Malek dapat RM2.5 juta salah tahan ISA

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Abd. Malek Hussin dibayar ganti rugi sebanyak RM2.5 juta ekoran penderaan serta penahanan secara salah selama 57 hari kira-kira sembilan tahun lalu.


Keputusan tersebut menjadikan bekas Setiausaha Eksekutif Pas itu sebagai bekas tahanan ISA pertama yang berjaya menang dalam samannya terhadap polis dan kerajaan.
Hakim Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus memerintahkan kerajaan membayar RM1 juta kepada Abd. Malek bagi ganti rugi am kerana penahanan secara salah, RM500,000 bagi ganti rugi am kecederaan dan perubatan serta RM1 juta untuk ganti rugi teladan.
Ketika membacakan penghakiman setebal 41 muka surat itu, Hishamudin berkata, plaintif tidak pernah dimaklumkan dengan jelas tentang alasan penahanan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Artikel 5(3) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, defendan pertama iaitu Asisten Supritendan (ASP) Borhan Daud juga gagal mengemukakan bukti tentang aktiviti plaintif yang dijadikan alasan penahanan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 73(1) ISA 1960.

“Dakwaan defendan bahawa plaintif terlibat secara langsung dalam perhimpunan-perhimpunan haram yang diakhiri dengan kacau-bilau hanya dakwaan kosong tanpa bukti material.
‘‘Cara soal siasat (yang dibuat) jelas untuk tujuan politik dan tidak ada kena mengena dengan soal keselamatan negara. Dengan kata lain, penahanan Abd. Malek sejak dari awal adalah mala fide (dengan niat jahat),’’ katanya.

Abd. Malek, 51, ditahan di bawah ISA pada malam 25 September 1998 selepas menghadiri satu demonstrasi di Masjid Negara pada tengah hari sebelumnya.

Beliau yang kini merupakan Pengerusi Malaysians for Free and Fair Elections (MAFREL) ditahan selama 57 hari sebelum dibebaskan pada 21 November 1998.

Pada Mac 1999, Abd. Malek memfailkan saman untuk menuntut ganti rugi RM30 juta dengan menamakan ASP Borhan dari Cawangan Khas sebagai defendan pertama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor serta kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua dan ketiga.
Dalam saman itu, beliau mendakwa telah ditumbuk dan disepak termasuk oleh Abdul Rahim sehingga tidak sedarkan diri semasa dalam tahanan selain dipaksa minum air kencing serta didera secara seksual di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL).

Berhubung dakwaan Abd. Malek didera semasa di dalam tahanan, kata Hishamudin, plaintif langsung tidak gentar semasa di kandang saksi dan memberi keterangan secara konsisten sebagaimana laporan polis dan dokumen lampiran.

Katanya, keterangan itu disokong laporan pemeriksaan perubatan oleh Dr. P. Vasantha bahawa plaintif mengalami kecederaan seperti lebam dan bengkak di beberapa bahagian badan seperti pergelangan tangan, betis, paha dan kaki.

Hakim itu turut memberi enam lagi alasan penghakiman termasuk kegagalan polis untuk memasukkan plaintif ke dalam lokap dari pukul 1.30 pagi sebelum dihantar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada kira-kira pukul 4 pagi.

Keterangan

Hishamudin berkata, keterangan mengenai kehadiran Abdul Rahim di IPKKL antara pukul 12 malam dan 3 pagi untuk bermesyuarat tanpa kehadiran Ketua Polis Kuala Lumpur tidak dapat diterimanya.
Dalam penghakimannya, hakim itu turut mempersoalkan tindakan pejabat Timbalan Pendakwa Raya yang mengambil masa sembilan bulan untuk menolak laporan polis yang dibuat oleh plaintif tentang penderaan yang dialaminya selain plaintif tidak didakwa kerana membuat aduan palsu.

“Percanggahan keterangan defendan pertama dan saksi-saksi lain serta kegagalan meletakkan plaintif di dalam lokap membuktikan kemungkinan plaintif telah didera.

‘‘Saya kesal untuk menegaskan bahawa saya juga membuat kesimpulan penyiasatan yang dijalankan oleh Senior Asisten Komisioner Hadi Ho berhubung laporan polis oleh plaintif tidak ada apa-apa melainkan mere sham (penipuan semata-mata),’’ katanya.

Semasa membacakan keputusan berhubung ganti rugi teladan, Hishamudin turut membuat kenyataan tegas berhubung tindakan Abdul Rahim dalam mengendalikan kes Abd. Malek.
‘‘Kelakuan keji oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor amat memalukan dan mengaibkan. Beliau telah menunjukkan contoh yang buruk kepada ribuan anggota dan pegawai di bawahnya.

‘‘Ganti rugi teladan penting untuk menunjukkan kebencian mahkamah yang amat sangat terhadap penyalahgunaan kuasa oleh polis dan penyalahgunaan ISA,’’ tegas beliau.
Abd. Malek diwakili peguam R. Sivarasa dan M. Moganambal manakala semua defendan diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Iznan Ishak.

Abd. Malek semasa ditemui di luar mahkamah melahirkan rasa gembira dengan keputusan mahkamah hari ini.

Katanya, mahkamah akhirnya telah menghukum kerajaan atas penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pihak polis.

‘‘Ini bukan soal wang tetapi soal maruah atas penderitaan dan penderaan yang saya dialami semasa dalam tahanan.

‘‘Sudah tiba masanya untuk kerajaan menyemak dan memansuhkan ISA,’’ tambahnya.
Kata Abd. Malek, penghakiman itu bukan sekadar mengenai ganti rugi, tetapi juga membawa pegawai polis yang terlibat ke muka pengadilan sebagai pengajaran.- Sumber dari Utusan Malaysia.

Malaysia Bukan "Boleh" Tetapi " Bodoh" - Akhbar Australia



KUALA LUMPUR, 17 Okt: Sebuah akhbar Australia bukannya menyifatkan Malaysia sebagai "boleh" tetapi "bodoh" apabila membelanjakan RM95 juta untuk menghantar rakyatnya di angkasa lepas.

Kolumnis akhbar The Age, Melbourne, Michael Backman dalam tulisannya menyifatkan para pemimpin Malaysia sering berbangga dengan pencapaiannya tetapi apabila ditanya kepada orang luar Malaysia, di manakah Malaysia? mereka tidak akan tahu pun negara kecil itu.

"Thas not Malaysia "boleh", that's Malaysia "bodoh" (stupid)," tulis Backman mengakhiri tulisannya yang disiarkan 15 November 2006 lagi ketika Malaysia sedang mengwar-warkan akan menghantar rakyatnya ke angkasalepas.
Ia disebarkan secara meluas dalam internet selepas Angkasawan Malaysia, Dr Sheikh Muzaffar Shukur dihantar ke ISS menggunakan kapal angkasa milik Rusia baru-baru ini.
Menurut Backman, pemimpin Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) sering menunjuk-nunjuk dengan pencapaian yang diperolehi oleh Malaysia.

Antaranya, Malaysia menggunakan syarikat minyak miliknya, Petronas untuk membina Kuala Lumpur City Centre (KLCC), iaitu bangunan yang tertinggi ketika ia dibina.

"Malaysia sangat berbangga dengan bangunan ini. Padahal mereka hanya membuat sedikit sahaja untuknya.

"Duitnya datang dari bumi (minyak Petronas), juruteranya dikontrakkan kepada syarikat Korea Selatan.

"Bahkan, mereka tidak pun menguruskan kompleks perniagaan yang ada di bangunan ini. Ia diuruskan oleh syarikat Australia, Westfield," tulis Backman dalam tulisannya.

Tentang angkasawan, Backman menulis, rakyat Malaysia itu hanya menumpang kapal angkasa milik orang lain dengan membayar kapal itu seumpama teksi sahaja.

"Apa yang Malaysia dapat dengan menggunakan program angkasalepas milik orang lain sebagai teksi? Sah tiada manafaat teknologi yang diperolehi. Tetapi sudah tentu Malaysia sekali lagi akan berkata 'boleh". Masalahnya mereka tidak, ini bukan program angkasawan mereka," tulis Backman.

Laporan lanjut dalam Siasah Ahad ini.

Ceramah Ust. Ibrahim Masran - Merdeka Jiwa dan Iman

Apabila Artis Disanjung

Acuan Islam Hadhari

Video: Program Tadarus Al-Quran Majlis Guru Pasti Negeri Johor

WPI akan ulangi sejarah hitam zaman Tunku - Salahuddin

PONTIAN: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, berkata, tidak mustahil sejarah hitam negara yang berlaku di zaman Tunku Abdul Rahman, yang bertindak menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew, akan berulang sekiranya kerajaan yang ada hari ini gagal mem¬bendung penguasaan Singapura dalam Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Salahuddin “Kerajaan Abdullah mungkin akan mengambil langkah yang sarna dengan menyerahkan WPI kepada Singapura apabila kuasa politik negara tersebut begitu kuat di wilayah ini, lalu jalan mudah yang mungkin akan diambil Kerajaan Malaysia ialah melepaskan wilayah ini kepada Singapura,” katanya.

Jika ini berlaku maka satu lagi sejarah hitam akan mewarnai negara kita apabiJa satu lagi wilayah Malaysia terlepas ke tangan kuasa asing,” katanya semasa berceramah di Parit Ismail, dekat sini.

Katanya, keghairahan pemimpin negara ini mengejar pembangunan tanpa memikirkan terlebih dahulu kesan negatif yang bakal berlaku akan memungkinkan satu lagi Wilayah negara ini terlepas kepada negara negara asing.

“Jika ini ber1aku maka jelaslah ianya adalah natijah dari kelemahan pemimpin-pemimpin negara ini mengurus tadbir negara,” tegasnya.

Justeru, beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS menyeru rakyat negara ini supaya memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya “sebelum mimpi ngeri ini berulang lagi maka rakyat perlu bertindak segera sebelum terlambat” - mppas

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular