Syariat Islamiyah Satu Alternatif
1. Negara kita kini sedang dilanda Bencana Sosial bahkan telah mencetus malapetaka yang sangat menggerunkan. Ia dapat dilihat sendiri dengan mata kepala kita bagaimana berlakunya peningkatan kadar jenayah , rogol , zina , buang bayi dan sebagainya.
2. Pelbagai pihak telah memberi pandangan dan cadangan mereka untuk berdepan dengan bencana sosial yang semakin dahsyat ini. Sebahagian menggesa agar satu hukuman berat mandatori iaitu bunuh mati ke atas pesalah seperti perogol dan pembunuh bayi .
3. Selain penyelesaian dalam bentuk pendekatan , penjelasan , pendidikan , pencegahan dan pengawalan , hukuman juga adalah sebahagian dari penyelesaian yang perlu dikaji dan difikirkan .
4. Ternyata sistem pendekatan , penjelasan , pendidikan , pencegahan dan pengawalan termasuk hukuman yang ada pada hari ini [ yang telah diterima pakai sejak sekian lama negara merdeka ] gagal dan tidak berkesan . Saya kira perlu ada perubahan kepada sistem yang ada .
5. Menghormati pandangan pihak - pihak lain yang mengemukakan pandangan masing - masing malah jelas mereka mahukan satu hukuman berat dikenakan ke atas penjenayah kerana perkiraan mereka kini masyarakat hampir hilang sabar untuk terus berdiam diri menyaksikan peningkatan kadar jenayah dan bencana sosial yang semakin menakutkan , maka saya sekali lagi menyokong pandangan al Mursyidul Aam PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berpengalaman sebagai ketua kerajaan negeri lebih 20 tahun agar undang - undang syariah dijalankan dalam negara kita .
6. Undang - undang syariah juga satu daripada alternatif , setelah lebih 50 tahun rakyat menyaksikan indeks sosial yang semakin hari semakin buruk bahkan kini telah merosakkan masyarakat dan peradaban mereka . Justeru undang - undang syariah menepati pakej penyelesaian yang diperlukan oleh negara dan walaupun perlaksanaannya hanya ke atas orang - orang Islam tetapi kesan positifnya [ rahmah dan barakahnya ] akan meliputi keseluruh negara dan meliputi isinya.
7. Antara pakej penyelesaian yang saya maksudkan itu ialah bagaimana undang - undang syariah memiliki rangkaian seperti :
- pendidikan dan pentarbiyahan
- pencegahan dan pengawalan
- pembinaan dan pemuliharaan
- pembicaraan dan penyelidikan
- keadilan dan ketelusan
- Agama
- Nyawa
- Aqal
- Harta
- Keturunan
9. Sebelum ini negara telah memiliki dwi sistem dalam negara dan ia diterima tanpa sebarang masaalah . Sistem syariah dalam urusan ekonomi dan nikah cerai boleh diterima dalam negara kita dan ia terpakai ke atas ummat Islam sahaja , kenapa tidak diwujudkan pula sistem syariah dalam urusan jenayah yang juga terpakai ke atas ummat Islam sahaja . Dari sini , fungsi dan peranan mahkamah syariah boleh diperluaskan . Bukan sahaja membincangkan soal nikah cerai , harta pusaka tetapi juga soal jenayah .
10. Saya dengan segala kerendahan diri tidak boleh bersetuju dengan pandangan agar cadangan dan pandangan mengenai undang - undang syariah termasuk hukum hudud [ qanun jenayah syariah ] dihentikan perbahasannya buat masa ini kerana bimbang tidak mendapat sokongan non muslim dan bimbang juga kita kalah dalam pilihanraya . Lebih - lebih lagi mahu mendiamkan diri dan menyembunyikan undang - undang syariah ini di saat jelas kelihatan ummat Islam memerlukannya pada hari ini bagi membebaskan mereka dari bencana sosial yang melanda.
11. Janganlah kita biarkan ummah terkapai - kapai mencari dahan berpaut untuk selamat dari dibawa arus jahiliyyah moden hari ini sedang kita mempunyai bahtera penyelamat [ Islam ] untuk menyelamatkan mereka . Kalaupun syariah Islam itu tidak boleh dilaksanakan sekarang kerana kekangan kuasa maka jadikanlah ia peluang untuk memberi ilmu [ education ] kepada masyarakat mengenai undang - undang syariah . Kerana sebelum ini selalu dilaungkan antara sebab kenapa undang - undang syariah tidak boleh dilaksanakan ialah kerana masyarakat belum memahaminya . Soalnya sampai bila rakyat nak faham jika kita menghentikan penjelasan dan perbahasannya mengenainya ?
12. Saya mengambil pendekatan untuk manafaatkan situasi tenat yang sedang dihadapi oleh negara hari ini untuk mereka melihat bahawa syariat Islamlah sebagai alternatif dan pilihan terbaik yang ada pada mereka untuk mereka keluar dari ancaman dan bencana sosial yang melanda mutaakhir ini . Kerana sistem sedia ada tidak boleh diharapkan lagi . Malah semua orang setuju agar dibuat pindaan bahkan mereka cadang hukuman yang lebih berat .
13. Saya tegaskan , kenapa tidak beri peluang kepada syariah Islam dalam keadaan masyarakat memerlukan satu alternatif. Saya menghormati cadangan yang mahukan hukuman yang lebih keras kerana mereka juga telah hilang keyakinan terhadap hukuman yang ada sekarang . tetapi perlu diinsafi juga bahawa hukuman keras semata - mata tidak juga boleh menyelesaikan masaalah seperti hukuman bunuh [keras] ke atas pengedar dadah telah berkuatkuasa sejak sekian lama namun dadah masih teredar dengan luasnya dalam negara kita sehingga ia mudah diperolehi.
14. Jika isunya kerana ummat islam masih belum memahami , maka janganlah kita terus diamkan perkara ini kerana ia akan membuatkan mereka terus dalam keadaan tidak faham sampai bila - bila . Sebaliknya perlu diberikan penjelasan dan saya kira tidak sukar untuk memberikan penjelasan kepada mereka pada hari ini . Malah saya saya cadangkan agar pihak PAS mengambil langkah pro aktif untuk memberi penjelasan secara hikmah kepada masyarakat non muslim malah kepada masyarakat Islam juga yang masih ramai keliru mengenai undang - undang syariah ini setelah sekian lama ianya ditinggal dan diabaikan .
15. Secara praktisnya , undang - undang syariah ini bukan perkara baru dalam negara kita . Ianya pernah dilaksanakan di zaman awal negara kita seperti di Terengganu , Kelantan dan Melaka . Justeru itu , saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat membuat komitmen sekali lagi bahawa Dewan Pemuda PAS Pusat bersedia menemui siapa jua dan memberikan penjelasan secara baik , terbuka dan lapang dada kepada mereka yang mahu mengetahui mengenai undang - undang syariah , bagaimana ia berfungsi , kejamkah undang - undang ini ? dimana keadilannya ? apakah keadilannya ? apakah hikmah perlaksanaannya dan mengapa ia sebagai alternatif yang sewajarnya diterima pakai .
Ust Nasrudin Hassan At-Tantawi