Ceramah Sdr. Mazlan Aliman di Kg. Plentong Baru

24 Mac - Ceramah kali ini disampaikan oleh Sdr. Mazlan Aliman yang diadakan di Rumah YDP di plentong. Turut hadir dalam majlis ini adalah Ketua Pemuda Pas Johor Sdr. Khairul Faizi.












Penyerahan 20 borang kemasukan ahli baru Pas dari Ketua Pemuda cawangan Plentong Baru, Sdr. Mazlan.

Sumbangan Mangsa Banjir di Kg. Plentong Baru

25 Mac - Penduduk Kg. Plentong hari ini menerima sumbangan berupa kain pelikat, sejadah dan kain solat wanita. Manakala 2 orang dari mereka diberi sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM300.














Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Pas Pasir Gudang

17 Mac - Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang telah diadakan di Pejabat Pas di Bandar Seri Alam. Lebih 80 orang telah hadir di majlis ini. Mereka adalah terdiri dari AJK Pas kawasan, Muslimat dan penyokong-penyokong dari cawangan-cawangan sekitar Pasir Gudang.

Pemilihan dan perlantikan AJK baru bagi sesi 2007/2009 telah diadakan secara undian. Saf kepimpinan kali ini menampilkan muka-muka baru yang diharap bakal memantapkan lagi gerakan Dewan Pemuda Pas Pasir Gudang ke tahap yang lebih membanggakan.




Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Ust. Azzam B. Abd. Razak, Exco Dewan Ulama' Pas Negeri Johor. Dalam ucapannya beliau menekankan kepentingan penglibatan ahli dalam program jemaah yang perlu dilakukan secara konsisten. Ahli juga perlu menjaga sahsiah diri kerana mereka akan membawa imej Pas dan juga imej sebagai seorang Islam di mata masyarakat.

Perhimpunan Membantah Perjanjian FTA

Rabu 14/3 - Rombongan Pemuda Negeri Johor telah berangkat bersama dengan pimpinan Pas Pusat dan Pertubuhan NGO lain mengadakan perhimpunan aman di hadapan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri.







Apa Itu FTA dan kesannya kepada rakyat Malaysia?

FTA ialah Free Trade Agreement atau Perjanjian Perdagangan Bebas di antara dua buah negara. Malaysia telah melancarkan rundingan bagi FTA dengan Amerika Syarikat (US) pada 8 Mac 2006.

FTA US - MALAYSIA akan meliputi:
-Produk barangan
-Perkhidmatan
-Perubatan
-Hak melabur dan permerolehan kerajaan
-Hak harta intelektual

MENGAPA US GUNAKAN FTA?

FTA adalah senjata canggih yang digunakan USA ntuk menakluk dan menguasai sepenuhnya ekonomi sesebuah negara.

FTA ADALAH ANCAMAN BAGI MALAYSIA dan ANDA.... MENGAPA??

Harga ubat akan melambung tinggi kerana:

Lebih banyak ubat akan dipatenkan oleh syarikat US yang akan menentukan harga ubat bagi mengaut keuntungan.

Kita tidak mempunyai pilihan lain selain daripada membeli ubat dengan harga yang mahal untuk jangkamasa 20 tahun.

US FTA boleh memanjangkan jangkamasa paten. Maka kita terpaksa menunggu lebih lama untuk ubat yang murah. Contoh:-Ubat AIDS yang mahal tetapi diperlukan untuk menyelamatkan nyawa.

APA ITU PATEN?

Paten islah hak monopoli 20 tahun bagi penemuan sesuatu barang yang diperolehi oleh sebsebuah syarikat sekiranya berdaftar dengan pihak berkuasa. Maka syarikat lain tidak boleh mengeluarkan barang yang sama atau generik untuk 20 tahun.

Contoh bahan tradisional seperti buah mengkudu yang digunakan untuk mengubati gigtan serangga dan sengal badan, jika ianya dikaji dan dipaten oleh syarikat US anda perlu meminta kebenaran dan membayar royalti kepada syarakita tersebut untuk menanam dan menggunakan buah mengkudu tersebut.

PERTANIAN

Sekarang pertanian Malaysia diberikan subsidi untuk menghasilkan tanaman dan menjualnya dengan harga yang berpatutan. Hasil tanaman dari luar negara dikenakan tarif impot (cukai) untuk melindungi petani Malaysia dari kerugian. Contoh beras dari negara lain seperti Thailan dikenakan tarif 40%. Selepas FTA, petani kerugian apabila tarif tanaman luar negara dikurangkan. Adanya US-FTA ini Malaysia akan dibanjiri oleh tanaman US yang amat murah berbanding harga tanaman Malaysia. Petani Malaysia akan mengalami kerugian tinggi dan tak dapat bertani lagi. US menggunakan teknologi yang tinggi dan memberi subsidi tinggi kepada pertanian mereka, oleh itu harga tanaman tempatan tidak boleh bersaing dengan harga tanaman US yang amat murah.

IMPLIKASI FTA

Negara India, Petani India tidak dibenarkan untuk menanam Padi Ponni dan terpaksa membeli benih daripada US akibat hak paten itu yang dimiliki US.

Korea Selatan, Ahli ekonomi dan petani membantah FTA bersama US kerana takut petani akan terancam dan akan mati selepas FTA. Bayangkan ianaya berlaku kepada 290,000 petani negara kita dan kita terpaksa kepada negara luar mendapatkan makanan.

Mexico, Dua juta orang petani telah berhenti bertani sebab tidak dapat menampung kos lapan hingga 10 orang hidup miskin. 18 juta orang memperolehi pendapatan kurang dari 7 ringgit sehari.


PENDIDIKAN

US FTA akan membuka pintu kepada lebih banyak institusi pengajian antarabangsa di Malaysia. Sehingga kini terdapat 32 buah pengajian tinggi swasta tumbuh bak cendawan selepas hujan. Contohnya Universiti Nottingham Malaysia, University of Monash dan banyak lagi yang menawarkan program berkembar di luar negara.

Akibatnya pelajar miskin akan belajar di sekolah kerajaan manakala pelajar sekolah antarabangsa akan mendapat pendidikan istimewa dan mendapat peluang menyambung pelajaran mereka di luar negara.

Sebagai rakyat Malaysia kita harus mendapat peluang sama rata dalam bidang pendidikan dan seharusnya percuma untuk memastikan generasi berkemahiran tinggi dapat dilahirkan.

PERKHIDMATAN

Ia adalah "segala yang tidak boleh dijatuhkan atas kaki kamu". Cth: Perhotelan, telekomunikasi perlombongan, pengangkutan, pendidikan, hospital, restoran-restoran, polis, penjara, pembinaan, pelancongan. Hari ini 49.5% mereka yang bekerja di sektor ini menyumbang 57% kepada ekonomi negara. US mahukan Malaysia meliberalisasikan perkhidmatannya. "Liberalisasi Perkhidmatan" bermakna membuka sektor perkhidmatan kepada persaingan asing.

US telah berkata ia mensasarkan telekomunikasi Malaysia (syarikat telefon seperti TM, Celcom, perkhidmatan Internet seperti Jaring), Perkhidmatan kewangan (seperti Maybank, dan Insurans), serta elektrik dan gas, penjagaan kesihatan termasuk hospital, perkhidmatan profesional (peguam akauntan, jurutera, dan doktor) serta perkhidmata penyiaran stesen TV dan Radio.

Sanggupkah kita melepaskan sektor-sektor perkhidmatan kita seperti Elektrik, Air dan kesihatan ke tangan penjajah US.

Malaysia akan kurangkan dan hapuskan cukai impot kepada perkhidmatan dan barangan US, maka perkhidmatan mereka akan menjadi lebih murah. Apa nasib peniaga tempatan??!

Kerajaan kata FTA boleh menaikkan ekspot Malaysia ke US tapi Australia dan Singapura yang telah tandatangan FTA dengan US mendapat ekspot mereka ke US jatuh teruk. Apa jaminan untuk kita?

Kalau cukai pun tidak ada, ekspot pun kurang pendapat kerajaan akan turut berkurang, maka kerajaan akan mengenakan cukai kepada pengguna. Sanggupkah kita bayar lebihwalhal harga barangan dan perkhidmatan telah melambung tinggi tapi gaji kita tak naik lagi?

ANCAMAN KEPADA PEKERJA.

Menurut kerajaan Amerika, ia mahu semua tarif Malaysia terhadap barangannya dikurang kepada sifar. Jika tarif dijadikan sifar, barangan yang dikeluarkan oleh Amerika akan menjadi lebih murah dania akan memberi saingan sengit kepada barangan keluaran tempatan.

Banyak kilang dan syarikat tempatan terutama yang kecil dan sederhana akan kehilangan pasaran dan menghadapi kesukaran untuk beroperasi kerana ia kurang kemampuan kewangan jadi banyak kilang yang akan ditutp dan pekerja akan hilang pekerjaan.


HARGA BARANG NAIK.

Di bawah FTA, sektor perkhidmatan seperti Air, Elektrik dan komunikasi, pengangkutan diambil alih oleh syarikat asing dan beroperasi untuk keuntungan mengakibatkan kenaikan harga dalam perkhidmatan contohnya kilang yang mengeluarkan beras perlukan perkhidmatan elektrik untuk memproses. Perkhidmatan pengangkutan untuk menghantar barang juga akan naik. Jika kos perkhidmatan naik, maka pengeluar terpaksa menaikkan harga beras untuk menampung kos.


SANGGUPKAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA KITA DIJAJAH KEMBALI OLEH KUASA BARAT??

Di Thailand, lebih 50,000 rakyat berhimpun di Bangkok untuk membantah FTA.

Di Korea, Ketika perbincangan FTA diadakan di Korea, lebih 50,000 membantah tindakan kerajaan mereka.

Di Malaysia, situasinya berbeza dimana rakyat Malaysia tidak peka dengan isu semasa seperti ini. Bak kata pepatah "Dah terhantuk baru tengadah".




Demonstrasi ke Putrajaya




Press Conference

Rintihan Peniaga Today's


8 Mac 2007 - Dewan Pemuda Pas pada hari ini telah mengadakan sidang akhbar bagi membantu menyelesaikan satu masalah yang dihadapi oleh peniaga-peniaga di Pasaraya Today's Masai berikutan satu jalan susur masuk ke pasaraya tersebut yang sengaja ditutup oleh pihak tertentu. Jalan susur tersebut yang telah lama wujud hampir empat tahun hanya pada telah diubah dengan sewenang-wenangnya yang telah menjejaskan peniaga-peniaga di pasaraya tersebut.

Ketua Dewan Pemuda Pas sedang mendengar rintihan pengurus Today's, En. Roland Tan yang menceritakan aduan-aduan yang dia terima dari peniaga-peniaga di sini. Beliau juga mahukan perkara ini dibawa kepada pihak berwajib untuk mengelakkan berlaku penyelewengan.


Para peniaga mengadu kerana jalan susur tersebut digunakan untuk empat taman iaitu Tmn. Megah Ria, Tmn. Kota Puteri, dan Tmn. Rinting, Tmn. Cahaya Puteri dan ini adalah majoriti pengunjung yang datang. Dan kesannya mereka akan memilih pasaraya yang lain yang lebih mudah untuk sampai.

Tn. Haji Zakaria salah seorang peniaga di Pasaraya Today's. Beliau juga kesal bilamana jalan susur masuk ke pasaraya Today's telah ditutup sewenang-wenangnya tanpa mengikuti pelan asal sewaktu pasaraya ini dibuka empat tahun lepas. Perkara ini sedikit sebanyak telah menjejaskan perniagaan beliau yang mana pelanggan terpaksa melalui jalan lain yang lebih jauh untuk datang ke sini.


Bantuan Banjir RM500 dari Kerajaan Tidak Sampai


Dalam pertemuan Dewan Pemuda dengan wakil penduduk Kg. Plentong Baru baru-baru ini, yang menceritakan masalah mereka berkaitan seramai 8 orang yang masih belum menerima sebanyak RM500 daripada Jabtan Kebajikan Masyarakat seperti yang dijanjikan. Walaupun sebahagian besar dari mereka telah menerima bayaran tersebut. Salah seorang dari wakil penduduk sudah hampir 5 kali beliau berjumpa dengan Pejabat Daerah melalui Tok Penghulu dan juga ketua cawangan Umno yang kononnya untuk membantu mereka yang masih gagal menerima bantuan tersebut.

Antara punca kegagalan mereka menerima bantuan adalah disebabkan ejaan nama yang tidak sama dengan senarai yang dikeluarkan. Dalam temubual tersebut juga beliau yang dikenali sebagai Pak Jo menceritakan bagaimana kesalahan yang menyebabkan mereka terkeluar dari senarai mangsa banjir. Kebanyakan dari sebab adalah hanya kesilapan kecil sahaja contohnya nama Abdul Rahim B. Kadir. Bila mana Abdul Rahim secara tidak sengaja bertukar kepada Abdul Rahimah. Beliau sedih kerana sebahagian dari peruntukan tersebut digunakan untuk membaiki kerosakan rumahnya.

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular