PAKATAN RAKYAT TERUS KOMITED

PAS akan menggerakan jentera pakarnya dari Semenanjung tanah air untuk bersama-sama jentera di Borneo bagi menggempur BN pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, PAS menyokong penuh pemilihan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng (gambar) sebagai calon Pakatan Rakyat pada PRK itu.

"PAS mengucapkan tahniah dan menyokong pencalonan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu 16 Mei nanti.

"Wong yang juga Adun Bukit Assek merupakan pilihan terbaik untuk Pakatan menambahkan kerusi Parlimen di Sarawak," katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa ini, Pakatan hanya mempunyai seorang ahli parlimen sahaja dari Sarawak iaitu Chong Chieng Jen bagi Parlimen Bandar Kuching.

Walaupun Wong tewas kepada mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang menang dengan majoriti 3,549 pada pilihan raya sebelum ini, namun DAP mempunyai pengundi tegar hampir 16,000 orang di situ.

Pakatan Rakyat, jelasnya mempunyai jentera yang kuat lebih lebih lagi dengan penyertaan Parti Nasional Sarawak (Snap).

"PAS akan terus membiarkan BN bagai ayam berak kapur melihat begitu positifnya kerjasama jentera Pakatan yang kini lebih kuat dengan penyertaan Parti Nasional Sarawak (SNAP) menjelang PRK Sibu nanti," katanya lagi.

Menurutnya, sokongan rakyat mula meningkat sejak DAP mencipta kejutan pada tahun 1982 dengan memenangi kerusi Bandar Sibu melalui Ling Soe Ming, yang mengalahkan Tan Sri Dr Wong Soon Kai yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak ketika itu.

Rekod lama ini juga, jelasnya tidak boleh dipandang sepi kerana statistik sokongan masyarakat Cina akhir-akhir ini lebih condong kepada Pakatan seperti yang ditunjukan dalam PRK Hulu Selangor baru-baru ini.

"Tidak mustahil Sibu yang dihuni 60 peratus pengundi Cina akan memberikan kemenangan kepada Pakatan bagi mengukuhkan suara masyarakat Sarawak yang tertindas sejak sekian lama," ujarnya lagi.

Dengan tidak memandang rendah pengaruh wakil SUPP bagi BN, Robert Lau Hui Yew katanya, Pakatan akan berusaha memenangi baki 40 peratus pengundi di Sibu yang terdiri dari 20 peratus Melayu-Melanau, Iban 18 peratus, 1.1 peratus Orang Hulu dan 0.9 peratus lain-lain.

PAS juga, tambahnya melihat bahawa pengundi bukan Cina ini juga sebagai aset penting bagi memastikan Pakatan mampu merampas kerusi itu dengan lebih selesa.

Mangsa tembakan polis terkejut, ia berulang kembali

Mangsa tembakan rambang polis pada 16 April 2009, Shahril Azlan Ahmad Kamil melahirkan rasa terkejut yang amat sangat ekoran kejadian yang pernah menimpa ke atas dirinya setahun lalu berulang lagi kepada pelajar, Aminulrasyid Amzah, 15, pada 26 April lalu juga di Shah Alam.

Beliau yang mengucapkan takziah kepada anggota keluarga pelajar itu turut menyifatkan kejadian itu sebagai satu tindakan yang sangat tidak profesional kerana tanpa sebarang komunikasi sebelum menembak sehinggakan terasa seperti suasana di negara ini berada di dalam keadaan darurat.

"Mereka langsung tidak bertanya apa-apa terus sahaja menembak tanpa usul periksa," tegasnya ketika ditemui oleh wartawan dari sebuah akhbar mingguan politik, Siasah hari ini.

(Gambar: Selepas setahun, parut masih ada pada badan Shahril. Kesan tembakan itu menyebabkan paru-parunya bocor, sukar tidur malam, kaki dan tangannya kebas selalu dan tidak boleh memandu jauh)

Menurutnya, sehingga kini sudah setahun beliau menderita menanggung segala sengsara zahir dan batin tanpa sebarang pembelaan paling wajar dari mereka yang bertenggungjawab melakukan tindakan sangat tidak adil itu.

Untuk rekod, kejadian itu menyebabkan paru-paru anak sulung dari sembilan beradik berasal dari Sabak Bernam dan kini tinggal bersama keluarga di Kapar ini bocor; sukar tidur malam, kebas kaki kiri dan tidak boleh memandu jauh.

Laporan penuh cerita beliau dalam akhbar Siasah Jumaat ini.

Baru-baru ini, seorang pelajar berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah meninggal dunia akibat terkena tembakan polis pada kepalanya selepas lari dengan kereta keluarganya.

Ekoran itu, pelbagai pihak mendesak pihak polis jangan menutup kes ini dan membuat penyiasatan dan memberikan hukuman yang sewajarnya ke atas anggotanya yang terlibat.

Peguam keluarga mangsa, N Surideran menyifatkan kes ini sebagai satu pembunuhan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula meminta polis supaya melindungi dua saksi utama kes yang membabitkan empat pegawai polis, pagi kelmarin.

"Salah seorang saksi utama adalah anak polis sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi," jelas beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam baru-baru ini.

Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan samun bersenjata.

"Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi utama terbabit pergi membuat laporan polis.

Ismail Hashim

Rasuah 10 bilion setahun, apa cerita menteri-menteri semua

PAS berkongsi kebimbangan rakyat di atas kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa perbuatan rasuah dalam perkhidmatan awam berpotensi untuk menyumbang kerugian bernilai RM 10 bilion setahun.


10 billion setahun mampu menghasilkan 400 buah sekolah baru yang bernilai 25 juta sebuah atau membantu 333,333 pelajar untuk melanjutkan pelajar ke universiti jika dijadikan biasiswa.

10 bilion ini juga mampu dijadikan modal untuk membina jalanraya sepanjang 1000 kilometer dari Selatan hingga ke Utara tanahair. 10 bilion ini juga mencukupi untuk membina 10 lagi jambatan Pulau Pinang. Banyak yang boleh dibelanjakan dengan 10 bilion ini.

Jika pegawai perkhidmatan awam juga korup, bagaimanakah rakyat ingin mempercayai sistem pentadbiran negara kini. PAS berharap Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilaung-laungkan mampu membasmi masalah ini.

Namun disebalik usaha murni itu, timbul tanda tanya kalangan rakyat. Bagaimana jika Menteri dan Timbalannya rasuah atau menyalah gunakan kuasa mereka dengan mengkambing hitamkan kakitangan awam untuk meluluskan projek demi kroni-kroni mereka?

Adakah SPRM dan program GTP ini mampu untuk menyelongkar jenayah ini atau sekadar membiarkan kambing hitam dibuat ‘gulai’ bagi mengaburi mata rakyat. Kita tidak lupa dengan skandal PKFZ yang akhirnya siasatan ke atas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat ditutup begitu sahaja dengan alasan tiada bukti.

PAS mempersoalkan prosedur dan ketelusan SPRM dalam membuat siasatan termasuk juga laporan rasuah Mahathir, Pak Lah, Najib, Rafidah dan ramai lagi yang pernah diberikan oleh Ezam Mohd Noor ketika beliau bersama Gerak satu ketika dahulu. Ke mana laporan-laporan itu dibawa. Adakah laporan dan fail berkotak-kotak itu sudah dicampak ke laut selepas Ezam kembali pada Umno.

Apakah program GTP ini juga mempunyai pelan untuk menyiasat skandal rasuah Najib dalam kes pembelian dua unit kapal selam dari Perancis. Kes ini sedang dibawa ke Mahkamah Perancis oleh Suaram memandangkan SPRM tidak berminat untuk menyiasat kes ini.

Ini adalah sesuatu yang amat memalukan bila mana kambing-kambing hitam dan ikan-ikan bilis dalam agensi Kerajaan dikejar sampai ke lubang cacing sedangkan Menteri-menteri bebas sebagai pemimpin maksum yang tidak boleh disiasat dan didakwa.

PAS berharap agar KSN tidak menjadi badut sekadar untuk menghibur pemimpin-pemimpin BN, dan mahu GTP dilaksanakan dalam maksud yang sepenuhnya sama seperti yang rakyat inginkan.

Kita memang khuatir dengan apa yang berlaku pada negara Greece yang kini mempunyai hutang yang sudah dilabelkan bertaraf ‘sampah’ atau memang mustahil untuk dibayar balik ekoran gejala rasuah yang berleluasa kalangan pemimpin dan penjawat awamnya.

Negara anggota EU itu menjadi negara paling miskin di Eropah ekoran jenayah kapitalisme yang bermula dari pemimpin mereka sendiri.

Hari ini Malaysia boleh ketawa, tapi tidak mustahil esok lusa negara jiran akan ketawakan rakyat Malaysia kerana membiarkan amalan rasuah di negara ini terus menerus berlaku dan merugikan pendapatan negara lebih dari RM 10 bilion setahun.

PAS berharap rakyat membuka mata dan sentiasa peka dengan apa yang berlaku sebelum membuat keputusan dalam pilihanraya akan datang.

Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat.


Hulu Selangor buktikan BN sudah tidak ada harapan

Jika trend pengundian di Hulu Selangor berterusan hingga pilihan raya umum ke-13 nanti, Barisan Nasional (BN) tidak ada harapan lagi untuk memerintah semula Selangor, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu (gambar).

"Jika trend pengundian dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April lalu menyeluruh di seluruh negara dan kekal sedemikian sehingga pilihan raya ke-13, Pakatan Rakyat (PR) akan kekal sebagai Kerajaan Negeri Selangor.

"Ia juga bermakna Pulau Pinang akan terus diperintah PR, Perak akan terlepas lagi dari cengkaman BN dan mungkin Negeri Sembilan juga akan terlepas dari cengkaman BN," katanya.

Walaupun tidak menolak kemungkinan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Selangor akan terlepas daripada PR, Mohamad menjangka lebih banyak kerusi Dun di negeri itu akan dapat dikuasai oleh PR dengan trend pengundian seperti itu.

Beliau juga melihat pilihan raya kecil Hulu Selangor itu memperjelaskan lagi bahawa isu dan sentimen perkauman amat dominan di kalangan para pengundi Melayu.

"Para pemimpin Umno berjaya memberikan gambaran kepada majoriti pengundi Melayu bahawa BN itu Melayu dan Melayu itu BN. Sebab itulah mereka mengundi BN," katanya.

Beliau juga melihat cabaran yang lebih besar kepada PAS di masa akan datang untuk menyedarkan rakyat mengenai pengkhianatan Umno dan BN terhadap orang-orang Melayu sejak negara belum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

"Saya menyatakan begitu kerana majoriti pemimpin dan ahli PAS adalah orang-orang Melayu dan oleh kerana itu, PASlah yang memikul cabaran paling besar untuk menyedarkan orang-orang Melayu tentang tipu muslihat Umno yang menggunakan perkauman sempit untuk mengekalkan kuasa mereka," katanya.

Orang-orang Melayu, katanya, hendaklah dibebaskan daripada pemikiran sesat yang menyandarkan kepentingan Islam dan Melayu kepada Umno.

"Bertawakkal hendaklah kepada Allah, bukan kepada Umno. Malangnya, ada di kalangan pemimpin politik Melayu pun yang meletakkan Umno sebagai tempat bertawakkal kononnya untuk menjaga kepentingan Melayu dan Islam," kata Mohamad.

Beliau tetap optimis PR akan terus menawan hati rakyat jika para pemimpinnya memperlihatkan pentadbiran kerajaan yang bersih dari rasuah dan penyelewengan, hidup sederhana dan tidak bermewah-mewah dengan wang rakyat serta menjimatkan perbelanjaan negeri-negeri yang diperintah untuk dipulangkan kepada rakyat dan kepentingan mereka.

Mohamad juga mengucapkan terima kasih kepada para pemimpin dan ahli-ahli PAS di peringkat kawasan-kawasan yang bekerja bersungguh-sungguh untuk membantu PR dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor itu.

Abdul Aziz Mustafa

PRK Hulu Selangor – Satu Perspektif Perjuangan

Sebagaimana kita maklum, keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April lalu telah berpihak kepada Barisan Nasional. Sementara Pakatan Rakyat pula berjaya mempertahan undi yang diperolehi pada 2008 lalu. Sekadar ingatan, pada pilihan raya 2008 Pakatan Rakyat mendapat 23,177 undi dan pilihan raya kecil ini mendapat 23,272 undi. Bermakna jumlah undi Pakatan Rakyat tidak berkurang malah bertambah 95 undi.


Berdasarkan pilihan raya kecil ini, kenapa keputusannya jadi begitu? Sudah tentu di pihak Pakatan Rakyat ada kelemahannya menyebabkan tidak mencapai undi majoriti. Sebaliknya, pihak Barisan Nasional pasti ada kekuatannya menyebabkan mereka menang dan mencapai undi majoriti.

Atas dua nilai itu, segala kelemahan yang ada di sebelah Pakatan Rakyat, maka kita hendaklah sedia memperbaiki dan mengambilnya sebagai pengalaman. Paling penting untuk digunakan bagi mempersiapkan pasukan lawan menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

Begitu juga, segala kekuatan yang ada di pihak Barisan Nasional hendaklah dijadikan asas kajian dan disesuaikan dengan keupayaan Pakatan Rakyat. Malah harus jadikan ikutan demi memantapkan jentera pilihan raya untuk berdepan dengan Barisan Nasional nanti.

Pengalaman Pengkalan Pasir

Ukuran pilihan raya kecil Hulu Selangor mungkin sesuai dibandingkan dengan pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada Disember 2005. Keputusannya sama, iaitu PAS telah kalah sebanyak 134 undi. Namun yang penting ialah pengajaran diperolehi daripada kekalahan itu telah mendorong kepada gerak kerja mempersiapkan jentera, terutama pendaftaran pemilih dan program cakna rakyat.

Hasilnya pada pilihan raya umum 2008, PAS kembali meraih kemenangan besar mencecah majoriti lebih 2,348 undi. Wajarlah pihak Pakatan Rakyat di Selangor membina kembali imej kalah itu kepada matlamat kemenangan.

Terlodeh kekotoran Umno

Kempen kotor Barisan Nasional memburuk-burukkan Zaid adalah gambaran strategi kempen bebal pihak Barisan Nasional yang akhirnya memabukkan pemimpin Umno/Barisan Nasional sendiri denga isu minum arak. Sebagaimana didedahkan oleh rakan-rakan kita dari KeADILan yang pernah ’tidur sebantal’ dengan pemimpin itu, hanya Tun Abdullah Ahamad Badawi (Pak Lah) sahaja yang dikatakan tidak terlibat dengan gaya hidup yang memabukkan itu. Pak Lah yang diketahui tidak minum arak itu pun turut dilodehkan sendiri oleh Umno. Sedangkan minum arak itu adalah ummul kabir (ibu bagi segala dosa besar). Semuanya, sekaligus mendedahkan sebahagian besar perangai pemimpin mereka, dan ini mencerminkan pegangan longgar Islam pemimpin Umno yang boleh dipanggil Islam Umno.

Atas pendedahan ini, sukacita dinyatakan sikap PAS yang tidak bersetuju untuk berbaik dengan Umno amatlah tepat.

Perjuangan Islam sesuai bersama Pakatan Rakyat

Sesungguhnya, pendekatan kempen Pakatan Rakyat telah memberi ruang kepada PAS mendedahkan Islam. Ini kerana rakan-rakan parti Pakatan Rakyat adalah parti yang memperjuangkan bangsa dan tidak berasaskan Islam. Malah, parti-parti rakan Pakatan Rakyat dilihat sama dengan perjuangan parti-parti politik di negara-negara Eropah yang jelas tidak memperjuangkan Islam.

Hakikat parti yang tidak memperjuangkan Islam ialah parti tidak akan membawa perjuangan ke arah mentakwakan Allah. Sedangkan perjuangan Islam adalah bermatlamat membawa anggotanya bertakwa dari segi akidah, ekonomi, muamalat, munakahat, perundangan dan bertakwa dalam serba-serbi kehidupan.

Oleh sebab itu, bila manusia tidak didedahkan dengan Islam melalui aktiviti parti atau program kerajaan, bagaimana kita nak bawa manusia itu mengenali diri dan mengenal tuhan? Jauh sama sekali bagi manusia untuk memahami asas-asas martabat diri di dunia mahupun di akhirat. Kepada rakan Pakatan Rakyat, terimalah pendekatan Islam yang dibawa PAS ini sebagai isi perjuangan yang boleh melengkapkan keharmonian masyarakat berteraskan agama.

Tazkirah kiamat

Sebenarnya rangkaian perjuangan politik Islam hendaklah dikaitkan dengan dunia dan akhirat. Merujuk firman Allah SWT (al-Waqiah 56:3) bermaksud, “Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat).” Justeru itu, setiap orang harus ingat bahawa Allah berkuasa penuh di akhirat nanti. Maka Allah akan merendahkan pangkat dan kedudukan orang-orang yang didapati ingkar terhadap perintah-Nya. Sebaliknya Allah akan meninggikan pula orang yang taat kepada Allah di akhirat kelak. Sehubungannya, tanggungjawab parti yang memperjuangkan Islam hendaklah memupuk kefahaman kepada masyarakat agar menerima kebenaran Islam dan menerimanya sebagai satu sistem hidup yang menyeluruh di dunia sehinggalah ke akhirat.

Begitu pula, firman Allah SAWT (al-Hasyri 59:19) bermaksud, “dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq (derhaka).”

Natijah perjuangan yang berlandaskan nafsu tanpa dikukuhkan dengan akal akidah Islam pasti tidak menjadi amalan yang boleh menyelamatkan kita di akhirat kelak. Malah, Allah SWT mengecapkan para pejuang nafsu itu sebagai puak fasik dan penentang Allah yang tegar.

Sehubungan itu, peringatan penting untuk para pejuang parti politik sekalian, hendaklah kita memastikan perjuangan yang didukung itu boleh mengingati kita kepada Allah sepanjang masa. Janganlah jadi seperti sesetengah pejuang parti yang langsung tidak ingin menyentuh aspek agama dalam program mereka. Maka janganlah tiru perjuangan orang-orang yang lupa diri dan melupakan Allah.

Ingatlah, kita akan menerima bala daripada Allah apabila kita lupa diri, tak ingat dosa-pahala dan tidak langsung mengingati Allah. Sebenarnya, sifat lupa diri dan melupakan Allah termasuk dalam sifat orang-orang yang fasik. Janganlah semata-mata kita berjuang dan berpolitik menyebabkan kita tergolong ke lembah kefasikan. Semoga Allah menyelamatkan umat Islam daripada karenah perjuangan yang fasik.

Wassalam.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,

Mursyidul Am PAS
merangkap Menteri Besar Kelantan.

PRK HS : Hakikatnya BN Hadapi Kekalahan

Berikut adalah sedikit analisa yang dapat dilakukan sempena PRK Hulu Selangor. Mari kita perhatikan,. .

Pada PILIHANRAYA UMUM 2008, BN telah memenangi kesemua DUN.
DUN HULU BERNAM = MEJORITI 3,549
DUN KUALA KUBU BHARU = MEJORITI 448
DUN BATANG KALI = MEJORITI 2,179
JUMLAH MEJORITI KEMENANGAN = 6,171 UNDI (PRU 2008)

Setelah 2 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PAS, PKR & DAP) maka mejoriti yang dimenangi oleh BN pada 25 APRIL 2010 ialah hanya sebanyak1,725 Undi.

Berlaku menyusutan yang mendadak iaitu sebanyak 4,446 undi iaitu sebanyak 72% dari dari sokongan pengundi terhadap BN. Hasil menyusutan ini berlaku walaupun terdapat beberapa perkara seperti :-

1) Jentera PKR disabotaj oleh group Dr Halili dari dalam menyebabkan jentera PKR hampir lumpuh dan terpaksa diserahkan kesemua 47 UPU dikendalikan oleh PAS sepenuhnya.


2) Masalah logistik yang berlaku,. memang boleh disedari perang poster lebih memihak kepada BN di semua kawasan Parlimen Hulu Selangor.


3) BN dengan seluruh kekuatannya telah menggempur Hulu Selangor serta telah menabur hampir RM167 Juta bagi membeli undi.


Oleh itu kita seharusnya bersyukur kerana ini sebenarnya suatu perkembangan yg baik untuk negeri Selangor. Dalam keadaan BN yang sedang bergelak ketawa, mereka terpaksa menelan hakikat bahawa pengundi di kawasan Hulu Selangor sudah mula menolak mereka. Dan jangan dilupa bahawa Parlimen Hulu Selangor antara kubu terkuat UMNO/BN. Maka dengan bacaan sedemikian kita harapkan agar ianya adalah petunjuk positif kepada Pakatan Rakyat.

Mudah-mudahan dengan apa yang telah kita lakukan sepanjang Pilihanraya Parlimen Hulu Selangor ini akan menjadi salah satu Ibadah kepada kita. Insyaallah kita akan bertemu lagi pada PILIHANRAYA UMUM KE 13 kelak.

TAKBIR!!!! ALLAHU AKBAR!!! (3X)

DPP Pasir Gudang



Pulang Untuk Turun Kembali Dalam Medan Juang

KUALA KUBU BARU kini mulai dtinggalkan oleh para penyokong Pakatan Rakyat. Yang datang dari Utara bergerak untuk pulang ke Utara, dari Selatan akan pulang ke Selatan, manakala dari Timur akan pulang ke Timur. Yang datang dari Selangor mereka akan pulang ke rumah berihat setelah bertungkus lumus selama lebih seminggu di Hulu Selangor dalam rangka memancing rakyat untuk melakukan perubahan.

Perjalanan penyokong di Utara, Selatan dan Timur tidak semeriah sewaktu datang semasa hari penamaan calon. Kalau semasa datang untuk meraikan calon mereka penuh bersemangat, bersorak sorai dan melaungkan takbir Allahuakbar. dengan penuh yakin akan menggapai kemenangan. Tetapi perjalanan pulang malam ini dalam keadaan lemah longlai dan hilang semangat. Mungkin ada yang lemah jantung dan malas untuk bergerak pulang.

Kejutan dengan kekalahan calon PKR, Zaid Ibrahim dengan kekurangan lebih 1,500 undi dalam keadaan tidak terduga menjadikan sesetengah penyokong hilang semangat. Mula sebelum menjelang malam semuanya bersemangat dan yakin PKR akan menang. Apa lagi terdengar desas desus kemenangan itu dengan majoriti besar.

Mereka kebanyakan membuat andaian melalui pandangan mata kasar dan bukan firasat politik ternyata tertipu oleh keyakinan sendiri. Parahnya juga mereka mempercayai kepada analisa dan kajian badan-badan NGO yang profesional. Saya dari awal lagi tidak mempercayai analisa dan dapatan badan berkenaan kerana ia dibuat dengan penuh akademik dan bukan berdasarkan pengalaman.

Bagi mereka yang mempercayai kepada berita dan tidak tahu membaca riak dan alun ombak politik tentu akan merasa kecewa dan terkejut dengan kekalahan itu. Tetapi mereka yang membaca dan tidak mudah terpengaruh dengan psywar akan terperagah dengan apa yang berlaku.

Lemah gumulai seluruh tubuh badan. Mata, kepala, kaki, tangan dan segala anggota badan yang lengguh dan lemah selama berkempen, menjadi semakin lemah dan longlai apabila menerima berita sedih kekalahan.

Tetapi duhai para pejuang sejati, pulanglah ke rumah masing-masing dengan tenang dan penuh keinsafan. Jangan mudah mengaku kalah dengan kekalahan. Kalah sekali bukan bermakan kalah selamanya. Kekalahan adalah ujian dan Allah hanya menguji orang-orang yang beriman dan sabar saja.

Hakikatnya PKR tidak kalah atau apa-apa perjuang tidak boleh diiktiarfkan kalah kalau perjuangan itu menentang kemungkaran dan untuk menegakkan kebenaran. Perjuangan sejati bukan kemenangan tetapi masih mampu meneruskan perjuangan dalam keadaan ditekan dan ditindas oleh lawan itulah kemenangan dalam perjuangan.

MSO

APCO Punca Najib Enggan Halang Blair, Rakyat Akan Berhimpun

Parti- Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana hingga ke hari ini Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak masih enggan memberikan respon terhadap desakan PAS dan pelbagai NGO yang membantah kehadiran mantan Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk datang ke Malaysia bagi memberikan ceramah dalam kongres perniagaan di Kuala Lumpur anjuran Success Resources Company pada 24 April ini.

Sebelum ini PAS sudah mendedahkan bahawa Blair merupakan ahli utama dalam kumpulan pelobi Israel dan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Pengarah Urusan APCO Worldwide di London iaitu Darren Murphy.

APCO yang merupakan syarikat perunding kerajaan Britain telah menghasut Kerajaan yang dipimpin Blair untuk menyerang Iraq pada 2003 bersama Amerika. Mereka telah menuduh Iraq sebagai negara yang menaja pengganas dan memiliki senjata pemusnah besar-besaran termasuk dari jenis nuklear dan senjata kimia.

Pembohongan itu terbongkar dalam satu laporan siasatan suruhanjaya bebas yang dipengerusikan oleh Willibrord Davids di di The Hague, Belanda awal tahun ini. Ribuan rakyat Iraq dibunuh dan jutaan lagi menjadi pelarian dinegara sendiri. Hingga ke hari ini Kerajaan Iraq masih dijaja oleh Amerika dan Britain.

Oleh itu kehadiran Blair ke Malaysia jelas sebagai satu penghinaan kepada kedaulatan dan keamanan sejagat. Tangan Blair masih berlumuran darah, tapi Najib masih bangga untuk menyambutnya hanya kerana APCO menjadi tulang belakang kepada gagasan 1 Malaysia hari ini.

PAS bertegas mahu agar Blair tidak dibenarkan masuk ke negara ini. Jika kerajaan berdegil, PAS menyeru seluruh warganegara Malaysia yang prihatin kepada nasib mangsa-mangsa perang di Iraq untuk turun berhimpun bagi menunjukan bantahan pada 24 April 2010 di Sunway Pyramid Convention Centre Persiaran Lagoon Bandar Sunway Petaling Jaya pada jam 8.30 pagi kerana Blair akan akan berucap ditempat berkenaan. Perhimpunan aman ini akan dipimpin oleh Dewan Pemuda PAS Pusat

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Umpan Diut Jadi Senjata Akhir UMNO/BN

Dalam tempoh 48 jam menjelang pusat pengundian dibuka perkara pertama yang perlu diperhatikan, berapa banyak umpan pilihan raya sudah sampai ke tangan pengundi.

Seorang petugas PAS dari Kuala Krai ketika ditemui di Batang Kali memberitahu umpan duit daripada Umno/BN menyebabkan ramai pengundi di atas pagar di Manek Urai menjadi kelabu mata.

“Ada pengundi yang mendapat RM2,000. Mereka datang pada waktu malam ketika kita syok mendengar ceramah dan mengadakan program bersama rakyat.

”Lebih mendukacitakan lagi ada juga penyokong kita yang menjadi tali barut membawa agen Umno. Mereka membahagikan umpan pilihan raya kepada orang PAS.

”Ini perlu diperhatikan. Hulu Selangor seakan-akan Manek Urai kerana ramai juga pengundi Melayu,” katanya di sini, semalam.

Pengalaman di Manek Urai pada Julai tahun lepas cukup memeritkan. Majoriti daripada 1,352 pada pilihan raya umum 8 Mac 2008 menjunam kepada 65 undi pada pilihan raya kecil itu yang patut menjadi pengajaran di Hulu Selangor.

Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah ketika dihubungi memberitahu sekiranya aliran duit dapat dikawal, peristiwa seperti di Manek Urai sukar berulang di Hulu Selangor.

Beberapa penduduk India yang asyik bersembang di sebuah kedai kopi di pekan mati Batang Kali tidak yakin dengan Kamalanathan.

Mereka memberitahu bekerja di ladang sejak berpuluh tahun lalu hanya mendapat gaji di bawah paras kemiskinan.

”Dahulu Datuk G (Palanivel) tidak buat apa. Biar pun menjadi orang kuat Datuk Samy namun orang India masih tidak terbela,” kata mereka ketika didekati ke meja tempat mereka bersembang.

Tharuman Arjunam, seorang aktivis masyarakat India dari Kota Bharu berkata, hasil tinjauan rambangnya di Kuala Kubu Baru mendapati rata-rata orang India mengharapkan pemimpin yang berani dan bukan lembut macam Nathan.

Katanya, kalau menangkan Nathan sekali pun dia tidak boleh buat apa-apa kerana Datuk Palanivel lebih berkuasa di mana hubungannya amat rapat dengan Presiden MIC.

”Saya dengar cerita penyokong setia Datuk G tidak berkenan sangat dengan Nathan. Kalau Nathan menang bermakna Palanivel akan bersingkir.

”Dan pelan peralihan kuasa yang dijanjikan Samy Vellu akan terbantut. Maka lebih baik jangan menangkan Nathan, Ahad ini. Kalau Nathan menang, Samy lambat lagi akan berundur sedangkan segala masalah orang India di negara ini berpunca kepada kelemahan pimpinan Samy,” kata Tharuman.

Menurutnya juga, biar pun baru dua tahun kerajaan Selangor ditadbir Pakatan Rakyat, namun program kebajikan seperti sumbangan kepada warga emas yang meninggal dunia dan tabung Tawas untuk bayi baru lahir menjadi sebutan penduduk.

Selain itu, air percuma bagi 20 meter padu pertama dinikmati penduduk Selangor.
Beliau datang membantu kempen di Hulu Selangor bersama beberapa kawan di kalangan masyarakat Cina dari Kota Bharu.

Sumber Umno di Selangor pula memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lagi mengharapkan sepenuhnya kepada Pengarah Pilihan Raya BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila sehingga hari ini sudah tiga kali turun ke Hulu Selangor.

Menurutnya, sebaik sahaja pulang dari Amerika Syarikat dan Jepun, Najib bergegas datang ke Hulu Selangor.

”Situasi seperti ini jarang berlaku. Biasanya Timbalan Perdana Menteri sahaja yang turun padang berkempen siang dan malam. Namun di Hulu Selangor ada kelainan.

”Saya dibayangkan Perdana Menteri begitu bimbang kerana orang Melayu tidak lagi berminat dengan calon MIC. Isu perebutan calon sebelum ini memberi kesan mendalam,” katanya ketika dihubungi di Shah Alam.

Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Abdul Rahman Yunus berkata, pilihan raya kecil itu memperlihatkan BN kekeringan isu untuk diketengahkan kepada rakyat.

Beliau membuktikan teori itu dengan alasan BN melalui media massa harian yang menjadi tali barut Umno menggunakan isu peribadi Datuk Zaid Ibrahim sebagai senjata.

”Saya melihat ini satu kesilapan apabila dimainkan isu arak atau kuda lumba kerana di Hulu Selangor pengundi Melayu hampir setara dengan bukan Melayu.

”Tentunya bagi orang India dan Cina, arak tidak menjadi isu besar bagi mereka. Dan orang Melayu pun boleh memberi simpati kepada Zaid kerana dipermainkan pemimpin Umno terutamanya Muhyiddin sendiri,” katanya.

Kata beliau, kesilapan itu mungkin seperti baru disedari apabila ia tidak lagi menjadi mainan media mereka sehari dua ini.

Namun Abdul Rahman berkata, kesilapan itu telah memberi kesan simpati yang mendalam kepada Zaid terutamanya di kalangan orang Melayu di kampung-kampung.

Anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir pula memberitahu suatu kejutan berlaku apabila kawasan ladang di Hulu Bernam yang sukar dimasuki petugas Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu sudah berubah sekarang.

Beliau mendakwa penduduk kebanyakan keturunan India di kalangan pekerja ladang di situ memberi sambutan baik terhadap kunjungan dan program dianjurkan Pakatan.

”Saya melihat ini satu perkembangan positif. Sekiranya situasi itu dapat dikekal kerusi Hulu Selangor dapat dipertahankan Zaid Ahad ini,” katanya ketika dihubungi di parlimen semalam.
Seorang penduduk di taman perumahan di Kuala Kubu Baru menjelaskan isu calon MIC sukar diterima kebanyakan penduduk Melayu di situ.

Menurutnya, orang Melayu rata-rata tidak boleh lagi menerima calon daripada MIC kerana mereka sudah muak dengan Palanivel selama empat penggal berkuasa di Hulu Selangor.
”Saya melihat satu kesilapan besar dilakukan Umno apabila mengekalkan kerusi majoriti Melayu kepada MIC. Keadaan sekarang sudah berubah.

”Rakyat sudah pandai menilai. Saya percaya sekiranya calon Umno diturunkan tentunya persaingan kali ini menjadi 50 – 50. Tetapi sekarang sudah tidak seimbang,” katanya yang berkhidmat di sebuah agensi kerajaan di situ.

Biar pun beliau bukan anak tempatan namun tinggal di taman perumahan tersebut lebih 10 tahun.

Maka bagi memenangi hati rakyat, Umno terus menggulakan dengan projek demi projek.
Seorang ketua kampung di Sungai Buaya membilang-bilang projek diluluskan kerajaan BN. Antaranya membina padang kawat berharga RM144,000, membaik pulih dua madrasah (RM130,000) dan menurap jalan (RM80,000).

Kelulusan itu bukan dibuat menteri sebaliknya Datuk G selaku penyelaras BN di parlimen Hulu Selangor.

Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim ada pesanan buat pengundi di Hulu Selangor.
Katanya, janji pilihan raya di Bagan Pinang dan Manek Urai belum lagi Umno tunaikan lagi.
”Apakah pengundi di Hulu Selangor sanggup dipermainkan sama,” katanya.

M Asqolani

Teks Ucapan Calon Wakil Rakyat PR Di Hulu Selangor

Assalamualaikum,

Bila saya menulis buku “Saya pun Melayu”, saya ingin tegaskan jiwa dan cara hidup saya Melayu. Saya yakin saya faham pemikiran dan emosi Melayu. Sungguhpun saya menerima hakikat dalam jiwa, pemikiran dan juga cara hidup orang Melayu, pun ada banyak perspektif dan sisinya, saya percaya orang Melayu pun mempunyai akal budi yang boleh menerima perbezaan pandangan.

Oleh itu, dalam usaha pihak tertentu untuk menjarakkan saya daripada teras jiwa dan akal budi Melayu iaitu Agama Islam, saya ingin menegaskan, sebagai orang Melayu saya percaya kepada Allah dan akur serta tnduk pada ketetapan dan peraturanNya. Saya percaya kepada qada dan qadarNya, saya sedar akan takrif pahala dan dosa yang telah ditentukanNya.

Paling penting saya percaya kepada sifat Pengasih dan PenyayangNya. Dalam pengalaman hidup saya, saya terima sebagai satu proses memperbaiki akidah saya sendiri. Alhamdulillah, apabila ada peringatan seumpama ini, saya akan lebih berhati untuk tidak mengulangi keterlanjuran silam. Saya percaya bahawa rasa menyesal dan azam untuk tidak mengulangi maksiat silam adalah prasyarat taubat.

Maka apabila saya membuka diri kepada Allah, saya lakukan dengan penuh keinsafan dam keyakinan bahawa sifat Ar-Rahman, Ar-Rahim dan Al-GhaffarNya akan menelurkan perkenenNya untuk menerima saya sebagai muslim yang amat perlu belas kasihanNya.

Begitu juga sebagai seorang Melayu yang menyapa saudara-saudara pengundi Islam di Hulu Selangor saya insaf dan yakin pemikiran, jiwa dan adab Melayu mereka adalah dibingkai oleh ciri taubat dan pemaaf yang diimani daripada ajaran Allah S.W.T. Saya bukan maksum tetapi insane Muslim yang mahu kesempurnaan iman. Saya bukan sempurna tetapi saya mahu kesempurnaan untuk seluruh orang Melayu di Hulu Selangor dan kesaksamaan bagi setiap insan, di mana jua.

Saya mahu meneruskan niat dan tekad saya. Saya melihat pilihanraya kecil Hulu Selangor adalah satu peluang dan jalan untuk saya merapati sasaran kesempurnaan iman, amal dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dan Melayu.

Wassalam.

Datuk Haji Zaid Ibrahim


Undilah Calon Pakatan Rakyat


PRK Hulu Selangor

Hulu Selangor: Agenda terancang SPR menangkan BN

Apa dah jadi ni? Segalanya berlaku di saat akhir. Seramai sekampung pengundi dipindahkan dari Parlimen Hulu Selangor ke Parlimen Selayang. ianya satu rompakan besar besaran oleh BN melalui SPR bagi mengurangkan undi PKR.

Seramai 13488 pula dipindahkan pusat pengundian mereka yang boleh menyebabkan kekalutan dalam pilihanraya kecil ini. sini.

Dalam isu pemindahan dari parlimen Hulu Selangor ke Parlimen Selayang, SPR beralasan ianya baru disedari. Tidak jelas bila SPR menyedarinya.

Jika benar SPR baru menyedari keadaan ini, beerti SPR telah gagal dan lalai dalam melaksanakan tugasnya. Rompakan sekampung ini juga bererti akan menyebabkan kekalutan apatah lagi PKR mendakwa penduduk kampung tersebut adalah penyokong solid mereka.

SPR sepatutnya boleh menangguhkan tindakan tersebut kerana ia berkait dengan kesilapan mereka sendiri. Perubahan di saat berlakunya pilihanraya dilihat sebagai satu Konspirasi antara SPR dan BN dalam menjatuhkan Pakatan Rakyat khususnya PKR yang bertanding di situ.

Umum menyedari betapa MIC BN bertungkus lumus untuk memenangi parlimen tersebut kerana kemenangan PKR sessi lepas adalah kemenangan tipis. BN juga dalam usaha mengumpul 2/3 majoriti di Parlimen.

Pastinya BN tidak akan melepaskan apa sahaja peluang yang terhidang di hadapan mkereka sekalipun jelas tidak bermoral dan bermaruah. Soal maruah bukan perkara penting bagi Umno!

Usaha jahat yang dimainkan BN cukup lengkap dengan pakej apabila turut disertai oleh Pasukan keselamatan sebagaimana di dakwa Saifudin Nasution .

Keadaan ini jelas mematikan semangat demokrasi terutama di kalangan pakatan Rakyat. Patutlah dari awal lagi SPR telah membatalkkan pengiktirafan kepada MAFRELL sebagai pemantau bebas. Rupanya SPR dan BN telah mempunyai satu agenda terancang dalam memastikan kemenangan calon BN.

Keadaan ini menuntut petugas Pakatan Rakyat melipatgandakan usaha , tenaga dan perancangan tanpa merasa selesa kerana keadaan 2008 jelas jauh berubah dengan mainan jentera demokrasi dan keselamatan di pihak BN.

Anak Sengat

Harakahdaily :
SPR terus dipertikai kerana pindah pengundi

Kafir Quraisy juga serang peribadi sahabat bila peluk Islam

KUALA LUMPUR, 20 April: Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (gambar) menyelar tindakan pemimpin Umno/Barisan Nasional (BN) menyerang peribadi calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dengan mengungkit segala perkara yang dilakukan sewaktu menjadi menteri kabinet dahulu.
Menyoroti sirah, Taib berkata, serangan yang dibuat Umno/BN terhadap Zaid tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh kafir Quraisy terhadap sahabat Rasulullah s.a.w., Khalid Ibnu Walid.

Menurutnya, setelah Khalid memeluk Islam dan menjadi sahabat Rasululullah s.a.w., kafir Quraisy menyerang peribadi Khalid sebelum memeluk Islam dan menghasut para pengikut Rasulullah s.a.w. agar tidak memberikan kepaercayaan kepada Khalid.

"Dari sudut Islam, apabila khalid Ibnu Walid memeluk Islam dan beriman kepada Allah S.W.T., perkara ini yang dimainkan oleh kafir Quraisy dengan mencungkil balik sejarah buruk Khalid.

"Kita tahu Khalid merupakan orang yang bersungguh-sungguh ingin membunuh nabi sehingga masa peperangan Uhud, yang memimpin perang di kalangan kafir Quraisy ialah Khalid dan beliau bersiap sedia dengan pedang untuk membunuh Nabi.

"Tapi setelah beriman dia menjadi sahabat kanan Rasulullah s.a.w. dan orang yang dijamin syurga. Kedudukan ini yang diperoleh oleh Khalid dengan taubat dia dan sebagainya, maka kafir Quraisy bertindak menyerang peribadi beliau," katanya.

Taib mempersoalkan sikap pemimpin Umno/BN yang seolah-olah bersetuju dengan tindakan kafir Quraisy dan melakukan perkara yang sama dalam kempen mereka untuk memenangkan calon BN di Hulu Selangor.
"Bagi saya apa yang dimainkan oleh Umno dengan menyerang Zaid secara peribad, ini adalah rentak tari lama yang dimainkan oleh musyrikin. Oleh itu, para pengundi boleh bertanya, apakah Umno dan Barisan Nasional hari ini sama juga perangai dengan musyrikin dulu?”

"Apakah mainan Umno semacam ini, orang Melayu dan orang Islam boleh berpegang kepada perbuatan ini dan adakah orang Umno seronok sangat dengan rentak tari yang dimainkan oleh musyrikin dahulu?" soalnya.
Beliau juga berkata, Zaid sendiri telah mengaku kesalahan dan sewajarnya sebagai orang Islam berbaik sangka dan menerima pengakuannya dengan hati yang terbuka.

"Sekarang ini Zaid sendiri mengaku dan dia pun dah insaf jadi dalam konteks itu secara baik sangkanya. Kita sebagai muslim bahawa kita yakin bahawa beliau telah bertaubat kepada Alah dan jika Allah membuka pintu taubat kepada semua orang, kenapa kita tidak boleh terima secara rasional," katanya lagi.

Beliau turut mempersoal Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang mewar-warkan membela nasib Melayu tetapi menyokong calon MIC di Hulu Selangor.

"Mana letak duduk Perkasa yang menyokong orang Melayu. Dalam hal ini dia menyokong MIC.
"Apa yang ada pada kredibilti Perkasa. Untuk mendapatkan sokongan Melayu, mereka mendendangkan lagu Melayu tapi dalam meraih politik BN mereka menyokong MIC," katanya.

PR : Pengalaman & Kebolehan Zaid Akan Membawa Kemenangan


PENGALAMAN luas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mewakili Pakatan Rakyat (PR), Datuk Zaid Ibrahim sudah cukup memberikan peluang kemenangan PR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, menurut Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

"Zaid seorang yang tahu selok belok pentadbiran negara dan juga permasalahan yang sering membelenggu rakyat." katanya ketika diminta mengulas kelebihan calon Pakatan Rakyat.

"Saya melihat petanda bahawa kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat bawahan.

"Pengalaman beliau (Zaid) menjadi menteri, mengurus sebuah syarikat guaman terbesar di Malaysia, akan membantu memenangkan beliau, membantu Pakatan Rakyat di Parlimen dan memperkukuh Pakatan Rakyat mendepani politik mendatang," katanya.

Ketika diminta mengulas berkenaan pertandingan empat penjuru, beliau dengan yakin mengatakan dua calon bebas tidak sedikitpun menggugat kedudukan Zaid sebagai calon terbaik pilihan rakyat Hulu Selangor.

"Saya tidak melihat ada sebarang kekuatan pada calon bebas kerana rakyat tahu mereka ini tidak punya sebarang dokongan dan asas untuk membantu rakyat dan membela nasib mereka," katanya lagi.

Pertandingan empat penjuru antara Datuk Zaid Ibrahim, P.Kamalanathan (BN), dan dua calon Bebas, VS Chandran dan Johan Mohd Diah sudah pasti menjanjikan suatu catatan sejarah dalam negara dan menjadi penantian seluruh rakyat tanah air. Go PR! Takbir (3x)!

DPP Pasir Gudang

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, untuk posting kali ini Dewan Pemuda PAS Kawasan PAsir Gudang ingin berkongsi bersama-sama anda satu penulisan daripada seorang murabbi yang tidak asing lagi bagi kita iaitu Ustaz Ibrahim Masran Al-Banjari, Exco DPP Negeri Johor. DIharap perkongsian ini dapat memberi kita seribu satu manfaat demi meneguhkan lagi pendirian kita untuk memastian Islam itu diletakkan di tempat yang sepatutnya (mulia & tertingi) & menjadi suatu suntikan semangat (taujihad) kepada kita sebagi pejuang-pejuang agama-Nya Insyaallah. Selamat membaca...!


CATATAN SEKITAR OPERASI MEROBOH RUMAH SETINGGAN KG. DENAI PINGGIRAN, KEMPAS

CATATAN INI ADALAH TULISAN SDR SUHAIZAN BIN KAYAT

Kita mulakan hari penuh sejarah 24.3.2010 di Surau Denai Pinggiran Kempas dengan bermunajat kepada Allah seawal jam 4 pagi di ketuai oleh Ust Ibrahim Misran. Kita mohon agar Allah memberi kekuatan dan Allah membantu golongan yg lemah di Kg Denai Pinggiran.

Jam 7.00 penduduk Kg Denai Pinggiran mula bersarapan. Mulai jam 8.30 pagi pihak berkuasa polis termasuk 2 trak FRU berada dihadapan Surau Kg Denai Pinggiran. Penduduk & penyokong membuat rantaian manusia di hadapan jalan masuk ke Kg Denai Pinggiran. Akhirnya FRU bergerak keluar dpd kawasan ini.Jam 10 am kenyataan media dibuat dihadapan lebih 10 media tempatan.

Jam 11.00 am Rumah Sdr. Ramli Ibrahim Pengerusi Jawatankuasa Setinggan Kempas mahu di robohkan. Sdr. Ramli merayu kepada Pegawai PTD Johor Baharu Sdr. Hishamuddin untuk dapat menangguhkan perobohan dalam masa satu hari. Pada mulanya Sdr. Hishmuddin bersetuju kemudian tidak bersetuju. Akhirnya rumah Sdr. Ramli hancur di mamah JCP. Saya tidak sempat berunding dgn pihak berkuasa kerana masa perundingannya terlalu pantas dan saya berada jauh dpd rumah Sdr Ramli.

Jam 12.00 tghari Penguatkuasa PTDJB, Polis & JCP bergerak kerumah Sdr Alias. Beliau baru lepas kemalangan jatuh pokok beberapa bulan lepas. Penguatkuasa mengepong rumah tersebut. Saya merayu kpd En. Hishmuddin agar mempertimbangkan agar memberi masa. Beliau berkeras. AKhirnya alhamdulillah hanya barang sahaja dikeluarkan. Sedikit dinding dipecahkan. Tetapi rumah tersebut tidak dipecahkan. Walaubagaimana pun bila hujan turun barang-barang Sdr. Alias mengalami kerosakkan.

Jam 1.00 tengahari JCB bergerak kerumah Sdr. Shukri & Sdr. Sulaiman. Saya cukup sedih melihat kedua-dua keluarga ini. Isteri Shukri menangis dihadapan saya mengenangkan anak-anaknya yg kecil tiada tempat perlindungan selepas ini.Lebih menyedihkan lagi keluarga Sdr. Sulaiman Kassim. Isterinya mengandung 8bulan. Sedang menunggu hari untuk bersalin. Sdr. Sulaiman & isteri menangis dihadapan saya. Beliau berkata beliau adalah ahli UMNO dan anggotai rela. Bertugas menjaga pemimpin UMNO. Tetapi rumahnya mahu dirobohkan. Saya cukup sebak melihat anaknya menangis dihadapan saya. Kebetulan anaknya sebaya dengan anak saya. Sdr. Sulaiman ada 5 org anak. 3 berada di asrama di KL. Beliau sebenarnya memiliki rum sewa di Projek Perumahan Kempas (PPR Kempas) tetapi sudah 7 bulan tidak dpt membayarnya kerana kesesakkan wang ringgit. Rumah tersebut telah disita. Dia tiada pilihan terpaksa mendiami rumah setinggan di situ. Saya agak lama berada dirumah beliau dengan harapan dpt merayu kpd PTDJB. Alhamdulillah 2 rumah ini tidak diroboh setakat hari ini.

Jam 2.00 ptg YB Osman Sapian, Adun Kempas lalu dihadapan kelompok penduduk Kg Denai Pinggiran. Apabila penduduk mohon pertolongan. YB Osman Sapian berkata " Pergilah jumpa hero awak Sdr. Suhaizan Kayat. Dia boleh tolong awak semua" Penduduk bertambah berang dgn kenyataan seorg yg bergelar YB. Nasib baik dpt ditenteramkan oleh rakan-rakan mereka.

Jam 3.00 ptg Penguatkuasa ingin merobohkan Kedai Raja Sulaiman Ketua Cawangan UMNO Denai Pinggiran. Berlaku sedikit pertengkaran. YB Osman Sapian pun turut hadir & cuba merayu. Tetapi malangnya YB Osman tidak mampu menghalang kedai Raja Sulaiman dirobohkan. Saya tidak sempat pergi kelokasi tersebut sebab membuat persediaan di kawasan Surau Denai Pinggiran yg mahu dirobohkan.

Jam 5.00 ptg Penguatkuasa bergerak di Surau Denai Pinggiran. Mulanya elektrik dipotong. Penduduk & penyokong cuba membuat rantaian manusia sambil berselawat. Semakin lama semakin ramai anggota polis datang. Saya berada ditengah-tengah manusia itu sambil memberi semangat kepada mereka. En Hishamuddin datang berjumpa saya mempertegaskan utk merobohkan rumah penduduk. Beliau berkata persetujuan telah disepakati bahawa bila kedai Raja Sulaiman diroboh maka kawasan kawalan saya di Surau Denai mesti diroboh. Saya kata siapa yg bersetuju? Saya tak ada hantar wakil pun utk berbincang. Isu itu tidak ada kait mengait. Saya minta tempoh seminggu. Beliau tak setuju. Saya tidak layan amaran mereka. Polis merapatkan kereta black maria. Saya bangkitkan simpati pihak polis dgn anak-anak sekolah yg menangis dihadapan polis. Akhinya En Hishmuddin memberi peluang 3 hari. Saya minta elektrik disambung semula. Alhamdulilah TNB sambung semula.


9.30 mlm saya mahu menguruskan hal kebajikan penduduk selepas ini.

Sekian jumpa lagi.

~~~~~~~~~~~

BEBERAPA GAMBAR SEKITAR OPERASI TERSEBUT..



Keluarga Sdr Sulaiman Kassim.

Isterinya mengandung 8 bulan dan menunggu masa untuk melahirkan anak...

Renunglah wajah anak kecil ini.. Tiadakah rasa simpati dalam diri kita ?


(FAEDAH) SAYA KONGSIKAN BEBERAPA HADIS RASULULLAH SAW AGAR KITA DAPAT BERAMAL DENGANNYA..


عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّه قال : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُنْجِيَهُ اللَّهُ مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلْيُنَفِّسْ عَنْ مُعْسِرٍ أَوْ يَضَعْ عَنْهُ

Daripada Abdulullah bin Abi Qatadah r.a, bahawa dia berkata : aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa ingin dilepaskan Allah dari huru-hara hari kiamat, maka hendaklah ia memudahkan orang yang susah." (muslim)

عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ أَرَادَ أَنْ تُسْتَجَابَ دَعْوَتُهُ وَأَنْ تُكْشَفَ كُرْبَتُهُ فَلْيُفَرِّجْ عَنْ مُعْسِرٍ

Daripada Ibnu Umar r.a, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW : Barangsiapa ingin harapannya dikabulkan dan kesusahannya dilapangkan Allah, maka hendaklah ianya memudahkan orang yang kesusahan". (ahmad)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قال قَالَ رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُؤْمِنُ مِرْآةُ الْمُؤْمِنِ وَالْمُؤْمِنُ أَخُو الْمُؤْمِنِ يَكُفُّ عَلَيْهِ ضَيْعَتَهُ وَيَحُوطُهُ مِنْ وَرَائِهِ

Daripada Abi Hurairah r.a berkata, bersabda Rasulullah SAW : Orang yang beriman itu adalah cermin bagi orang yang beriman yang lainnya, dan orang yang beriman itu saudara orang mukminin lainnya, mereka saling tolong menolong satu dengan lainnya dalam kehidupan dan saling menjaga/ melindungi" (al-bukhari)


عن أنس بن مالك ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إِنَّ اللهَ يُحِبُّ إِغَاثَةَ اللَّهْفَانِ

Daripada Anas bin Malik r.a berkata, bersabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang meringankan saudaranya yang kesusahan." (abu ya'la)


عَنِ ابْنِ عُمَرَ , قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:إِنَّ لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ خَلْقًا خَلَقَهُمْ لِحَوَائِجِ النَّاسِ يَفْزَعُ النَّاسُ إِلَيْهِمْ فِي حَوَائِجِهِمْ أُولَئِكَ الآمِنُونَ مِنْ عَذَابِ اللَّهِ تعالى.

Daripada Ibnu Umar r.a berkata, bersabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya bagi Allah Azza wa Jalla, ada makhluk yang diciptakanNya untuk membantu manusia, yang dengan bantuan itu mereka merasa lapang. Mereka termasuk orang-orang yang terselamat daripada Allah Ta'ala." (ath-thabrani)

wallahu a'lam..


Ust Ibrahim al-Banjari

EXCO DPPNJ.

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular