Pengurus Jabatan dipindahkan ke Kota Bharu

Setiausaha PAS Kawasan Pasir Gudang, Sdr. Haini Harun (Kanan) telah diarahkan untuk melaporkan diri di sebuah Institusi Pengajian Awam di Kota Bharu Rabu ini. Beliau yang telah berkhidmat di sebuah Institusi Pengajian Awam di Pasir Gudang selama lebih 5 tahun sebagai Pengurus Jabatan Hal Ehwal Pelajar akhirnya ditukarkan ke Kelantan atas desakan individu yang irihati dengan corak kepimpinan beliau yang telus dan islamik yang membentuk pelajar dengan acuan Islam.

Beliau yang aktif dalam mengatur gerakerja Pasti Al-Kauthar Pasir Gudang tidak gentar dengan ujian sebegini malahan redha dengan apa yang berlaku.

"Saya bukan jenis orang yang suka bermuka-muka. Prinsip saya dalam pergerakan dakwah adalah jelas. Saya tidak mahu berselindung dan berlakon seperti orang yang seolah-olah tiada kecenderungan politik," kata beliau.

Beliau yang sentiasa bersama dengan Pas di luar waktu pejabat tanpa segan silu menampal poster dan memasang bendera membuatkan seteru politik beliau tercabar dengan komitmen sedemikian.

Walaubagaimanapun punca pemindahan beliau tidak dapat dikenalpasti walhal beliau tidak sekali-kali membawa politik kepartian ke dalam tempat kerja. Ini diakui sendiri oleh pegawai-pegawai di bawah seliannnya.

Jika benar beliau telah melanggar tatatertib kakitangan Institusi Pengajian Tinggi Awam berkenaan kenapa tiada langsung bukti yang diajukan dalam surat pemindahan yang beliau terima.

Ini memberi gambaran bahawa beliau dipindahkan atas niat memberi tekanan kepada beliau dan keluarga. Bayangkan isterinya perlu menguruskan 7 orang anaknya yang sedang bersekolah dan seorang yang masih kecil.

Isteri beliau yang juga bertugas sebagai pensyarah di tempat yang sama terpaksa menerima takdir ini dan menganggap ujian ini adalah antara saringan yang perlu dilalui oleh pejuang-pejuang Islam untuk menguji keyakinan terhadap perjuangan yang beliau pegang selama ini.

"Ujian sebegini adalah lumrah kepada kakitangan kerajaan macam saya. Saya harap ujian ini lebih memantapkan keyakinan saya pada perjuangan Pas," jelas beliau yang tidak menolak hikmah yang terselindung di sebalik ujian ini.

Beliau juga tidak menolak 'Pengusiran' ini telah sedikit sebanyak memberi kesan psikologi kepada penyokong dan pendokong Pas di Institusi Pengajian Awam terbabit. Namun beliau yakin tiada apa yang mampu mengubah takdir Allah. Mereka merancang Allah jua merancang, tapi perancangan Allah yang terbaik.

Terdahulu, satu majlis perpisahan telah diadakan di Pejabat Pas Kawasan Pasir Gudang bagi memberi peluang beliau menyampaikan kata-kata amanat sebelum penghijrahan beliau ke tempat yang diberi nama jolokan 'serambi mekah'.

Saya dan sahabat berharapkan beliau dapat menimba ilmu dan pengalaman di Kelantan dan mencari formula-formula kecemerlangan di sana bagi dibawa ke Johor untuk memantapkan gerakerja Pas di masa hadapan.

Saya juga berkesempatan bergurau dengan beliau dengan kata-kata bahawa Pas secara tidak langsung menyediakan latihan untuk 'anta' di Kelantan. Bawalah pulang strategi dakwah Pas Kelantan untuk diaplikasikan di Pasir Gudang.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku rasa kalo nak pindahkan staf yg kepala pembangkang kat poli jb tu, mau lebih separuh tu. bole buat poli baru. -setap pjb-

Catat Ulasan

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular