu dilakukan perubahan.

Apapun pandangan DS Idris ia tetap berkisar tentang Melayu, tentang kaum. Slogan yang DS Idris Jusoh cadangkan tetap berkaitan dengan Melayu. Mungkin akan ada yang tidak setuju dengan saya kerana mempertikaikan slogan tersebut tetapi saya melihat bahawa slogan tersebut juga yang menyebabkan UMNO sukar untuk mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia.

Berbeza dengan PAS yang terus istiqamah dengan seruan ‘Allahu Akbar’ seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS Fasal yang ke 4. Ia tetap utuh diterima oleh PAS sepanjang zaman tanpa pernah dicadangkan untuk ditukar sebelum daripada merdeka sehinggalah ke hari ini. Malah, dengan kehadiran puluhan ribu ahli Kelab Penyokong PAS ke dalam Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP) pun tidak menjejaskan seruan tersebut.

Pada saya, UMNO masih boleh kekal dengan slogan yang ada sekiranya UMNO masih dilihat kekal relaven dengan masyarakat khususnya masyarakat Melayu namun yang menjadi persoalan pokok bukanlah salahnya slogan tetapi salahnya sehingga UMNO semakin ditolak adalah disebabkan oleh tangan-tangan kepimpinan UMNO yang ada pada masa kini.

Slogan HIDUP MELAYU VS Seruan ALLAHU AKBAR

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil

2 ulasan:

Unknown berkata...

sudah-sudahlah berselindung disebalik serban dan janggut wahai saudara...tiada guna kerana Allah tidak memandang kepada hartamu yang banyak dan pakaian mu yangcantik..tetapi Allah memandang hati...kalau kita tengok senarion dalam PAS...kebanyakan di antara saudara mempunyai seketul hati yang berpenyakit...saya sarankan agar saudara renunglah diri dahulu..jangan cepat mencari kelemahan orang lain...kerana Mursyidul Am pun boleh menjelma Azazil kiranya tidak menjaga hati dengan sebaik mungkin...renung-renungkan lah....saya yang hina dina...Mat Melayu Cemerlang...

CikGU aMy-Rule berkata...

Salam kepada ghani...
Kita ini orang muslim...bukankah bersaudara?
buat apa kita nak bergaduh...ajaran yang dibawa tetap ajaran Rasulullah...bukan menyalahi pun..cuma Pas nak tegaskan ajaran islam saja....islam tu perlu dipraktikkan dalam kehidupan bukan hanya pada kad pengenalan saja..harap maklum..

Catat Ulasan

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular