Seminar Memperkasa Parti



5.54] Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.

Alhamdulillah pada 12 Desember 2009 yang lalu Pas Kawasan Pasir Gudang dengan kerjasama Pas Kawasan Tebrau telah mengadakan suatu seminar yang diberi nama seminar memperkasakan parti. Antara tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada semua ahli berkenaan dengan hala tuju pas yang sebenar biarpun mungkin sesetengah ahli sudah hadam dan tahu tentang perkara ini.




Antara ahli - ahli yang hadir

Pada mulanya berdasarkan perancangan awal program, pembentang kertas kerja yang telah dijemput adalah Senator Ustaz Hassan Shukri mantan Timbalan Presiden Pas Pusat dan Ustaz Abdullah Husin Ketua dewan Ulama’ Pas Negeri Johor. Walau bagaimanapun perancangan Allah adalah sentiasa terbaik, kedua-dua tetamu jemputan kita tidak menghadirkan diri atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan telah diambil alih oleh kedua-dua YDP Pas kawasan Pasir Gudang dan Tebrau iaitu Tuan Haji Azhari dan Ustaz Khir.
para peserta khusyuk mendengar perbentangan

Antara yang menarik untuk dikongsi bersama teman-teman seperjuangan adalah semasa sesi perbentangan dan brainstorming memperkasakan parti. Kami telah dibahagikan kepada 6 kumpulan bagi muslimin dan 2 kumpulan bagi muslimat. Antara tajuk-tajuk yang diberi untuk dibincang dan dibentangkan adalah:

1. Memperkasakan Pas Cawangan.

2. Memperkasakan tarbiyah.

3. Memperkasakan ekonomi

4. Memperkasakan muslimat


pengerusi majlis membuka majlis aluan


Sesi perbentangan dari setiap kumpulan

Diharapkan program seumpama ini akan mampu melahirkan ahli-ahli yang murni fikrahnya dan tulus perjuangannya selain daripada mampu memberi pemahaman secara jelas kepada ahli. Majlis berakhir selepas solat zohor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular