Rakyat di tinggalkan tanpa PM dan TPM


Negara sedang menghadapi ancaman pergaduhan kaum dan agama. Apa yang membimbangkan rakyat ialah kerajaan seperti hilang kawalan. Setiap kali jaminan kerajaan (KDN) dan POLIS bahawa keadaan terkawal maka setiap kali itulah juga ada kejadian baru seperti pencerobohan terhadap pejabat peguam majalah Herald dan simbahan cat berwarna merah di sebuah Gereja di Kota Tinggi berlaku semalam.


Kejadian simbahan cat merah di Gereja Kota Tinggi dan pencerobohan pejabat peguam majalah Herald menunjukkan keadaan negara dalam bahaya. Malang sekali bagi rakyat Malaysia apabila kerajaan seperti tiada langkah yang berkesan dan konkrit dalam mengatasi masalah perhubungan antara kaum dan agama, sedangkan selama ini kerajaan sering melaungkan negara-negara luar begitu kagum melihat formula Malaysia dalam mengurus rakyat pelbagai kaum dan agama. Ternyata peristiwa mutakhir ini menunjukkan kerajaan tiada suatu formula dan pelan induk yang jelas untuk melahirkan masyarakat yang saling hormat-menghormati dan saling memahami antara kaum dan agama.


Kerajaan ternyata tidak serius dalam menanggani permasalahan ini dan ini dibuktikan apabila PM dan TPM meninggalkan rakyat dan negara dan berada di luar negara di waktu negara dalam krisis. Saya tahu pemergian mereka adalah juga tugas untuk negara. Walaupun saya percaya TPM akan pulang dalam sehari dua ini, tapi bagi saya tidak wajar berlaku sama ada negara dalam keadaan tenang atau tegang kedua-dua pemimpin utama tiada dalam negara walaupun satu hari dalam satu masa. Apatah lagi seorang PM bila negara berada dalam keadan tegang kerana isu perkauman dan keagamaan tidak wajar meninggalkan negara. Ini menunjuk tiada penyelarasan dan kesepakatan serta ketidak sehaluan antara kedua pemimpin utama. Rakyat di dahulukan tidak diterjemahkan dan direalisasikan sebaliknya rakyat di tinggalkan untuk pergaduhan hasil provokasi politik yang di penuhi dengan kebusukkan politik.


"RAKYAT DI DAHULUKAN VS RAKYAT DI TINGGALKAN"
" MALAYSIA TANPA PM DAN TPM"

DATUK HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS.

Isu Royalti Minyak : “Zaman Joli Katak Berakhir”- Ku Li


Zaman ‘joli katak ‘ sudah berakhir dan wang ‘loteri minyak’ makin berkurangan, khususnya akibat kelemahan pengurusan kerajaan, kata pemimpin veteran Umno, Tengki Razaleigh Hamzah.

Berikut adalah isi wawancaranya dengan akhbar atas talian Malaysiakini.com :

1- Rancangan asal penubuhan Petronas tidak termasuk mengeluarkan minyak berlebihan untuk membayar kos projek kerajaan berbilion ringgit.

2- “Ia bermula dengan perjanjian (pembelian peralatan ketenteraan) dengan Margaret Thatcher (perdana menteri Britain pada masa itu).

3- “Kemudian pengeluaran minyak tiba-tiba berganda daripada 650,000 tong sehari kepada lebih satu juta tong sehari (untuk menampung pembelian senjata). Itu sudah terlalu banyak untuk kita”.

4- “Ianya bkan isu yang sukar sebab selagi minyak itu ditemui di perairan Kelantan, sama ada ianya kawasan usaha sama atau sama ada ia di luar pantai dalam zon ekonomi ekslusif Negara, Petronas tetap perlu membayarnya”.

5- “Saya lakukan ini demi Negara. Saya tidak terhutang budi kepada sesiapa. Saya mahu lihat hak daulat rakyat negara ini terjaga”.


Rakyat Kelantan berpeluang mendengar sendiri penjelasan pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah mengenai hak negeri ini ke atas royalti minyak.

Ceramah khas mengenai royalti petroleum anjuran Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) dijadual diadakan 28 Januari ini.

Program dijangka diadakan di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre (KTC) bermula jam 7 malam.

Program akan bermula dengan solat Maghrib. Kemudian diikuti solat hajat dan solat Isyak berjemaah dan ceramah umum yang akan disampaikan Tengku Razaleigh.

Sekian.

Penggunaan Kalimah "Allah" ; PAS Terbuka

Berikut adalaha kenyataan media Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS berhubung isu penggunaan “kalimah Allah”

KENYATAAN MEDIA

PAS sebagai sebuah parti Islam amat menghormati prinsip kebebasan beragama sepertimana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama, melainkan ia merupakan pilihan sendiri. Prinsip kebebasan beragama ini juga telah dimaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun demikian, dalam kontak masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama. Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.

PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud: Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

"Allah For All * Islam For All"

"Islam Adil Untuk Semua"

Umno pertahan nama Allah, tapi khianat Islam


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan sikap Umno yang menangguk di air keruh dan mempolitikan isu nama Allah demi kepentingan mereka yang mahu diiktiraf 'juara rakyat' secara 'fast track'.

PAS mendesak Umno yang bangga dengan status 12 penggal mentadbir Malaysia untuk meminda Perlembagaan bagi menghalang pengaruh agama-agama lain terhadap umat Islam.

Harus diingat bahawa Umno bertanggungjawab dalam mewujudkan Enakmen Syariah bagi Mahkamah Syariah di negara ini, yang mana didalamnya terkandung klausa yang membolehkan umat Islam memohon untuk murtad sedangkan amalan perundangan ini tiada dalam hukum Islam.

PAS menuntut klausa ini mansuhkan segera.

PAS juga kesal kerana Umno suatu ketika dahulu pernah cuba membuang nama Islam dari digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam.

Umno juga bertindak zalim dengan merobohkan serta mengunci beberapa masjid dan surau sebelum ini kerana dendam politik.

PAS juga yakin bahawa rakyat turut berasa kesal kerana pemimpin-pemimpin Umno yang tegar mempertahankan nama Allah hari ini masih enggan mematuhi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menegah mana-mana umat Islam bertafakur dihadapan tugu negara yang dianggap sebagai perbuatan syirik yang 'berlesen besar'.

Umat Islam juga jelak dengan pemimpin Umno yang berdegil membenarkan ahli-ahlinya menjadi Ahli Lembaga Pengarah syarikat judi dan arak dinegara ini. Malah Umno juga enggan mengeluarkan larangan kepada umat Islam yang bekerja di premis arak dan judi.

Pemimpin-pemimpin Umno juga bertanggungjawab dalam menekan Jabatan-jabatan Agama yang melakukan operasi dipusat-pusat hiburan dan maksiat.

Suatu ketika dahulu Umno pernah mempertikaikan tindakan JAWI menahan umat Islam yang didapati minum arak secara terbuka di Kelab Malam Zouk di Jalan Ampang.

PAS dan umat Islam juga belum dapat memaafkan dosa Umno yang menarik bantuan kepada Sekolah-sekolah Agama rakyat yang menyebabkan berpuluh sekolah terpaksa ditutup dan pendidikan agama anak-anak umat Islam disekat.

Umno juga pernah mencuba untuk menyekat perkembangan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang ditubuhkan PAS bagi memberikan didikan kepada anak-anak pra-sekolah, malahan PASTI di Melaka telah disaman oleh kerajaan umno di Melaka.

Tidak dilupakan juga, rakaman debat olok-olok yang diadakan oleh Umno bagi mempertikaikan dasar-dasar Islam yang dibawa PAS.

Walaupun akhirnya debat itu berjaya menjelaskan kejahilan Umno terhadap Islam, namun rakyat melihat mereka sebenarnya mereka sengaja mempermainkan-mainkan dasar-dasar Islam dalam debat yang dianggap memperolokkan Islam keseluruhannya.

Terlalu banyak bukti yang menunjukkan pengkhianatan Umno kepada Islam dan PAS berharap isu nama Allah ini akan memberikan keinsafan buat Umno.

Akibat dari kecurangan mereka terhadap Islam maka, sudah ada orang berani mencabar Islam di negara ini. PAS menolak sebarang aktiviti ekstrim dan provokasi melampau dalam isu ini.


Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

HIMPUNAN AMAN BANTAHAN MENYEKAT ROMBONGAN BANTUAN “PALESTINE SOLIDARITY CAMPAIGN” KE KEDUTAAN MESIR

KENYATAAN MEDIA
28 DISEMBER 2009


DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
PARTI ISLAM Se MALAYSIA (PAS)


HIMPUNAN AMAN BANTAHAN MENYEKAT ROMBONGAN BANTUAN “PALESTINE SOLIDARITY CAMPAIGN” KE KEDUTAAN MESIR


Dewan pemuda PAS Pusat membantah sekeras – kerasnya tindakan Kerajaan Mesir yang tidak memberi kebenaran dan laluan kepada Viva Palestina Convoy 3 untuk meneruskan perjalanan bantuan ke Gaza. Malangnya, kini Konvoi yang dikendalikan oleh Palestine Solidarity Campaign tersebut tersekat di Aqaba, Jordan setelah disekat masuk oleh Kerajaan Mesir.


Kerajaan Mesir telah menyekat deligasi sukarelawan tersebut yang diterajui oleh ahli Parlimen Britain, George Galloway yang telah berjaya mengumpulkan lebih dari 240 ambulan dan kenderaan pelbagai jenis untuk menghantar bantuan ubat-ubatan dan lain-lain barang keperluan ke Gaza.


Rombongan ini telah bertolak dari London pada 05 Disember 2009 dan merentasi jalan darat melalui benua Eropah. Mereka sepatutnya dijadualkan sampai ke Gaza pada 27 Disember 2010 sempena ulang tahun serangan biadap dan pembunuhan zalim rakyat Gaza oleh regim zionis, kerajaan haram Isreal.


Bagi membantah tindakan tersebut, Pemuda PAS akan menyerahkan satu memorandum bantahan kepada kedutaan Mesir pada Jumaat, 08 Januari 2010 berkumpul selepas solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, jalan Ampang.



Dewan Pemuda PAS Pusat mengharapkan agar semua rakyat Malaysia terdiri dari muslim dan non-muslim serta seluruh NGO – NGO yang cintakan keamanan dapat bersama hadir membantah tindakan Kerajaan Mesir menghalang Viva Palestina Convoy 3 yang dikendalikan oleh Palestine Solidarity Campaign agar dapat meneruskan perjalanan memasuki Gaza.



USTAZ NASRUDIN HASSAN AT-TANTAWI

Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat
Blog http://episodeperjuangan.blogspot.com

Isu Kalimah Allah

Intipati keputusan parti malam tadi ialah


1.Pas kesal dengan keputusan mahkamah

2. Pas minta supaya nama Allah tidak disalahguna dan dipolitikkan oleh mana mana pihak.

3. Nama Allah sudah menjadi kelaziman kepada Islam dan sudah dimaklumi penggunaannya hanya merujuk kepada Islam

4. Pas menjamin kebebasan beragama berdasarkan prinsip keadilan  sepert dijamin oleh perlembagaan dan agama Islam.

5. Pas sedia menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi menjamin keharmonian kaum di negara ini.

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular