Oleh Abd Shukur Harun
Pengundi ‘atas pagar’ (Digelar Poros Tengah di Indonesia) yang beberapa waktu lalu masih belu
m
membuat keputusan, kini diberitakan mulai menyokong Pakatan Rakyat,
suatu tanda positif ke arah kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU Ke-13
akan datang.
Pemerhati politik melihat petunjuk ini berdasarkan beberapa tanda, antara lain:
+
Semakin ramainya golongan yang dikenal ‘Atas Pagar’ datang mendengar
ceramah dari pemimpin Pakatan Rakyat seluruh negara, hatta ceramah jauh
di pedalaman.
Para
petugas PR yang biasa mengawal di banyak majlis ceramah telah mengenal
pasti bahawa ramai dari kalangan yang bukan penyokong komponan
pembangkang itu selama ini telah hadir mendengar ceramah PR di pelbagai
tempat.
+ Berdasarkan soal-selidik secara rambang oleh kumpulan peninjau Pakatan Rakyat yang bertugas mengikuti majlis ceramah PR.
+ Jentera Pakatan Rakyat membuat tinjauan di pelbagai lokasi, terutama
di pasar malam, pasar tani, hentian bas dan teksi, pusat membeli belah
dan sebagainya dengan mendengar perbualan orang ramai mengenai isu-isu
yang berbangkit menjelang pilihan raya akan datang.
+
Perbualan rakyat di pelbagai majlis jamuan di pelbagai tempat yang
bercakap mengenai pembaziran, pemborosan, rasuah, penyelewengan dan
sebagainya. Dicakapkan secara terbuka di majlis tersebut.
+
Ulasan dan pesanan yang terpancar dari SMS, Twitter, Facebook, malah
ulasan dari pembaca di pelbagai blog dan wabesite serta tulisan orang
awam dari pelbagai media alternatif.
Menurut pemerhati,
perkembangan menarik ini sebenarnya bermula dari Himpuan Bersih 2.0
pada 9 Julai tahun lalu yang dilihat sangat berkesan dalam usaha
menyedarkan orang ramai akan hak mereka terutama menuntut sebuah
pilihan raya yang bebas dan demokratik.
Kehadiran Sasterawan
Negara A. Samad Said di Himpunan Bersih 2.0 itu sangat memberi kesan
kepada anak muda untuk menyokong tuntutan Berrsih 2.0 hingga beliau
menjadi ikon yang sangat berpengaruh kepada anak muda.
Sejak
Himpunan Bersih 2.0 itu hingga kini, anak-anak muda itu – yang selama
ini bersikap tidak peduli politik dan perkembangan semasa – mulai
memberi perhatian kepada isu kebebasan dan demokrasi, isu rasuah,
penyelewengan, pembaziran, pemborosan dan sebagainya yang berlaku secara
besar-besaran di tanah air.
Himpunan Bersih 2.0 itu dilihat
sebagai turning-point yang penting kepada pemikiran masyarakat bahawa
himpunan itu telah meruntuhkan tembok perasaan ‘takut’ rakyat untuk
menuntut hak mereka. Walaupun ini hanya berlaku di Kuala Lumpur, tetapi
kesannya meluas.
Ini bermakna rakyat sudah tidak takut lagi
bersuara, anak-anak muda yang menyertai himpunan tersebut menyalurkan
maklumat mengenai tuntutan Bersih 2.0 kepada masyarakat di luar Ibu
Kota.
Di samping itu, kebangkitan mahasiswa di sana sini yang
menuntut AUKU dimansuhkan turut memberi kesan kepada golongan ‘atas
pagar’ dan golongan muda untuk menyokong pembangkang yang berjanji untuk
memberikan kebebasan kepada golongan pelajar dalam melaksanakan hak
mereka jika menang dalam PRU Ke-13.
Sementara itu, kenaikan
harga barang keperluan yang menyebabkan kos sara hidup begitu tinggi
dan ‘mencengkam’ golongan berpendapatan rendah dan sederhana
menyebabkan sesetengah mereka, yang selama ini tidak peduli politik dan
apapun yang berlaku, mulai kritikal terhadap parti yang memerintah.
Memanglah pemberian RM500 oleh kerajaan kepada takyat yang
berpendapatan RM3,000 ke bawah sebanyak sedikit memberi kesan, terutama
kepada penduduk luar bandar. Namun pemberian tersebut tidak mempunyai
erti berbanding dengan kenaikan harga barang keperluan, khususnya harga
ikan, minyak, beras, gula dan tol.
Golongan ‘atas pagar’
muncul kerana rakyat menyaksikan pelbagai kemungkaran berlaku –
politik, ekonomi, sosial – disebabkan penyelewengan, rasuah,
manipulasi, pemborosan dan pelbagai lagi. Rakyat bosan dengan
kepincangan yang berlaku ini.
Sementara itu, semakin dekat
dengan PRU Ke-13, semakin menjadi-jadi keganasan berlaku – gangguan
kepada majlis ceramah pembangkang, merosakkan kereta, ancaman,
pembakaran bendera pembangkang, semburan cat pejabat pembangkang dan
pelbagai lagi.
Semua
kejadian yang menakutkan ini menunjukkan trend yang tidak baik
menjelang PRU Ke-13 dan ini menjengkelkan hati golongan yang cintakan
keamanan dan keharmonian yang selama ini tidak memihak ke mana-mana
parti politik telah memihak kepada pembangkang.
Sementara itu
pada pendapat saya, Pakatan Rakyat perlu secara intensif mewar-warkan
‘Buku Jingga’ yang memuatkan 10 tawaran atas Pakatan Rakyat kepada
rakyat jika memenangi PRU Ke-13. Di samping itu buku ‘Negara
Berkebajikan’ yang disusun oleh PAS juga perlu disebarluaskan dalam
kempen Pakatan Rakyat, bersekali dengan ‘Buku Jingga’.
Menurut
tinjauan, kedua-dua buku tawaran Pakatan Rakyat ini belum
disebarluaskan secara menyeluruh, di mana hingga kini masih banyak
kawasan pilihan raya seluruh negara yang masih belum didedahkan kepada
dua buku tersebut.
Apabila golongan ‘Poros Tiga’ ini
didedahkan secara terperinci akan isi dua buku penting ini, saya fikir
golongan ini, dengan izin Allah, akan kekal menyokong Pakatan Rakyat
dalam PRU Ke-13 nanti.
Oleh itu, jika pengundi golongan muda
dan golongan ‘atas pagar’ ini terus menerus menyokong Pakatan Rakyat,
maka saya percaya, Insya-Allah, jalan ‘menuju ke Putrajaya’ akan lebih
mudah.
Oleh itu, Pakatan Rakyat perlu fokas kepada dua
golongan ini, di samping tidak melupakan pengundi biasa dan luar
bandar. Jika pilihan raya berlansung pada 3 Jun ini, seperti yang
dihebohkan, Pakatan Rakyat perlu memanfaatkan masa yang singkat ini
sebaik-baiknya.