POLITIK ISLAM ADA FEQAHNYA


Peringatan ini ditujukan khusus kepada seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, dalam kita mendepani permasalahan yang sedang berlaku di waktu ini.

Firman Allah :
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَافَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُواْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
Maksudnya : (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah:122)
Sabda Rasulullah S.A.W.
مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ

(Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya Faqeh (faham ) dalam  perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim

Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya.
Allah S.W.T. memerintah kepada sesiapa yang memperuntukkan masa hidupnya dalam perjuangan supaya mengambil masa untuk belajar daripada  kalangan yang belajar dengan faqeh (faham). Apabila belajar, maka hendaklah pula daripada kalangan  ahli ilmu yang bukan sahaja faham, bahkan beramal dan berjuang dengan ilmu yang dipelajari itu dengan kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah.
Perkataan feqah pada zaman awal Islam merangkumi semua ajaran Islam. Kemudiannya para ulama mengkhususkan istilahnya kepada hukum syariat sahaja. Adapun perkara yang berkait dengan iman atau aqidah dinamakan Usulu Al Din atau  ilmu Tauhid atau Aqidah dan yang berkait dengan akhlak pula dinamakan Akhlak atau Tasswwuf.
Mafhum  bahasa Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. merangkumi seluruh ajaran Islam hendaklah dilaksanakan secara Feqah atau faham, khsusnya dalam perkara hukum syariat yang tidak ada nas yang nyata atau bergantung dengan ijtihad. Sirah Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa Al Rasyidin banyak menunjukkan huraian yang nyata, betapa perlunya ajaran Islam itu dihayati dengan Feqah (Fahaman) bukan sahaja dengan ilmu. Feqah bukan sahaja seperti difahami oleh masyarakat awam hanya dalam perkara ibadat, sembahyang, puasa, zakat dan haji; bahkan merangkumi segala ajaran Islam. Khususnya dalam perkara politik yang dilupakan atau dijahilkan oleh sebahagaian besar umat Islam.
Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang juga merupakan amalan berpolitik yang membawa kepada tegaknya negara dan masyarakat madani, Rasulullah S.A.W.  telah menggunakan khidmat seorang bukan Islam  yang berpengalaman dengan jalan pintas yang selamat dan cepat sampai ke Madinah. Sudah tentu seorang bukan Islam yang dipercayai akan menyimpan kerahsiaan menjaga keselamatan, dan benci kepada kezaliman walau pun tidak menganut Islam.
Di Madinah pula dilaksanakan amalan menegakkan negara, dengan kekuatan umat Islam sendiri di kalangan Muhajirin dan Ansar, seterusnya melibatkan kaum bukan Islam di kalangan Yahudi, Kristian, Musyrikin Arab dan membenarkan kewujudan kalangan munafiq dalam masyarakat Madinah. Semuanya mengambil kira ayat-ayat Al Quran yang memberi amaran supaya berwaspada terhadap musuh dan ayat-ayat yang mengizinkan dan mewajibkan Islam disampaikan kepada seluruh manusia dan  pelaksanaan Islam terhadap seluruh manusia  juga.
Maka pengajian secara feqah (faham) sahaja boleh melaksanakan risalahnya dengan istiqamah, bukan sahaja memahami nas secara ayatnya yang zahir, termasuk juga meletakkan pelaksanaannya pada masa, tempat dan situasi yang berbeza. Banyak ayat-ayat Al Quran diturunkan dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W.  bersandarkan sebab yang berlaku sekiranya memerlukan penjelasan.
Apabila Rasulullah S.A.W. menerima perjanjian Hudaibiyyah, manakala para sahabat merasakan perjanjian itu berat sebelah dan tidak berpehak kepada Islam, bahkan lebih berpihak kepada musuhnya. Bermula dengan pihak musyrikin (i) menolak penggunaan Bismillah, (ii) menentang dicatit nama Muhammad Rasulullah, (iii) membenarkan mereka yang berada di Madinah melarikan diri ke Makkah, sebaliknya tidak membenarkan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah, (iv) dilarang meneruskan amalan umrah walau pun Rasulullah dan para sahabatnya sudah berpakaian ihram dan lain-lain.

Rasulullah S.A.W. bertegas dengan keputusan menerima perjanjian Hudaibiyah tanpa  wahyu diturunkan, tetapi berpandukan ketajaman bacaan Rasul terhadap Feqah politik semasa, dan para sahabat mentaati secara mutlak kerana kerasulannya. Akhirnya perjanjian yang diterima memberi kemenangan yang besar kepada Islam dan menerima kunjungan kabilah yang datang menganut Islam dengan jumlah berlipat kali ganda sebelumnya.

Dalam  perkara yang lain, Allah S.W.T. mengajar  Rasulullah S.A.W. dan para sahabat R.A. melaksana dan mematuhi Syura secara tegas dalam peristiwa Uhud dengan firman Nya yang bermaksud :
وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
(Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam mengendalikan urusan. Maka apabila engkau telah berazam (dengan keputusan ) maka berserah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berserah kepadanya).
Ayat ini menunjukkan kepada kita konsep bermesyuarat dan kepatuhan kepada keputusan yang diambil  dan mengharapkan pertolongan Allah selepasnya, walau pun selepasnya menerima tamparan korban dan kecederaan. Ini adalah cara bermesyuarat dalam Feqah berjamaah khususnya dalam politik.
Semua kenyataan tersebut adalah menjadi pedoman kepada sesiapa yang mahu berpolitik secara Islam. Bagi mengemaskini supaya ajaran Islam dilaksanakan secara Feqah, maka para ulama merangka kaedah-kaedah  ilmu yang berkait dengannya yang dinama ilmu usul feqh, maqasid syariat dan siyasah syari’yyah.
Bagi memelihara ajaran ini dilaksanakan, maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mewujudkan MAJLIS SYURA ULAMA sebagai badan yang berwibawa mengikut perlembagaan PAS untuk memelihara amalan Islam secara Feqah Islam yang sebenar. Badan yang dianggotai oleh kalangan ilmuan Islam yang mampu memahami sumbernya yang tertinggi : Al Quran, Hadith, Ijmaa, dan Qiyas yang nyata. Majlis Syura Ulama bertanggungjawab melakukan kajian dan ijtihad secara Jamaei dalam menghadapi cabaran semasa dengan sistem ilmu-ilmu yang berkait dengannya. Keanggotaan Ahli Majlis Syura  pula mewakili seluruh cabang kepimpinan tertinggi PAS.
PAS telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya  sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman  dengan : kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam.
Pendekatan politik mutakhir bersama Pakatan Rakyat adalah menjadi penerusan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh. Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan,  Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan.
Perlu diingat, bahawa UMNO yang menjadi teras kerajaan BN gagal mencapai matmatnya setelah memerintah lebih lima puluh tahun, kerana tidak menjadikan Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun tidak mampu melakukan muhasabah ?.
Seluruh ahli PAS wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera PAS dengan setiap pengalamannya  walau pun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya  perjuangan Islam.  Kita wajib  menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah mengugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS. Namun PAS tetap selamat dan menjadi Parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam.
PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa. Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah dalam Islam, akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam, inilah sikap membahayakan diri sendiri yang diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W.
الشَّيْطَانُ ذِئْبُ ابْنِ آدَمَ كَذِئْبِ الْغَنَمِ ، فَإِنَّ الذِّئْبَ يَجِيءُ فَيَأْخُذُ الشَّاذَّةَ وَالنَّاحِيَةَ وَالْمُنْفَرِدَةَ ، فَالْزَمُوا الْعَامَّةَ
(Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala yang menangkap manusia , laksana serigala yang menangkap kambing yang terpencil daripada kawanannya dan yang berada disudut yang menjauh diri daripada kawanannya). Dalam Musnad Ahmad.
PAS terus terbuka kepada semua yang bersedia bersamanya bagi melangsungkan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh manusia.
Sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan hala tujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham.

Khadam Perjuangan Islam
PRESIDEN PAS

Kepala Babi dipintu Masjid.. Taktik penjajah British tu..



Kepala Babi dilontarkan kedalam Masjid lagi.. Ini adalah satu taktik yang pernah digunakan oleh penjajah Tanah Melayu iaitu British untuk mencetuskan pergaduhan kaum di Batu Kikir, Negeri Sembilan sebelum negara Merdeka.


Sebenarnya pada sekitar tahun 1945 pihak British pernah melakukannya bagi mencetuskan pergaduhan antara kaum di Tanah Melayu dan hasilnya rusuhan kaum telah tercetus di Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Pihak British secara sembunyi telah mengarahkan seorang agennya, orang Tionghua, menyembelih seekor babi dan mencampakkannya ke dalam sebuah masjid di kampung dekat Batu Kikir. Sebaik sahaja hari cerah, berita itu pun segera tersebar.

Orang Melayu merasa amat marah di atas perbuatan yang merupakan satu pencemaran ke atas agama Islam dan penghinaan kepada orang Melayu. Maka sekumpulan anggota parang panjang dari Juasih menyerbu ke sebuah kampung Tionghua di Batu Kikir.

Kerana menyangkakan orang Tionghua menghina agama Islam dan bangsa Melayu, mereka memarang semua orang yang mereka jumpai, tidak kira tua, muda, lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Perkara ini telah diceritakan oleh Abdullah CD (Pengerusi PKM) melalui tulisannya didalam Memoir Abdullah C.D. Bahagian Pertama: Zaman Pergerakan Sehingga 1948, diterbitkan SIRD, 2005 - sepenuhnya korang bacalah di SINI

Hmmm.. Parti mana agaknya di Malaysia ini yang mewarisi taktik lapok penjajah itu?

***********************************************

Kepala babi ditemui di pintu masuk masjid di Johor

Lima kepala babi ditemui di luar pintu pagar masuk utama Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru, pagi ini.

Kepala babi itu, dalam satu bungkusan, disedari seorang penjaga masjid itu pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Tiga lagi bungkusan yang dipercayai mengandungi tulang, juga ditemui dekat situ, tetapi polis kemudiannya mengesahkan ia mengandungi batu.

Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata polis menubuhkan sebuah pasukan siasatan yang diketuai timbalannya, Datuk Ismail Yatim untuk menyiasat kejadian tersebut.

Ketua Polis Johor , Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata, satu pasukan khas yang diketuai timbalannya, Ismail Yatim, ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.

Mokhtar juga mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Ini ekoran satu lagi kejadian di mana dua bungkusan yang disyaki mengandungi tulang, ditemui pada jam 5.30 petang semalam di masjid yang sama.

Sementara itu, Bernama melaporkan, pengerusi masjid berkenaan Kassim Darim, 62, berkata dalam kejadian pertama pada jam 5 petang semalam, penduduk menemui bungkusan plastik dipercayai mengandungi anggota babi berhampiran pagar belakang masjid.

Beliau berkata kejadian seumpama itu pertama kali berlaku di kawasan masjid berkenaan.

Kassim berkata satu laporan telah dibuat di Balai Polis Desa Cemerlang.

Sementara itu, kira-kira 100 orang, termasuk daripada badan bukan kerajaan, mengadakan perhimpunan aman di depan masjid berkenaan bagi membantah perbuatan tersebut.

Malaysiakini

PEMUDA PASIR GUDANG SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA KANAK KANAK SEKOLAH


Pemuda Pas Pasir Gudang bersama Pemuda  Negeri Johor  sampaikan sumbangan kepada  kanak-kanak  sekolah dalam  usaha  meringankan bebanan ibu bapa mereka menjelang musim pembukaan sekolah Januari nanti. .Program yang bermula sebelah Pagi ,turut bersama Saudara Suhaizan Kayiat Ketua Pemuda Negeri Johor  serta Ajk  ,  Ketua Pemuda Pasir Gudang Mohd Rozi serta Ajk dan Rombongan Muslimat bersama Pas Cawangan  yang sampaikan sumbangan dari rumah ke rumah berdasarkan Maklumat dari cawangan Pas Kota Putri dan Megah Ria.

Suhaizan sampaikan peralatan sekolah pada penerima

Wakil Muslimat sampaikan sumbangan di perhatikan oleh suhaizan dan Faizol
Pemuda Pasir Gudang dan Pemuda Negeri serta Penyelia PAR Permas
Ibu tunggal ini terharu kerana Pas sudi berisumbangan kepada kedua anak nya yang masih sekolah
Program yang di di rancangkan oleh Pemuda Pasir Gudang yang turut disertai oleh Lajanah Kebajikan Kawasan berjaya di sampaikan kepada yang berhak,25 pelajar terima sumbangan dari pada Pemuda Pasir Pasir Gudang.Rata Rata Ibu bapa Gembira menerima sumbangan dari pada Pas ,walaupun sedikit tatapi chukup bermakna bagi mereka.
.

 
Bookmark and Share

PEMUDA PASIR GUDANG EDAR RISALAH BUKU JINGGA DI PASAR MALAM



Taklimat Ringkas dari Ketua Pemuda Kawasan sebelum bergerak
Ketua Pemuda Johor Suhaizan dan Ketua Pemuda Pasir Gudang serta Pengarah MTD Permas Saudara Adi.........Pasar Malam Dekat sana kata Rozi
Pemuda Pasir Gudang  yang diketuai Sdr Mohd Rozi  telah menganjurkan program mengedar risalah buku jingga kepada pengundi di Parlimen Pasir Gudang.

Program pengedaran risalah dilaksanakan di tapak Pasr Malam  (sabtu) di  Taman Air Biru Pasir Gudang . Hampir 20 orang petugas yang terdiri dari Ketua Pemuda Negeri Johor Saudara Suhaizan dan Timbalan Ketua  Pemuda turut serta Penyelia Pusat Aduan Rakyat Permas syed Othman serta ahli pas hadir pada program tersebut.



Saya Perkenal Kepada Suhaizan Orang Kuat UMNO Di Taman Air Biru
Pemuda Pastikan Risalah sampaikan kepada orang ramai
Tapak Pasar Malam Taman Air Biru
Suhaizan samapai Risalah  Buku Jingga
Pengederan risalah Buku Jingga ini amat perlu disegerakan kepada masyarakat terutama pengundi di kawasan Parlimen Pasir Gudang kerana UMNO dan Barisan Nasional mula mencuri idea yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat dalam buku jingga tersebut. Antara idea terbaru yang di lihat menyerupai idea Buku Jingga adalah pemansuhan undang-undang ISA.

Penerimaan pemgundi di kawasan tersebut amat baik sekali.mereka hendak membaca dan meneliti risalah buku jingga yang diedarkan.



Sumbangan Fakir Miskin Taman Saujana Ramadhan 1432H

Sempena Ramadhan yang mulia, PAS Kawasan Pasir Gudang telah meneruskan program bantuan di 3 tempat pada hari Ahad 7/8/2011.


Pecahan Sumbangan:


Taman Saujana - 36 Keluarga
Permas Jaya - 20 Keluarga
Kg. Plentong Baru - 12 Keluarga


Semoga infak yang tuan-tuan berikan akan diberi balasan setimpal dari Allah s.w.t.





                                                sumbangan di Taman Saujana


                                                Sumbangan Di Permas Jaya


 Sumbangan Kg Plentong

Dimana  program kebajikan anjuran Pas Pasir Gudang di Bawah Lajanah Kebajikan  itu sudah mencapai usianya untuk tahun yang ke 11 tahun.




Program kebajikan khas pada setiap Ramadan ini adalah merupakan satu usaha dan gerakerja yang konsisten daripada Pas Pasir Gudang di mana telah berjaya digembelingkan secara tersusun untuk direalisasikan sebagai   acara tetap tahunan mereka.
Sudah tentu cabaran untuk menjayakan Program  musim ke 11 kini semakin besar dan lebih mencabar terutamanya dalam usaha mengumpul dana dan sumbangan daripada penyumbang berdasarkan kebejatan ekonomi termasuk kenaikan kos harga barang keperluan serta kos sara hidup yang semakin tinggi.

Sumbangan bermula di  Markas Pas Taman  Saujana bermula jam 10 Pagi seramai 36 keluarga terima sumbangan ,kemudian rombongan kami Prihatin Bergerak ke Dun Permas Jaya di sana seramai 30 keluarga terima sumbangan di sampaikan oleh Ydp kawasan dan saya sendiri ,kemudian kami bergerak pulak ke Kg Baru Plentong Tengah dalam keadaan Hujan renyai di sana  setia menanti  Saudara Mazalan ,26 keluarga yang kurang berkemampuan terima sumbangan dari pada Pihak kami..terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.


Seminar Amilin Kebajikan PAS Johor





Kuliah Maghrib Dato' Dr. Harun Din




Ceramah Dr. Dzulkefly Ahmad

Ustaz Abbas membacakan doa.

Ucapan dari Hj. Azhari Mohd, YDP PAS Kawasan Pasir Gudang

Ucapan Saudara Andrew Chen, Exco DAP Johor.

Ucapan YB Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor

Pelancaran Buku Jingga Pakatan Rakyat

Ceramah Dewan Himpunan Penyokong PAS






Insentif guru untuk sebilangan kecil sahaja dikesali

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat, Normala Sudirman (gambar) menyatakan rasa kesal terhadap kerajaan pusat mengenai insentif yang akan diberikan kepada guru yang hanya menyenangkan sebilangan kecil guru sahaja.


Beliau juga merupakan bekas guru melihat insentif kenaikan pangkat bagi guru-guru seperti yang diumumkan Najib sempena sambutan Hari Guru baru-baru ini, kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan bahawa ia hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.

Normala, yang diwawancara Harakah menjelaskan pekara ini begitu menyedihkan kerana insentif guru bukan kepada golongan ratusan ribu guru biasa yang bertungkus-lumus di dalam bilik darjah yang berkelulusan diploma pada Gred DGA 32 ke bawah.

"Alasan pelaksanaan kenaikan pangkat, gaji, atau elaun secara berperingkat dilaksanakan kerana membabitkan perbelanjaan besar tidak boleh diterima kerana mengapa kerajaan terlalu 'berkira' untuk memberi pengiktirafan kepada golongan pendidik yang banyak berjasa kepada generasi masa depan negara sedangkan dalam masa yang sama kita melihat dengan mudah RM111 juta diberikan kepada projek Permata Negara dan projek-projek lain atas nama kononnya kepentingan anak bangsa," soal beliau.

Sehubungan itu, beliau menyatakan tidak dinafikan terdapat beberapa kesatuan guru dan pihak NGO tidak berpuas hati dengan pemberian 'insentif terpilih' ini yang hanya diberikan kepada golongan siswazah sahaja seolah-olah menafikan khidmat golongan berkelulusan diploma.

Justeru itu, beliau menyeru golongan guru supaya bangkit dalam mempertahankan hak dan kebajikan yang kian diabaikan serta memantapkan jati diri selaku pendidik daripada aspek pembangunan rohani dan jasmani.

"Beranilah menyuarakan pendapat melalui "lisan dan mata pena" demi melihat kelangsungan masa depan anak bangsa menjadi lebih terarah dan memiliki hala tuju yang jelas," seru beliau.

Bekas calon PAS dalam pilihan raya kecil Tenang itu juga turut bersetuju mengenai pengumuman insentif kepada guru itu adalah satu idea terdesak kerajaan kerana Umno-BN bimbang dengan tawaran 100 hari Pakatan Rakyat yang akan memberikan imbuhan RM500 kepada para pendidik di seluruh Malaysia.

"Tawaran Buku Jingga ini belum termasuk semakan dan penyelarasan gaji dan perkhidmatan yang kita percaya akan dilakukan dengan cara yang lebih adil, saksama dan telus oleh kerajaan Pakatan Rakyat dalam masa 100 hari apabila kita berjaya mentadbir Putrajaya selepas PRU ke-13 nanti," katanya lagi.

harakahdaily.net
Afiq Hizami, Pelatih UKM  

Ceramah Umum Sejahtera Rakyat Malaysia

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pasir Gudang 2011








Ceramah Mazlan Aliman di AIr Biru





Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular