Persediaan kad raya untuk diedarkan kepada masyarakat

Kerja-kerja menampal gambar calon pada kad raya sedang dijalankan untuk edaran pada pagi esok.










Keratan Akhbar Dedah Isu Pekerja Bangladesh Ditipu Agensi Pekerjaan

Semalam, beberapa akhbar tempatan telah memasukkan isu 97 orang pekerja warganegara Bangladesh ditipu oleh agensi pekerjaan bangsa mereka sendiri.








Sindiket Penipuan Pekerja Asing Bangladesh

Semalam, Ketua Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang, Syed Othman telah mengadakan sidang akhbar mengenai isu penipuan oleh agensi pekerjaan terhadap pekerja-pekerja asing dari negara Bangladesh.

Para wartawan telah hadir dan dimaklumkan bahawa isu ini akan dimasukkan dalam akhbar mereka pada hari ini. Antara akhbar yang dijangka akan memaparkan isu ini adalah akhbar Kosmo!




Sebahagian dari pekerja Bangladesh yang berkumpul di hadapan Blok 18, Taman Cendana.

Pembunuhan kejam menjadi-jadi kerana tolak hukum Allah

Apa kena mengena cadangan mewujudkan sekolah satu sesi bagi menyelesaikan masalah jenayah? Walaupun tempoh persekolahan dilanjutkan sehingga jam 4 petang, apakah ia boleh menjamin tidak ada lagi pembunuhan, perogolan khususnya terhadap kanak-kanak perempuan?

Cadangan itu lahir daripada pelaksana Islam Hadhari, PM Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau berkata, langkah itu jika dilaksanakan akan memberi kelegaan kepada ibu bapa yang bekerja kerana mereka berpeluang menjemput sendiri anak-anak pulang dari sekolah.


Mungkin cadangan itu lahir setelah PM melihat penderitaan melalui wajah gadis sunti comel, Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang tersiar di akhbar dan media elektronik sehingga mengundang kepiluan seluruh rakyat negara tanpa mengira bangsa dan agama.

Sekali air bah sekali pantai berubah. Setiap kali berlaku kes seperti ini pelbagai cadangan dibuat.

Ekoran tragedi Nurin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Shahrizat Abd Jalil mencadangkan supaya tindakan mahkamah diambil terhadap ibu bapa yang cuai menjaga anak-anak.

Sebelum kes tragis Nurin, pada 22 Disember 2004, Siti Syazwani Ahmad Dasuki, 9, dibunuh selepas dirogol di ladang kelapa sawit berhampiran Taman Rhu, tidak jauh dari rumahnya.

Pada 17 Januari 2004, Nurul Huda Abdul Ghani, 10, dirogol dan dibunuh di pondok pengawal stesen Janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kampung Pekajang, Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.

Harirawati Saridi, 10, pula ditemui dibunuh dengan kainnya tersingkap di kawasan semak di kampung Rantau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah. Tragedi itu berlaku pada 8 Januari 2004.

Nor Shakila Ramli Choo, 6, dirogol sebelum dibunuh di kawasan perumahan terbiar dekat Taman Tasik Permai, Ampang pada 1 April 2002.

Pada 3 Julai 2001 pula seorang pelajar tingkatan empat, Nurul Hanis Kamil dirogol dan dibunuh dalam semak selepas pulang dari sekolah di Taman Koperasi Risda, Serkam Darat, Merlimau, Melaka.

Manakala Nor Shuhada Borak, 6, dipercayai dibunuh selepas dirogol. Mayatnya ditemui di loteng sebuah rumah di Selayang Baru, Selangor pada 21 Oktober 2000.

Di Sandakan pula, Siti Nadirah Budah, 5, mati dibunuh selepas dirogol di kampung Sibugal Besar, Batu 10, pada 5 Julai 2001.

Ini merupakan sebahagian tragedi ngeri yang menimpa keluarga mangsa dan tidak mungkin dapat dilupakan. Belum lagi kes remaja perempuan yang dirogol dan dibunuh, wanita, isteri, ibu dan nenek yang turut dirogol, diliwat dan dibunuh.

Beginilah nasib malang kanak-kanak, remaja dan wanita di negara yang telah merdeka dan baru saja menyambutnya selama 50 tahun. Amat malang kerana nasib kanak-kanak, remaja dan wanita yang tinggal di bawah naungan Islam Hadhari hidup dalam ketakutan dan `trauma' untuk keluar bersendirian.

Sekali air bah, sekali pantai berubah

Apabila tragedi bunuh dan rogol berlaku di kawasan semak atau belukar, kerajaan mengarahkan supaya penduduk bergotong royong membersihkan kawasan tersebut.

Secara tidak langsung keluar amaran terhadap pemilih tanah yang membiarkan tanah mereka semak.

Begitu juga jika pembunuhan dan perogolan itu berlaku di kawasan sunyi, perumahan tinggal maka riuh la janji-janji manis pihak polis untuk meronda dan memastikan kawasan tersebut selamat dilalui.

Tetapi setakat mana tindakan itu diambil? Apakah janji atau membersihkan kawasan semak, memantau, membuat cadangan, menukar akta, menyiasat dan sebagainya itu diambil apabila isu sedang panas?

Apakah selepas isu sejuk,rakyat lupa, ibu bapa mangsa senyap, penjenayah tidur sekejap pimpinan BN juga terus lena tertidur?

Memang ada lojiknya cadangan PM untuk melanjutkan tempoh sekolah satu sesi bagi memberi peluang ibu bapa menjemput anak-anak dari sekolah.

Tetapi penjenayah tidak terikat pada waktu dan hari. Bagaimana pula dengan cuti sekolah atau hari tidak sekolah? Apakah penjenayah hanya menjalankan tugasnya pada hari persekolahan saja?

Perlu diingat, tragedi rogol dan liwat juga berlaku di rumah sendiri seperti haruan makan anak, tetapi isu ini tidak mendapat perhatian kerana mungkin ramai pihak yang tidak berani untuk mendedahkannya.

Undang-undang Islam penyelesai masalah

Rentetan tragedi ngeri itu disebabkan tidak ada usaha pimpinan BN untuk melaksanakan undang-undang Islam. Undang-undang Islam yang didakwa kolot sebenarnya memberi penyelesaian pada apa sahaja masalah yang berlaku dari dulu hingga kini.

Jika penjenayah yang merogol dan membunuh Nor Shuhada Borak pada tahun 2000 telah dijatuhi hukuman rejam sampai mati di khalayak ramai dan mayatnya dibiar menjadi tontonan, insya-Allah tragedi ngeri itu tidak berulang.

Sudah pasti ramai kanak-kanak dan gadis sunti terselamat daripada dibunuh, diliwat dan dirogol oleh `jantan' gila tidak berotak.

Undang-undang Islam bukan menghukum tetapi memberi pengajaran kepada orang ramai. Menyelamatkan bukan saja umat Islam tetapi seluruh insan di negara Islam Hadhari ini.

Inilah padahnya jika pimpinan Umno tidak mahu melaksanakan undang-undang Islam. Penulis yakin ramai pimpinan Umno yang mengakui undang-undang Islam saja yang boleh menyelamatkan negara tetapi disebabkan ego mereka terlalu tinggi, mereka takut PAS mendapat sokongan rakyat, jadi mereka terpaksa berusaha mengadakan pelbagai cadangan dan menukar akta.

Pimpinan kerajaan jangan lepas tanggungjawab dengan menyoal siasat bapa Nurin, Jazimin Abd Jalil, 33, kononnya cuai menjaga anak dan ada kes dengan ‘ah long’.

Daripada pihak polis menyoal siasat ibu bapa Allahyarham Nurin bukankah lebih berfaedah polis meluaskan penyiasatan dan gerakan mencari semua penjenayah yang tidak berotak itu.

Percayalah...selagi undang-undang Islam tidak terlaksana tragedi ngeri yang sama akan berulang. Tak caya...tunggu!!! - lanh

Sumber: Harakahdaily

Daftar mengundi sebelum akhir Okt.

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman menasihatkan orang ramai supaya mendaftar sebagai pengundi selewat-lewatnya hujung bulan ini sekiranya mahu mengundi pada pilihan raya umum ke-12.

Beliau berkata, jika mereka gagal berbuat demikian dalam tempoh tersebut, kemungkinan besar nama mereka tidak akan tersenarai sebagai pemilih berdaftar untuk pilihan raya umum berkenaan.

Menurut beliau, semua pihak harus sedar proses memasukkan nama sebagai pengundi dalam senarai pemilih perlu mengikut undang-undang dan tempoh masa yang ditetapkan ialah tiga bulan.

‘‘Pengundi baru yang membuat pendaftaran pada bulan ini, namanya akan dimasukkan dalam senarai pemilih bulan Disember iaitu selepas melalui beberapa proses undang-undang.

‘‘Selepas proses itu selesai, mereka kemudian dibenarkan membuang undi pada pilihan raya umum akan datang yang kemungkinan akan diadakan pada awal tahun depan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ab. Rashid sebelum ini pernah mendedahkan orang Melayu golongan tertinggi tidak mendaftar sebagai pengundi walaupun pelbagai program diatur untuk memudahkan mereka mendaftar.

Sebagai contoh, dalam program Gerakan Perdana Pendaftaran Pemilih yang berakhir bulan lepas, katanya, 90 peratus daripada 1.5 juta rakyat yang tidak mendaftar adalah orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain.

Ab. Rashid berkata, bagaimanapun, sekiranya pilihan raya umum diadakan pada tahun ini, nama mereka yang mendaftar bulan ini tidak akan dapat dimasukkan ke dalam senarai pemilih kerana tempohnya belum cukup tiga bulan.

‘‘Oleh itu saya minta mereka yang belum berdaftar supaya segera berbuat demikian. Sekurang-kurangnya mereka boleh menjadi pengundi jika pilihan raya umum diadakan pada awal tahun depan,’’ katanya.

Sumber: Utusan

Tauhid kepada Allah dapat elak Taghut

"...Jangan kita merasakan kita duduk berjuang Islam ini tidak perlu kuliah tauhid, kerana kuliah tauhid adalah asas kepada kuliah haraki..."

"...orang paling bijak adalah orang yang selalu mengingati mati..."

"...erti kemerdekaan adalah dengan memerdekakan diri dari ideologi ciptaan manusia dan mencapai keadilan Islam.."

Ikuti ceramah sempena Lawatan Dewan Ulama' Pas Johor ke Pasir Gudang baru-baru ini.

Slideshow Bantuan 12 Ramadhan 1428H di Kg. Pasir Gudang Baru

Sila layari slideshow semasa program Bantuan 12 Ramadhan 1428H di Kg. Pasir Gudang Baru. Klik link ini.

Pembangunan negara umpama filem 'Tiga Abdul' - Mahfuz

Pembangunan negara kini mirip 'Filem Tiga Abdul' lakonan dan arahan Tan Sri P. Ramlee apabila Abdul Wahub hanya boleh menghidu makanan yang dihidangkan oleh keluarga Sidik Sagaraga lakonan Ahmad Nisfu.

Demikian kiasan Ketua Penerangan PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar sebelum menamatkan ceramah penerangan anjuran Lajnah Penerangan PAS Kawasan Kepala Batas yang diadakan di Kota Aur, Penaga.

Ujarnya, hari ini rakyat sekadar melihat pembangunan yang dinyatakan oleh kerajaan walhal yang benar-benar memperolehi keuntungan adalah kroni.

"Lihatlah apa yang akan berlaku pada Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di mana baru majlis pelancaranya sahaja kroni Barisan Nasional (BN) dah kecapi keuntungan manakala rakyat terus dijanjikan mendapat habuan 20 tahun lagi, " jelasnya disambut ketawa hadirin.

Pembangunan NCER melibatkan empat negeri utara iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis akan dipacu dengan pembangunan berteraskan ekonomi pelancongan, perindustrian dan pertanian.

Kesannya nanti rakyat tempatan akan mendapat keuntungan hasil perancangan kerajaan yang jujur dan berkualiti seiring dengan slogan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Menceritakan dailog Abdul Wahub lakunan Tan Sri P. Ramlee di kandang kuda beliau menyebut, tidak mengapa Sidik Sigara kerana hari ini hari engkau tapi esok hari aku.

Ini bermakna, rakyat kena menghukum kerajaan yang berkuasa dengan menjatuhkan BN yang pernah memperkotak-katikkan rakyat dengan kenaikan barangan seharian, petroleum dan kewujudan tol.

"P. Ramlee sudah membuktikan dalam filemnya betapa peritnya menjadi menantu orang kaya yang cuba memperbodohkan Abdul Wahub lakonannya. Namun begitu, memandangkan kebijakan Abdul Wahub akhirnya syarat yang diucapkan oleh mertuanya iaitu tidak boleh marah, jika tidak akan dijual memakan diri. Kontek sekarang, rakyat kena usaha jatuhkan BN jika mahu melihat Umno berkubur," ujar beliau.

Menurut Haji Mahfuz yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS kedah, rakyat juga harus meneliti kenyataan dua orang tokoh negara yang meminta rakyat meneliti terlebih dahulu kepimpinan sebelum memberi undi dalam pilihan raya.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum menjalani pembedahan koronari jantung pernah berkata, beliau mengimpikan keberanian orang Melayu menentang penyelewengan kepimpinan kerajaan yang ada.

Jika rakyat hendakan BN berkuasa juga jangan sekali-kali memberi mereka peluang memerintah sehingga sampai 90 peratus menguasai parlimen kerana ia tidak baik kepada masa depan negara.

Begitu juga Raja Muda Perak, Raja Nazrin dalam ucapanya berharap rakyat memilih orang yang bermoral untuk memerintah negara kerana sikap itu boleh membantu mencernakan ketamadunan negara pada masa depan.

Pemimpin yang tidak bermoral titahnya, harus disingkir habis-habisan baru negara boleh berkembang dan mengikut landasan kemajuan yang diberkati.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Yang DiPertua PAS Kepala Batas, Ustaz Ghazali Wahid, Setiausaha PAS Kawasan, Zulkiply Ishak dan Ketua Penerangan PAS Kawasan, Haji Ahmad Ismail. - mns


Bantuan kepada rakyat miskin dan daif 12 Ramadhan 1428H di Kg. Pasir Gudang Baru.

Bantuan kali ini telah dijalankan di Kg. Pasir Gudang Baru. Sembilan individu yang telah dipilih terdiri dari warga tua dan ibu tunggal. Alhamdulillah dengan kerjasama dari beberapa orang wakil penduduk di sini, program bantuan ini berjaya dilaksanakan dengan lancar.









Melihat kepada susuk tubuh pakcik ini memanglah menyedihkan. Badannya yang kurus sebegini menggambarkan bahawa beliau mungkin mengalami kekurangan zat. Tambah meyakinkan lagi apabila beliau sendiri mengakui telah lebih 2 bulan beliau tidak menyentuh nasi. Beliau difahamkan hanya memakan biskut sahaja. Patutlah dari awal lagi beliau menolak pemberian beras dari kami.

Syed Othman yang pada awalnya menghulurkan beg plastik berisi beras dan susu terpaksa menggantikan satu tin biskut yang diambil dari keretanya yang saya rasa dibelikan untuk anak angkatnya, Nurul.

Warga tua ini telah mengalami kecederaan di kaki akibat kemalangan beberapa hari lepas.







Warga tua ini sudah tidak mampu bekerja dan hanya mengharap belas ihsan dari penduduk setempat.

Jika anda ada kenalan yang daif dan memerlukan bantuan, maklumkan kepada Syed Othman di nombor 013-7511818 dan kami akan berusaha mendapatkan dana untuk membantu mereka.

Kami juga perlu menambah dana yang sedia ada dan jika anda mempunyai rezeki lebih atau harta yang perlu dibersihkan, masukkan di atas nama Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang, No. 32, Jalan Mawar 33, Tmn. Mawar, 81700 Pasir Gudang, Johor.

Akaun Bank Islam - 01087010019872


Segala sumbangan anda adalah diharapkan.

Musa Hassan tidak beradab, cuba tuduh ibu bapa Nurin cuai!

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Hrkh) - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini diselar tidak beradab kerana cuba menuduh ibu bapa Nurin Jazlin cuai, di kala mereka baru sahaja kehilangan insan tersayang dalam keadaan penuh tragis.


Image

Malah lebih buruk lagi tanpa nada simpati, Musa Hassan berkata jika mendapati terdapat elemen cuai sehingga menjurus kepada penculikan Nurin Jazlin, ibu bapa mangsa boleh diambil tindakan undang-undang bawah Akta Perlindungan Kanak-kanak.

"Jika ada kecuaian, kita akan cadangkan kepada Peguam Negara agar tindakan undang-undang diambil ke atas mereka," kata Musa kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Suruhanjaya Polis yang dipengerusikan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri semalam.



Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar yang begitu kesal dengan kenyataan 'kurang ajar' dan angkuh KPN itu berkata adalah sesuatu yang tidak wajar seorang yang berakhlak, ketika keluarga Nurin ditimpa musibah dilemparkan dengan tuduhan negatif yang begitu menghiris hati apatah lagi di waktu mereka sedang berdukacita.

"Sepatutnya Musa Hassan merakamkan takziah dan simpati atas apa yang berlaku, dan kalau ada sekalipun kelemahan ibu bapa Nurin, ini bukan masanya nak keluarkan kenyataan tidak beradap ini!" katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

"Saya tidak bersetuju langsung dengan kata Musa yang cuba memberi tanggapan negatif kepada kedua ibu bapa Nurin.

"Tidak ada ibu bapa yang mahu cuai dan mengabaikan tanggungjawab terhadap anaknya apatah lagi membiarkan anaknya dibunuh kejam. Jangan sekali-kali cuba 'discredit' atau merendahkan peranan ibu bapa ini," katanya.

Dalam pada itu, menurut sebuah laporan akhbar berbahasa Inggeris hari ini, kedua-dua ibu bapa Nurin begitu kecewa dengan beberapa laporan media dan tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka berikutan kematian Nurin ini.

"Kepada sesiapa yang menuduh saya dan isteri saya sebagai keluarga yang cuai, apa yang mampu saya kata ialah - kami terlalu menyayangi keempat-empat anak perempuan kami," kata Jazimin yang dipetik daripada akhbar terbabit.

Mahfuz berkata kenyataan Musa ini juga dilihat cuba menyalahkan pihak lain dan mengalih perhatian masyarakat terhadap kewibawaan polis selama ini yang sehingga Nurin dikebumikan, belum lagi berjaya menangkap pembunuh berhati haiwan ini.

"Inikah KPN yang dipilih oleh Perdana Menteri yang tidak tahu adab dan cuba menyalahkan orang lain pula bila keadaan terdesak?" soalnya.

"Bagaimana pula jika polis juga cuai dalam menjalankan tanggungjawabnya menjaga keselamatan orang ramai, adakah akan didakwa dan diambil tindakan?" soalnya yang turut merujuk kegagalan polis membanteras kegiatan hampir 17,000 anggota kongsi gelap yang ada di negara ini seperti yang pernah dilaporkan.

Katanya Perdana Menteri mesti menamatkan kontrak atau memecat Musa Hassan dengan segera kerana kegagalannya menangani pelbagai masalah jenayah negara yang semakin meruncing dan kronik sehingga menyebabkan masyarakat semakin bimbang dengan keselamatan mereka apatah lagi mempunyai KPN yang tidak beradab dan tidak menunjukkan rasa ihsannya di atas kejadian yang berlaku sehingga tergamak cuba menuduh keluarga Nurin sebagai 'penyebab' atau 'punca' kematiannya.

Dalam masa sama, Mahfuz merakam ucapan takziah yang tinggi kepada keluarga Nurin atas ujian yang dihadapi dan berharap serta mendoakan agar mereka diberi ketenangan.

"Saya sekeluarga menitis air mata tatkala melihat jenazah Nurin disembahyangkan dan lebih pilu bila imamnya juga menangisi pemergiaan kanak-kanak tidak berdosa ini," katanya yang melihat peristiwa itu di kaca TV.

"Semoga rohnya berada di syurga dan apa jua hasrat dan impian Nurin selama ini, saya harap ibu bapanya akan menunaikan atau menebus kepada anak-anak yang lain," katanya.

Nurin,berusia lapan tahun yang dibunuh kejam setelah diculik sejak 20 Ogos lalu, telah dikebumikan selepas solat Jumaat lepas. - mks.


Rahsia amalan puasa kita diterima

Diceritakan pada satu hari, seorang Soleh di kalangan salaf berlalu di sebuah perkampungan, terdapat di situ beberapa orang lelaki (selepas Ramadan) ketawa berdekah-dekah dengan membuang masa di kedai kopi, bercerita tentang persoalan dunia yang tiada kaitan dengan alam kubur, akhirat atau di padang Mahsyar.


Maka orang Soleh itu pun menyapa mereka dengan berkata : Adakah tindakan tuan-tuan dengan banyak ketawa merasakan tidak ada dosa yang tertanggung atau begitu yakin amalan tuan-tuan diterima Allah SWT dengan membuang masa begini?
Jika diterima sekali pun adakah sesuai tuan-tuan duduk lama di kedai kopi bersembang pada perkara yang tidak menguntungkan Islam dan umatnya?

* Justeru menurutnya, sesungguhnya amal-amal soleh yang berkekalan yang dilakukan pada bulan Ramadan seperti berpuasa, baca al-Quran, solat Tarawih, bersedekah dan berzakat, menyedia atau memberi makanan kepada orang lain, bersegera ke masjid untuk menunaikan solat Jamaah, menjaga waktu solat fardu lima waktu, menghubungkan silaturrahim sesama muslim, beriktikaf dalam masjid, bangun malam dan lain-lain adalah petanda amalan orang berpuasa diterima di sisi Allah.


* Hendaklah setiap muslim menjadikan ketaatan dan muraqabah (pengawasan) terhadap Allah setiap masa seperti di bulan Ramadan adalah perkara utama agar amalannya terus diterima di sisi-Nya, di samping menjauhkan diri daripada terlibat dalam perkara dosa, mungkar dan keji bersesuaian dengan inspirasi hadis baginda yang bermaksud :

Susulilah kejahatan itu dengan kebaikan yang mampu menghapuskan kejahatan, dan berakhlak mulialah terhadap manusia dengan akhlak yang terpuji.


* Bercakap dengan ungkapan yang berisi nasihat atau bimbingan serta beramal soleh merupakan pra syarat terkabul amalan di sisi Allah seperti yang ditegaskan-Nya menerusi ayat 10 surah Fatir : Kepada-nya (Allah) sampai perkataan-perkataan yang baik (kalimat Tauhid) dan amal soleh disampaikan kepada-Nya .


* Bersegera dalam melakukan kebaikan dan kebajikan juga adalah faktor dikenal pasti sebagai penyebab amalan seseorang diterima Allah.


* Suka bersedekah dan tidak kedekut adalah punca amalan diterima Allah.


* Mengekal dan memelihara takwa kepada Allah juga menyebabkan amalan diterima Allah.


* Istiqamah dalam agama dengan terus beramal dan melakukan perintah serta meninggalkan perkara yang terlarang adalah punca amalan diterima.


* Memelihara rukun Islam yang lima serta rukun Iman yang enam juga penyebab amalan diterima Allah.


* Konsisten dalam beramal secara berterusan walaupun sedikit, ia bertepatan dengan penjelasan baginda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud :
Sebaik-baik amalan di sisi Allah ialah yang bersifat berterusan walaupun sedikit.
Apapun Ramadan telah melahirkan dua jenis manusia yang mempunyai cara berbeza dalam penampilan mereka selepas Ramadan, justeru marilah sama-sama kita renung secara mendalam untuk kita tentukan golongan mana yang patut dicontohi.

Golongan Pertama


Golongan yang dapat disaksikan dalam bulan Ramadan begitu ghairah melakukan apa ahaja amal ibadat selagi sanggup melakukannya, solat ketika orang lain juga bersolat, rukuk, sujud, bertadarus dengan berlinangan air mata kerana takutkan azab Allah ketika membaca al-Quran.
Agak sukar untuk melihat dalam diri mereka akhlak yang terkeji, kerana satu bulan Ramadan diisi dengan pelbagai ketaatan kepada Allah, menjauhkan diri dari segala maksiat dan perkara yang melalaikan.


Namun setelah sebulan dua ditinggalkan Ramadan, ketaatan, ibadat dan segala apa yang dilakukan hanya menjadi kenangan manis yang berlalu pergi bersama pertukaran bulan-bulan yang lain, surau dan masjid bukan lagi menjadi tempat destinasi persinggahan, al-Quran bukan lagi menjadi bahan bacaan harian, bulan berganti bulan hingga terbit Ramadan pada tahun berikutnya, inilah golongan yang hanya beribadat secara bermusim, seolah-olah Allah hanya wujud di bulan Ramadan sahaja, sedangkan pada bulan-bulan yang lain kehangatan beribadat semakin pudar.


Golongan Kedua


Golongan yang merasa amat gembira dengan kedatangan Ramadan dan merasa hiba dengan pemergian bulan yang mulia ini, kerana mereka merasa seronok dengan kemanisan dan janji-janji yang ada padanya.


Ramadan bagi mereka adalah peluang untuk menambah koleksi pahala sebanyak mungkin, kerana mereka mengetahui, bahawa Ramadan bulan kesabaran, persamaan, berkasih-sayang, terpadat padanya Lailatul Qadr, solat Tarawih, rahama, keampunan, pelepasan dari api neraka, Nuzul al-Quran, tadarus, tazkirah, pengeluaran Zakat Fitrah, peristiwa Badr al-Kubra, pembukaan kota Mekah dan seribu macam pahala yang tersedia untuk direbut.
Mereka beramal dengan sepenuh hati bagi menjana diri sebagai hamba-hamba Allah yang bertakwa menerusi ibadat puasa, mereka akan menangis jika Ramadan hampir melabuhkan tirainya kerana mungkin tidak akan bertemu dengannya pada tahun-tahun yang mendatang.
Kesimpulannya


Terserah kepada anda untuk menentukan kedudukan yang mana satu yang harus anda pilih di antara dua golongan yang disebutkan di atas.
Andalah sebagai hakim untuk memastikan masa depan di akhirat lebih terjamin untuk mendapatkan syafaat baginda Rasulullah s.a.w ketika ada di kalangan manusia yang tercicir namanya dalam senarai mereka yang dimasukkan dalam syurga Allah yang kekal abadi dengan segala nikmat yang membahagiakan. - mr


Sumber: Harakahdaily


Adab puasa dan tarawih

SETIAP orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang akan menyempurnakan ibadah tersebut.

Di antara peraturan yang terpenting ialah :

* Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya.

* Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syarak dan perkara yang sia-sia.

* Mengawal perutnya daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau mengandungi unsur syubhat, terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya upaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama’ pernah berpesan:

“Apabila kamu berpuasa, maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?”

Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.

* Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna.

Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak dan binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Nabi s.a.w.:

“Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga!” (Riwayat An-Nasai)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang puasa atau tidak, apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Puasa itu adalah ‘perisai’, Sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya, maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: ‘Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

* Janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami keperitan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya akan terkawal, keinginan nafsunya akan berkurangan, hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.

* Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makan adalah sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain.

Penggembelingan diri di dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan, memberikan kesan positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut, terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal mereka ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain, sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis dan rayuannya yang bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika munajat dan berzikir kepada-Nya.

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu pada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Takungan jelik yang dipenuhkan oleh manusia adalah perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan, maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya” (Riwayat Ahmad dan Tirmizi).

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut:

“Sekiranya perutmu kenyang, anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu), tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus, bahkan itulah adat mereka sepanjang masa.

* Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan ini, bahkan mengambil kesempatan yang ada untuk beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya.

Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadan yang mulia ini, sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhiratnya.

* Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib.

Sabdanya:

“Umatku sentiasa berada di dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur.” (Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim).

* Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda s.a.w.:

“Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa, tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa).” (Riwayat Baihaqi dan ibnu Khuzaimah).

* Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat tarawih, witir dan sebagainya. Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat tarawihnya seperti mana amalan kebiasaan sebahagian besar mereka di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadah solat tarawih mereka kerana meninggalkan rukun solat tersebut seperti, meninggalkan tumakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin cepat dalam mengejar waktu sehingga meninggalkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya.

Amalan tarawih seperti itu menjadi tidak sempurna dan berkurangan pahalanya kerana itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti pada waktu-waktu lain, menyempurnakan qiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya dalam mengerjakan solat tarawih itu sehinggalah selesai sama ada sebanyak 20 rakaat atau pun 8 rakaat. Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

“Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiam semalaman.” (An-Nasai).

- NAZMI AIDARUS ialah pegawai di Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

Sumber: Mutiarahati

Rakyat Johor mesti tolak WPI - Dr. Hasan Ali

Ikuti Video ceramah di sini:



"...Singapura ingin menjadi kuasa besar dunia dan membuka pintu kepada singapura bererti men'singapura'kan Malaysia."

"...singapura tidak yakin yang johor selamat kepada warganegara mereka."


"...anak bangsa lemah bahasa inggeris, macamana nak bersaing dengan singapura?"

"...Razak Baginda dapat komisyen kapal selam 530 Juta."

"...Najib dapat komsiyen Jet Pejuang Sukhoi 1 bilion."

"...ada menteri kita tidur di ritz hotel dengan kos sewaan satu malam sebanyak RM10,000. Duit siapa yang digunakan?"

"...dalam statisktik terbaru, 76% orang cina menola pak lah dan umno barisan nasional."

"...media di Malaysia adalah agen umno barisan nasional."

"...atas arahan kementerian, pensyarah-pensyarah dan profesor tidak dibenar pergi ke masjid untuk memberi ceramah."

Jangan jadi anak durhaka

Sambil menyelak-nyelak akhbar untuk mencari berita yang menarik untuk dijadikan bahan, saya terserempak dengan berita berkenaan Yusni Jaafar dalam ruangan hiburan akhbar Berita Harian: Hip. Pasti ada orang berkata: Baca juga ruangan hiburan ya, mengapa tidak? Kita perlu tahu akan seluruh perkembangan yang berlaku disekeliling kita, bukan hanya ambil tahu apa yang mahu kita tahu.

Yusni Jaafar ini memang saya ikuti perkembangannya, sejak berita beliau ditinggalkan oleh anak-anak kandungnya. Kebetulan saya pernah dikenalkan dengan salah seorang anak beliau melalui kawan saya yang pernah bernikah (tapi tak lama) dengan anaknya itu.

Di bawah tajuk: Ibu sudah ampun kesalahan mereka, Yusni bercerita panjang-lebar berkenaan perkembangan hidupnya terkini. Beliau kini tinggal bersendirian di sebuah flat kos sederhana di Ampang Hiliran. Beliau yang pernah glamour satu ketika dahulu kini terpaksa mengharapkan bantuan dari rakan-rakan untuk membeli perabut dan peralatan rumah.

Kata Yusni sejak berpindah ke rumah barunya 22 Ogos lalu sehingga kini anak-anaknya tidak pernah mengunjungi atau menghubungi beliau.

Saya tidak dapat menerima bagaimana anak-anak boleh mengambil sikap sedemikian terhadap seorang ibu kandung. Jahat mana sekalipun seorang ibu (saya pasti Yusni tidaklah masuk dalam kategori jahat pun) ia tetap ibu kita. Tambahan pula kita berada di bulan Ramadhan yang penuh barakah dan rahmat ini. Saya menasihati diri saya dan para pembaca blog ini serta anak-anak Yusni akan ayat-ayat Allah swt:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). (al Ahqaf: 15)

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (al Isra: 24)

Selain itu Rasulullah saw berpesan kepada kita:

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a, bahwa Rasulullah s.aw bersabda: Ridha Allah bergantung kepada keridhaan orang tua dan murka Allah bergantung kepada kemurkaan orang tua.

Mudah-mudahan Allah swt mengampunkan dosa kita semua dan lebih utama lagi dosa kedua orang ibu-bapa kita. Semoga Allah menggerakkan hati anak-anak Yusni dan anak-anak orang lain seumpama kes Yusni ini untuk memohon ampun kepada ibu mereka dan menghiburkan hati mereka selagi berbaki hidup mereka di dunia ini.

Sumber: Roslan SMS


Slideshow Program Sumbangan Ramadhan di Kg. Baru Plentong

Pada hari ahad yang lalu, satu Program Sumbangan Ramadhan telah diadakan di Kg. Baru Plentong. Bagi sesiapa yang ingin melihat dengan lebih dekat perjalanan semasa program bantuan ini dijalankan, klik link ini.

Berbuka puasa bersama bakal calon Pas di Masjid Perjiranan 9 Tmn. Air Biru

Malam tadi kami bersama-sama Sdr. Syed Othman berbuka puasa bersama dengan ahli kariah Masjid Perjiranan 9 Taman Air Biru.







Ust. Abas dan Muslimin selaku ajk cawangan di sini membantu persediaan juadah berbuka puasa.

Sdr. Syed Othman sedang membicarakan sesuatu dengan seorang ahli jemaah tabligh.


Sembang-sembang sementara menunggu waktu berbuka.





Kehadiran seramai 30 orang ahli kariah masjid ini terdiri dari pekerja dari Indonesia dan Bangladesh yang juga difahamkan telah dianiaya oleh agen pekerjaan.

Beberapa Cara Untung Atas Angin Dalam Urusan Pegawai Syarikat

Tajuk utama surat khabar New Straits Times pada 11 September 2007 memaparkan isu pembelian beberapa peralatan untuk kementerian tertentu dengan harga luar biasa.

Hal ini terbongkar apabila pihak Ketua Audit Negara melakukan tugasnya dengan telus dan baik, lalu mendedahkan penyelewengan ini.

Antara yang diketengahkan oleh media ini adalah :-

1) Buku yang sepatutnya berharga RM 417 menjadi RM 10,700.

2) Screwdriver yang sepatutnya berharga RM 32 menjadi RM 224.

3) Set lengkap komputer meja (desktop) yang sepatutnya berharga RM 174,811 menjadi RM 3.06 juta (Kementerian Belia & Sukan).

4) Karipap yang sepatutnya berharga 30 sen satu menjadi RM 3 bagi satu karipap.

5) Dua kamera 3.1 Megapixel yang sepatutnya berharga RM 2,990 menjadi RM 8,254.

6) Faber Castell pens yang sepatutnya berharga RM 160 menjadi RM 1,146.56.

7) Dua krane yang sepatutnya berharga RM 2.98 juta menjadi RM 5.72 juta.



Secara mudahnya kita dapat mengagak bahawa kes di atas berlaku disebabkan oleh salah satu sebab berikut :-

*
1) Penipuan oleh pegawai bertanggungjawab yang mengambil keuntungan atas angin.
*
2) Rasuah menyebabkan harga termasuk harga bayaran rasuah.
*
3) Salah teknikal dan pengiraan.

Menurut Islam, jika ia berlaku dengan sebab item 1 dan 2, sudah tentu hukumnya haram. Dalil pengharaman rasuah adalah :-

1) Firman Allah s.w.t

وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )

2) Disebutkan dalam hadith :-

لَعَنَ رسول اللَّهِ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ في الْحُكْمِ

Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam hukum" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)

Manakala dalil pengharaman penipuan juga sangat jelas dalam urusan perniagaan secara umum, iaitu :-

1) Sebuah hadis :-

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)

2) Pernah juga di riwayatkan bahawa :-

إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه

Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) ( Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312 )

3) Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu terus berkata :-

قَاتَلَ الله الْيَهُودَ حُرِّمَ عليهم الشَّحْمُ فَبَاعُوهُ وَأَكَلُوا ثَمَنَهُ

Ertinya : "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya" ( Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )

Hasil dari kumpulan hadis ini, bentuk tindakan yang dilakukan seperti adalah HARAM dari sudut hukum Islam jika ia benar-benar dilakukan atas dasar penipuan dan rasuah. Manakala, jika berlaku atas kesilapan teknikal, ia tidak termasuk dalam kesalahan dari sudut hukum. Ia hanya kelemahan pengurusan dan tindakan bergantung kepada pihak berwajib.

Beberapa Bentuk Lagi

Menerusi email dan soalan yang kerap saya terima, berikut adalah antara beberapa bentuk untung atas angin dan penyelewengan yang kerap berlaku dalam industri kerja samada kerajaan, swasta, NGO, Persatuan, sekolah, Parti Politik dan lain-lain organisasi :-

1) Rasuah dalam memilih : Pegawai yang bertanggungjawab memilih kontraktor untuk iklan, pembersihan, latihan dll untuk syarikat atau organisasinya. Pihak pegawai memilih syarikat 'Z' dari empat syarikat lain yang menghantar 'quotation' kerana oleh syarikat 'Z' itu berjanji memberikannya sedikit imbuhan 'ikhlas'.

Hukum : Ia adalah haram dan rasuah dalam Islam.

2) Mencipta 'quotation' sendiri : Pegawai atau kumpulan pegawai yang diberi kuasa membuat pemilihan kontraktor untuk syarikat. Dia atau mereka sepakat untuk memberinya kepada satu syarikat yang mereka kenali bukan kerana kualiti dan harganya tetapi kerana sebab-sebab lain. Disebabkan oleh prosedur syarikat yang memerlukan terdapat 'quotation' dari minimum daripada empat buah syarikat. Pegawai ini telah mencipta beberapa 'quotation' dari syarikat yang tidak wujud bagi menunjukkan

Hukum : Haram kerana menipu.

3) Menaikkan Harga : Pegawai diminta oleh majikan untuk mencari pembekal bahan mentah, pegawai berjaya mencari dengan harga RM 1500 tetapi menaikkannya kepada RM 2000, lalu baki RM 500 diambilnya.

Hukum : Ia adalah haram sepakat ulama.

4) Menang Tender Bersyarat : Pelaburan Pegawai diminta oleh majikan mencari kontraktor untuk 'renovation' pejabat atau apa jua aset syarikat. Pegawai telah mengempen syarikat 'B' kepada majikan disebabkan dia telah mempunyai perjanjian di sebalik tabir dengan pihak syarikat "B' yang memberikannya izin untuk melabur wang peribadinya dalam syarikat 'B' dengan kadar keuntungan mengikut Islam 'kononnya'. Padahal, jika tiada peluang 'melabur' itu, sudah pasti pegawai tidak akan mengempen syarikat 'B'.

Hukum : Tindakan sebegini adalah haram dalam Islam dan ia termasuk dalam rasuah bentuk baru dan berselindung disebalik aktiviti pelaburan Islam.

5) Tuntutan Palsu : Pegawai membeli barang keperluan syarikat atau mengisi minyak dengan harga tertentu tetapi berpakat dan memohon pembekal atau stesyen minyak mengeluarkan resit dengan jumlah berbeza dari jumlah pembeliannya. Berbekalkan resit itu, pegawai membuat tuntutan kepada syarikat dengan harga berlipat kali ganda. Ini yang berlaku dalam kes-kes di atas.

Hukum : Ia adalah haram menurut Islam kerana penipuan kepada syarikat. Pihak pembekal juga berdosa kerana dikira bersubahat mengeluarkan resit berjumlah palsu itu.

6) Resit Harga Ciptaan : Pegawai membeli barang untuk kegunaan syarikat dari satu kedai, dan kedai tersebut enggan bekerjasama untuk menaikkan harga dalam resit. Bagi meraih keuntungan, pihak pegawai telah mencipta resit sendiri berserta cop palsu.

Hukum : Ia adalah haram dalam Islam kerana penipuan.

7) Ambil Untung Sendiri : Pegawai diberi oleh syarikat 'budjet maksima' sebanyak RM 5000 untuk membeli satu barangan keperluan syarikat. Pegawai berjaya mencari di pasaran terbuka barang yang diperlukan dengan harga RM 4000 sahaja. Bagi mendapat manfaat, si pegawai telah berpakat dengan penjual agar dituliskan harga RM 5000 dalam invoice dan baki RM 1000 hendaklah diberi kepadanya.

Hukum : Ia adalah haram kerana penipuan dan wang khianat sebagaimana yang disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w. Bagaimanapun, jika ia berterus terang dengan majikan sambil memohon sebarang insentif atas kejayaannya mengurangkan kos syarikat kerana kecekapannya mencari barang yang lebih murah, tatkala itu, majikan harus memberikannya jika ia tidak menyalahi mana-mana undang-undang syarikat. Jika tidak, majikan akan mengambil kira kejayaan itu dan membayarnya dalam bonus dan kenaikan gaji apabila sampai waktunya sahaja.

8) Guna Khidmat Syarikat Sendiri : Soalannya seperti berikut : - "Saya bekerja dengan majikan, dalam masa yang sama membuat perniagaan membekal barang-barang untuk majikan menggunakan syarikat saya tanpa pengetahuan majikan?"

Hukum : Ia lebih cenderung kepada hukum haram terutamanya jika anda menggunakan kuasa anda sebagai pegawai yang diberi tanggungjawab untuk mempengaruhi keputusan pemilihan pembekal.

Walaubagaimanapun jika majikan telah diberitahu dan mereka bersetuju tanpa sebarang syarat-syarat seperti rasuah seperti 'mesti memberikan komisyen kepadanya pula' ; maka ia boleh dikira harus dan halal, terutamanya apabila syarikat anda memang punyai kualiti dan mampu menawarkan harga kompetitif berbanding syarikat pembekal lain.

Wang Yang Diperolehi Dari Kerja Yang Telah Diberi Gaji

Saya faham, ramai yang cuba mendapatkan 'side income' dari cara-cara yang disebut di atas, sambil melakukan tugasannya yang wajib. Ingatlah dua hadis berikut :-

a) Nabi bersabda : " Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) " ( Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)

b) Nabi bersabda kepada seorang gabenornya yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata : "ini untukmu ( bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda :" Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)" ( Al-Bukhari & Muslim )

Sebagai akhirnya, banyak sungguh soalan seperti kes-kes di atas sampai kepada saya. Malangnya amat ramai juga yang terlibat tanpa memikirkan halal haram tindakannya. Hanya berbekalkan keyakinan tanpa ilmu dan palsu, mereka meraih keuntungan untuk digunakan oleh diri dan keluarga. Pastikan ia akan memberikan padah baginya di dunia dan akhirat, selain menjadi punca doa menjadi pudar dan tidak ingin didiengari oleh Allah s.w.t.

Penutup

Nabi Muhammad mengingatkan kesan harta haram terhadap munjat dan doa seseorang :-

الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Sumber: www.zaharuddin.net

Kanak-kanak hilang lagi....

Akhbar arus perdana hari ini melaporkan tentang kehilangan tiga kanak-kanak yang berusia 12 dan 14 tahun. Kejadian tersebut disedari oleh ibu bapa berkenaan apabila adik Norashila tidak pulang ke rumah selepas menunaikan solat tarawih. Bukan sahaja hilang, seorang kanak-kanak perempuan turut ditemui mati dalam keadaan bogel dan mayatnya disumbat ke dalam sebuah beg pakaian di sebuah premis perniagaan di Petaling Jaya.

Berita-berita seperti ini amat menyedihkan apatah lagi ianya berlaku di dalam bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan seolah-olah tidak dihormati lagi dengan terjadinya insiden-insiden sebegini. Apakah nilai kemanusiaan sudah hilang dari masyarakat Malaysia yang gah dengan semangat gemilang dan terbilangnya. Nasib adik Nurin Jazlin juga sehingga hari ini masih belum diketahui. Ke mana menghilangnya pun tidak diketahui, seolah-olah beliau terus lesap dari muka bumi ini.

Di manakah silapnya? Setiap hari masyarakat disogokkan dengan hiburan yang tak henti-henti. Alhamdulillah, bulan ni kurang sket. Tetapi perlukan ia terhenti sekadar untuk bulan ini, mengapa tidak diteruskan untuk bulan-bulan yang seterusnya. Apa kurangnya bulan-bulan yang lain, bukankah bacaan Al-Quran/kuliah ilmu itu suatu perkara yang baik.

Alangkah indahnya sekiranya kita mengamalkan syariat Islam dengan sebenar-benarnya agar hati manusia akan terdidik dengan akhlak dan peribadi yang mulia. Hukum Islam turut dilaksanakan agar dengannya masyarakat akan diperintah dengan adil dan saksama. Sewajarnya pada bulan yang mulia, masyarakat haruslah merenung kembali dan sematkanlah jiwa Ramadhan ke dalam diri.

Seharusnya bukan sekadar diri yang harus berubah, keadaan sekeliling juga harus kita ubah. Marilah kita sama-sama berdoa moga-moga adik Norashila, Rosbazla dan Nursyakila akan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

Dan kepada mana-mana individu yang mengetahui di mana Nurin Jazlin berada, bantulah keluarganya untuk mendapatkan permata hatinya itu semula. Semoga Allah swt akan melimpahkan pahala dan rahmat yang tidak ternilai banyaknya kepada anda, apatah lagi di bulan Ramadhan ini, perkara tersebut akan menjadi bertambah bererti.

Sebelum menutup sedikit coretan ini, ada sebuah klip video yang ingin saya tunjukkan tentang kasih sayang yang terjalin di antara binatang dan manusia. Walaupun ianya raja segala binatang, tetapi ia juga tahu mengerti tentang kasih sayang.



Berbuka puasa bersama bakal calon Pas di Masjid Jamek Pasir Gudang

Petang tadi saya dan beberapa sahabat di cawangan Taman Mawar telah berbuka puasa di Masjid Jamek Pasir Gudang selari dengan pelaksanaan program mengiringi bakal calon berbuka puasa dengan masyarakat. Bakal calon yang tidak asing lagi bagi DUN Permas Jaya adalah Sdr. Syed Othman, Ketua Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang.

Saya difahamkan beliau pernah bertanding melawan calon BN, Dato' S.Balakrishnan dalam pilihanraya umum yang lalu.

Antara tujuan lain program ini diadakan adalah bagi menyampaikan sedikit sumbangan kepada masjid. Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada imam bertugas selaku wakil jawatankuasa masjid.


Gambar di atas diambil semasa penyampaian sumbangan barangan dapur kepada pihak masjid. Sumbangan disampaikan melalui wakil Pas, Hj. Jailani merangkap Ketua Pas Cawangan Taman Mawar.

Kedatangan kami pada program-program sebegini tidak di atas tiket Pas. Jadi tidak menjadi masalah jika program ini diteruskan. Malah, saya berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh ahli jemaah masjid walaupun ada di antara mereka yang kuat menyokong BN. Namun begitu saya berharap tiada isu yang dibangkitkan mengenai kedatangan kami di sini.

Antara lain program ini bertujuan untuk mendekatkan calon Pas di kalangan jemaah masjid. Dengan kata lain mereka berpeluang untuk mengenali bakal calon yang akan bertanding di kawasan mereka nanti.




Sahabat-sahabat sedang menikmati nasi beriani berlauk daging kambing akikah yang disediakan oleh seorang ahli jemaah masjid yang tidak asing di kalangan ahli kariah masjid ini. Semoga beliau dimurahkan rezeki.

Ibadat puasa pembimbing akhlak mulia

MANUSIA pada asal kejadian adalah makhluk suci bersih, tidak ternoda, apatah lagi berdosa. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka ibu bapanyalah yang menjadikannya sama ada Yahudi, Majusi atau Nasrani.” (Hadis riwayat Bukhari)"

Namun, faktor persekitaran kemudian mempengaruhi dan mengubah keperibadian serta perjalanan hidup manusia sehingga ada di kalangan Muslim dan bukan Muslim. Inilah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadis di atas.

Fitri atau fitrah bermaksud suci, bersih dan tidak ternoda. Fitrah manusia pada asal usul kejadiannya adalah suci kerana berasal daripada zat Maha Suci iaitu Allah.

Oleh kerana kesucian manusia inilah, maka Allah memuliakan manusia berbanding makhluk lain yang menghuni alam semesta ini. Firman Allah bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami memuliakan anak-anak Adam; dan Kami beri mereka menggunakan pelbagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik serta Kami lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk yang Kami ciptakan.” (Surah al-Isra’, ayat 70)

Kelahiran manusia yang pada asal kejadiannya adalah suci akhirnya berubah menjadi personaliti yang memiliki pelbagai ragam perangai dan perwatakan.

Ada di kalangan mereka yang begitu teguh mempertahankan kesuciannya dengan menjunjung Islam sebagai cara hidup yang lengkap. Tidak kurang yang berubah menjadi manusia berdosa dan berbuat jahat buat seketika, tetapi sempat bertaubat lalu menyucikan dirinya bernaung di bawah kalimat Allah.

Lebih malang lagi ada manusia berbuat jahat dan berdosa, namun tidak mahu membersihkan diri, malah terus bergelumang dengan dosa sehingga kematian datang menjemputnya kemudian hari.

Perlu diinsafi bahawa dunia ini seumpama tempat bercucuk tanam yang bakal menentukan arah dan hala tuju manusia ke tempat asalnya semula iaitu kembali kepada Allah.

Dalam hal ini, orang yang selalu berusaha membersihkan dirinya daripada nodaan dosa, maka dia akan bertemu dengan Allah dalam keadaan yang bersih dan suci seperti asal kejadian yang bersifat fitrah. Sebaliknya, orang yang memiliki jiwa kotor, maka dia pula akan menghadap Allah dalam keadaan kekotoran jiwanya. Sedangkan Allah tidak akan menerima manusia yang kotor jiwanya.

Tegas Allah dalam firman-Nya bermaksud:

“(Selepas diterangkan akibat orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang yang beriman dan beramal salih akan disambut dengan kata-kata: ‘Wahai orang yang mempunyai jiwa sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredai (di sisi tuhanmu)! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Surah al-Fajr, ayat 27-30)

Oleh itu, ibadat puasa yang dijalani selama sebulan Ramadan oleh setiap Muslim adalah medium terbaik untuk membimbing orang yang beriman ke arah jalan kesucian yang diredai Allah.

Sumber: MutiaraHati

Berbuka puasa berjemaah di rumah Ketua Pemuda

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang telah menganjurkan majlis berbuka puasa di rumah-rumah sahabat-sahabat secara giliran di sepanjang bulan Ramadhan ini.

Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan ukhuwwah antara ahli jawatankuasa Pas, Muslimat dan Pemuda agar segala gerakerja jemaah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Selain itu, ahli jawatankuasa akan lebih kenal-mengenali antara satu sama lain dan ini akan membantu kepada komunikasi yang baik.

Dalam sesebuah organisasi, persefahaman amat diperlukan bagi mengelak perkara-perkara seperti ambil hati kerana ditegur dan konflik keinginan yang biasa ada dalam diri manusia. Persefahaman dapat menyelesaikan banyak perkara dan ini dapat menyelesaikan perbezaan pendapat yang biasa berlaku dalam sessi perbincangan.


InysyaAllah, program ini akan terus diadakan di rumah pimpinan yang lain pada masa akan datang.

Pekerja Bangladesh Diperdaya Sebuah Agensi Pekerjaan.

Seramai 100 orang rakyat Bangladesh yang tinggal di Blok 18 Taman Cendana telah membuat aduan kerana dipercayai diperdaya sebuah agensi pekerjaan yang menawarkan peluang pekerjaan di beberapa buah syarikat di Pasir Gudang.

Malam tadi, sejurus selepas majlis berbuka puasa di Masjid Jamek Tmn. Cendana, kami didatangi sekumpulan rakyat warganegara Bangladesh yang meminta pertolongan berkenaan masalah yang mereka hadapi semenjak 3 bulan yang lalu.

Jurucakap mereka mendakwa telah ditipu oleh agen berkenaan yang menjanjikan peluang
pekerjaan di sini tetapi akhirnya mereka dikecewakan. Ini kerana tarikh temuduga telah berlalu hampir 3 bulan, namun tiada panggilan susulan dibuat. Beliau mempercayai bahawa temuduga tersebut telah dirancang hanya untuk mengabui niat jahat agensi terbabit.


Syed Othman, Ketua Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang telah mengambil keterangan beberapa mangsa yang akan digunakan bagi membawa kes ini ke kedutaan Bangladesh pada hari selasa ini dengan kehadiran wakil-wakil media.

Ikuti video perbincangan mereka di sini.



Kekuatan akidah halang keruntuhan akhlak

Hari ini umat Islam disibukkan dengan isu keruntuhan akhlak muda-mudi. Adakah ia benar-benar berlaku di dalam masyarakat? Ya, memang berlaku, bahkan sampai ke peringkat boleh menggugat keutuhan peribadi umat Islam keseluruhannya.

Pada hari ini, kita sering mendengar berita tentang anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa, bahkan sampai ke peringkat mencedera dan membunuh mereka. Berlakunya gejala pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan sehingga melahirkan anak luar nikah, remaja dirosakkan oleh bahan-bahan yang membahayakan tubuh badan seperti dadah, ganja, gam, ubat batuk dan sebagainya, bahkan kita sudah mendengar ada kanak-kanak sekolah yang mencederakan rakan sekolah dan kejadian melawan guru sehingga mahu membakar rumah guru dan sekolah, bukanlah suatu yang pelik pada hari ini.

Di manakah silapnya apabila pemuda pemudi menjadi rosak akhlaknya? Banyak jawapan yang boleh diberikan. Semua jawapan tersebut berkaitan di antara satu sama lain dan bantu membantu ke arah kerosakan akhlak remaja hari ini.

Asas pendidikan remaja adalah di rumah. Sekiranya di rumahnya sendiri mereka tidak mendapat asas pendidikan, maka apabila berada di luar rumah sudah tentu payah untuk membentuk peribadi Muslim yang sejati kerana godaan dan pancaroba di luar sana seperti pergaulan dengan rakan-rakan yang jahat, pergaulan bebas, hiburan yang melalaikan dan sebagainya adalah lebih hebat dan mencabar. Hanya mereka yang mempunyai asas pendidikan Islam dan diwarnai oleh akhlak yang murni yang berpeluang untuk selamat, namun bukan sedikit yang tercicir di pertengahan jalan.

Oleh itu, ajaran Islam telah menentukan cara untuk melahirkan rumah tangga Islam yang sejati, yang akan menumbuhkan tunas-tunas Islam, yang mampu tumbuh menjalar dan membesar dengan sempurna, tidak mampu dihalang dan dicantas oleh gejala maksiat yang bersimpang siur, kiri dan kanan, akan lahirlah pemuda-pemuda dan generasi sebagaimana firman Allah (maksudnya): Mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, maka kami (Allah) menambahkan kepada mereka dengan hidayah. (Al-Kahfi: 13)

Untuk melahirkan rumah tangga Islam yang sejati, di dalamnya terpancar kecantikan ajaran Islam, maka asas perkahwinan mestilah dibina di atas cita-cita Islam, bukan sekadar untuk memenuhi hawa nafsu. Biarlah pasangan yang mahu berkahwin itu berniat daripada perkahwinan mereka untuk melahirkan zuriat keturunan yang baik yang akan meramaikan umat Nabi Muhammad s.a.w. yang akan dibanggakan oleh Nabi s.a.w. di hadapan para nabi dan rasul yang lain, bukan sahaja kerana jumlahnya yang ramai tetapi juga kerana mereka patuh dan tunduk kepada ajaran Allah SWT.

Untuk mencapai tujuan tersebut, mereka yang berkeinginan mendirikan rumah tangga mestilah membuat pilihan pasangan masing-masing melalui kaca mata Islam, bukannya melalui kaca mata nafsu dan bisikan syaitan.

Di dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa seseorang perempuan yang dipilih untuk dijadikan isteri berdasarkan empat sifat: kerana kekayaannya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Sekiranya semua sifat tersebut tidak ada pada diri seseorang perempuan itu kecuali agamanya, maka sifat beragamanya yang mesti menjadi pilihan.

Pada hari ini, kaum lelaki yang ingin berkahwin dan ibu yang hendak mengahwinkan anak perempuan mereka tidak lagi memberi perhatian terhadap sifat beragama dan berakhlak. Perempuan yang mahu dikahwini itu mungkin dikenali di pusat membeli-belah atau di perhentian bas, di tepi pantai atau di dalam surat khabar melalui iklan mencari jodoh. Mereka menjadikan artis, penyanyi dan pelakon sebagai contoh isteri solehah sedangkan artis itulah perosak utama muda-mudi Islam pada hari ini kerana pakaian dan fesyen mereka menjadi ikutan di kota-kota dan pedalaman.

Sementara ibu bapa pula menerima sahaja lamaran untuk meminang anak gadis mereka tanpa menyelidiki sama ada teruna itu sembahyang, puasa menutup aurat atau tidak. Kita bimbang sekiranya anak gadis kita yang asalnya beragama, menutup aurat, sembahyang dan berakhlak mulia, apabila jatuh ke tangan lelaki yang tidak setia kepada agamanya akan membawa fitnah kepada anak gadis kita.

Islam juga mewajibkan ibu bapa mendidik anak dengan pendidikan Islam, mengajar mereka mengenal Tuhan sekalian alam iaitu Allah SWT, mengajar mereka perangai yang baik, akhlak dan kesopanan, mengajar mereka batas-batas halal dan haram dan bersikap tegas kepada anak-anak sekiranya ada timbul bibit-bibit untuk cenderung kepada kejahatan sebelum nasi menjadi bubur.

Firman Allah (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada azab api neraka, bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu, penjaganya adalah malaikat yang kasar lagi bengis, mereka tidak melanggar perintah Allah ke atas mereka dan mereka lakukan apa yang disuruh. (At-Tahrim: 6)

Allah Taala memerintahkan supaya setiap orang Islam berusaha menyelamatkan diri masing-masing dan ahli keluarga daripada azab api neraka. Bagaimanakah caranya? Caranya ialah dengan beramal menurut ajaran Islam. Suami hendaklah memastikan isteri masing-masing patuh kepada ajaran Islam pada perbuatan, percakapan, berpakaian dan melakasakan apa yang diwajibkan oleh Allah Taala dan meninggalkan apa yang dilarang.

Ibu bapa hendaklah sentiasa memerhatikan tingkah laku anak-anak mereka. Menjadi kewajipan untuk bertanya ke manakah mereka keluar, dengan siapa, bila akan pulang dan pelbagai soalan berkaitan. Jangan membiarkan anak-anak melakukan apa yang mereka suka walaupun melanggar batas agama.

Betapa ramai anak-anak yang tidak bersembahyang kerana berkawan 24 jam, pulang ke rumah untuk tidur dan makan. Betapa ramai anak-anak yang terjebak dengan ketagihan dadah dan ganja, pil khayal dan ubat batuk kerana terpengaruh dengan kawan-kawan. Pada asalnya cuma untuk cuba-cuba tetapi apabila sudah ketagih tidak lagi pulang ke rumah siang dan malam.

Anak-anak gadis sudah pandai berkawan dengan lelaki walaupun masih bersekolah menengah. Anak gadis diarak ke hulu ke hilir dengan motosikal oleh lelaki yang bukan suaminya, sudah menjadi perkara biasa di dalam masyarakat. Ibu bapa tidak lagi mampu berbuat apa-apa, sekadar memerhatikan sahaja gelagat anak muda mereka.

Anak pinak adalah harta penting yang dikurniakan oleh Allah. Jika seseorang itu bekerja bersungguh-sungguh untuk mencari sesuap nasi sedangkan rezeki esok hari belum dapat dipastikan lagi, mengapakah kita mensia-siakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah yang berupa anak sedangkan anak itu sendiri akan menjadi pesaka yang amat berharga apabila mati kelak, sekiranya anak itu menjadi anak yang soleh.

Sabda Nabi s.a.w. (maksudnya): Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali daripada tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya.

Marilah sama-sama kita kembali kepada ajaran Islam di dalam membina rumah tangga. Suami yang baik dijadikan untuk isteri yang baik, akan melahirkan pula anak-anak yang soleh, yang akan menjadi harta yang tidak ada galang ganti, bermanfaat semasa hidup dan sesudah mati. Itulah benteng yang yang paling kukuh untuk menghadapi kerosakan akhlak muda mudi masa ini. – lanh

Sumber: Harakahdaily

Sumbangan Fakir Miskin di Kg. Baru Plentong pada 1 Ramadhan 1428H

Bermula jam 10.00 pagi semalam, rombongan Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Pas Kawasan Pasir Gudang telah bersama-sama menghulurkan sumbangan berupa keperluan dapur kepada beberapa keluarga yang hidup dalam serba kekurangan di Kg. Baru Saujana, Plentong.

Bantuan kali ini melibatkan seramai 15 keluarga yang dipilih oleh ahli jawatankuasa Pas cawangan Kg. Plentong Baru yang diketuai Sdr. Mazlan tanpa mengira fahaman politik. Namun begitu, kami dimaklumkan bahawa kebanyakan mereka adalah penyokong Umno.


Abg. Man adalah antara ahli Umno yang membantu kami mengenalpasti keluarga-keluarga yang layak menerima bantuan. Beliau menyara hidup sebagai nelayan di sepanjang sungai Plentong bersama beberapa rakannya yang lain.

Salah seorang dari penerima bantuan ini dikenali dengan panggilan Tapa. Beliau telah 2 tahun tidak bekerja atas sebab masalah kesihatan. Beliau kini bergantung sepenuhnya kepada hasil pendapatan isterinya.


Sdr. Zaini pula telah menghidap sakit buah pinggang dan kini beliau juga tidak dapat meneruskan usaha mencarinafkah untuk keluarga atas sebab-sebab kesihatan.


Antara lain, bantuan juga diberikan kepada ibu-ibu tunggal yang masih mempunyai tanggungan anak-anak yang masih bersekolah.

Marilah Sama-Sama Membantu Mereka!

Program bantuan ini akan diteruskan di sepanjang bulan puasa ini dan adalah diharapkan jika anda ingin membayar zakat harta, perniagaan atau zakat fitrah bolehlah berbuat demikian kepada kami dan kami akan sampaikan kepada golongan yang memerlukan. InsyaAllah.

Wajah di sebalik topi keledar

Dari pengamatan saya, gambar di atas telah sedikit sebanyak membuat minda kita menilai kedangkalan pemikiran umno dan pimpinan tertinggi umno dalam membuat tuduhan yang tidak berasas kepada parti pembangkang khususnya melalui media-media yang dikuasai umno.

Pak Lah dalam ulasannya mengenai perkara ini beberapa hari yang lalu telah membuatkan kita dapat menilai tahap pemikiran beliau yang rendah bilamana tuduhan yang beliau lemparkan dilakukan tanpa usul periksa. Apa bukti individu yang membakar bendera itu adalah penyokong pembangkang? Inilah pemikiran umno pewaris mahadey yang suatu ketika dahulu menuduh Anwar sebagai peliwat.

Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, terdapat individu yang tidak dikenali meluru ke tengah jalan dengan membawa bendera jalur gemilang lalu membakarnya. Walaubagaimanapun identiti si pelaku belum dikenalpasti.

Kepada Paklah, jangan hanya bersangka-sangka sahaja. Tunjukkan bukti kalau anda anak jantan.

update: Jika anda lihat di sekeliling pembakar bendera tu, anda boleh percaya tak dia tu pembangkang? Adakah dia ni pembangkang berhaluan kiri? Sanggup bakar bendera seorang diri. Ataukah SB yang berlakon untuk mengapi-apikan kebencian masyarakat kepada barisan alternatif?

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular