Forum Krisis Kehakiman Negara Anjuran Parti Keadilan Rakyat

Parti Keadilan Rakyat telah menganjurkan Forum Krisis Kehakiman Negara yang telah diadakan pada hari Khamis 25/10 di Hotel Crystal Crown, Tmn. Mount Austin, Johor Bahru.








Anwar dalam ucapannya menyebut, beliau yakin bahawa BPR menjadi alat untuk memastikan kes ini ditutup. Kes ini dijangka akan digugurkan dengan alasan tidak cukup bukti atau bukti pita rakaman asal tidak diserahkan yang seterusnya akan menyebabkan Anwar didakwa dan berkemungkinan dipenjarakan sekali lagi.




Walaupun kemungkinan anwar dipenjarakan seperti tidak masuk akal akan tetapi bagi saya pendedahan isu penentuan hakim institusi kehakiman negara ini tidak akan dibiarkan oleh mereka yang terlibat. Yang pasti, samada ianya pihak kerajaan, pihak mahkamah dan badan-badan kerajaan seperti BPR dan Polis akan cuba memastikan imej negara tidak tercalar dengan membuktikan bahawa dakwaan Anwar adalah palsu dan tidak berasas.



Kes ini dihangatkan lagi apabila kumpulan peguam-peguam telah berarak ke pejabat Perdana Menteri memprotes dan menuntut siasatan ke atas individu yang terlibat dalam skandal ini.



Klip video perbualan VK Lingam yang didakwa sedang merancang perlantikan hakim ini juga telah dipaparkan sebelum ucapan Anwar. Di dalam ucapannya, beliau mahu VK Lingam dan Ahmad Fairuz menafikan tuduhan tersebut di dalam mahkamah dan saat itulah beliau akan mengemukakan segala bukti bahawa mereka ini terlibat dalam skandal pemecatannya sebelum pilihanraya umum tahun 1999 yang lalu.

Anwar sengaja menyimpan baki video itu yang jelas membuktikan bahawa VK Lingam sendiri mengakui bahawa dia sedang berbual dengan Ahmad Fairuz ketika itu. Di dalamnya juga ada saksi yang merakamkan video tesebut yang juga menyerahkan video tersebut kepadanya.



Namun seperti biasa mereka yang mempunyai kepentingan akan cuba mencari dalih dari sepatutnya melaksanakan keadilan berdasarkan undang-undang yang ada. Najib sendiri telah mengemukakan perkara sama iaitu mahu video tersebut dibuktikan kesahihannya.

Sama-samalah kita ikuti plot-plot 'drama' ini sehingga ke akhirnya sepertimana nasib kepada kes-kes berprofil tinggi yang pernah terjadi dahulu. Semuanya adalah kerana hakim-hakim yang telah dibeli terlebih dahulu dan ditawarkan pangkat-pangkat yang tinggi agar memberi keputusan yang berat sebelah kepada satu-satu pihak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular