PAS cadang badan selaras selesai isu Islam

KUALA LUMPUR, 25 Okt: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mencadangkan kerajaan menubuhkan satu badan khas yang berfungsi untuk menyelaraskan segala bentuk penyelesaian terhadap isu-isu yang timbul berkaitan agama Islam.

Salahuddin sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, terdapat banyak isu kontroversi yang memerlukan satu bentuk penyelarasan dan tindakan-tindakan yang proaktif oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terutamanya dari segi pengurusan dan pengundangan syariah.

"Adakah pihak kementerian telah mewujudkan satu badan penyelaras di antara peguam-peguam muslim dan juga peguam sivil berkaitan isu-isu seperti hak sepencarian pasangan-pasangan yang bercerai yang asalnya dulu Islam dan mereka kembali kepada agama asal.

Begitu juga dengan isu penggunaan kalimah Allah baru-baru ini yang menimbulkan satu perdebatan yang agak serius," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS.

Tambahnya, belum ada badan di bawah Jakim atau Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang mempunyai autoriti untuk menyelaras isu-isu sedemikian.

"Adakah pada masa akan datang Yang Berhormat sendiri merasakan perlu untuk kita menyelesaikan isu-isu yang serius dan memerlukan tanggungjawab lebih besar daripada pihak Jakim?" soalnya.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abd Rahman Bakri meminta Perdana Menteri menyatakan langkah Kerajaan bagi meningkatkan agensi agama Islam negara ini bagi menghasilkan lebih banyak produk halal inovatif, pengurusan syariah, perundangan dan perbankan Islam yang mampu memberi impak positif kepada rakyat dan syiar Islam.

Menteri JPM, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam jawapannya memberitahu, bagi keperluan industri halal, beberapa standard halal sedang dibangunkan, misalnya standard tulang, kuku dan bulu serta standard farmeseutikal sedang di peringkat akhir.

Selain Jakim dan dan agensi-agensi yang terlibat sedang menuju ke arah mewujudkan Standard vaksin.
Dari aspek perundangan Islam pula, kerajaan sentiasa menjalankan kajian dari semasa ke semasa terhadap undang-undang yang sedia ada bagi tujuan penambahbaikan atau mewujudkan undang-undang baru yang selaras dengan kehendak semasa.

Bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat hadir menjalankan sesi temubual dan pendaftaran OKU dan Warga Emas.

PAS Cawangan Taman Cendana memberikan sumbangan kepada OKU dari Felda Nam Heng.

Pasangan yang dibawa dari Felda Nam Heng. Pasangan ini menjaga 2 lagi adik suami yang juga pekak, bisu dan buta.

Kehadiran pegawai JKM dan Wartawan Sinar Harian.

Projek Kerajaan Barisan Nasional


Tempat menunggu bas yang roboh di Taman Cendana. Inilah kualiti Projek Kerajaan Barisan Nasional.

Makan Malam Bersama Tok Guru di Johor Bahru

Galas: SPR pilih tarikh ikut kehendak Umno?

KOTA BHARU, 6 Okt: Ada ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu peratusan keluar mengundi lebih ramai, namun dalam masa yang sama hari mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas diadakan pada hari bekerja.


Ia seumpama kata orang cakap tidak serupa bikin. Malah ada pihak menggambarkan SPR mempunyai tuan yang lebih berkuasa iaitu pemimpin Umno.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamad Fadzli Hassan (kiri) berkata, SPR sepatutnya mengambil kira banyak situasi dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil Dun Galas termasuk persidangan Dun Kelantan.

“Ketika itu persidangan Dun Kelantan sedang berlangsung dan perasmiannya akan disempurnakan Al-Sultan Kelantan pada 1 November.

“Persidangan Dun diadakan bermula 1 hingga 8 November. Saya hairan mengapa SPR tidak mengambil kira perkara tersebut. Tentunya program besar seperti itu ada dalam pengetahuan mereka,” katanya di sini.

Hari ini SPR menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dun Galas, Gua Musang diadakan pada hari Khamis, 4 November depan, manakala penamaan calon pada hari Selasa, 26 Oktober ini
Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar di Putrajaya.

Pada pilihan raya tersebut SPR menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010.

Jumlah pengundi seramai 11,553 orang, di mana 27 daripadanya merupakan pengundi pos.

Dr Fadzli yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, SPR sepatutnya mempamerkan sikap tidak berpihak dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil.

Bagaimanapun katanya, PAS tetap akan meneruskan cabaran bagi mempertahankan Dun tersebut dengan menggerakkan seluruh jentera PAS dengan dibantu Pakatan Rakyat dari seluruh negara.

”Kita tahu Umno akan menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan Malaysia bagi berdepan dengan PAS pada pilihan raya tersebut,” katanya.

Satu sumber pula memberitahu mesyuarat penyelarasan jabatan-jabatan kerajaan pusat bagi membantu kempen calon BN telah diadakan termasuk membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam dan Hal Ehwal Pengguna.
Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamed berkata, tindakan SPR menetapkan hari pengundian pada hari bekerja tentunya akan menyukarkan orang ramai keluar mengundi.
”Saya pun hairan sebelum ini SPR berkempen supaya pengundi keluar mengundi, namun dalam masa yang sama ditetapkan hari mengundi di Galas pada hari Khamis,” ujarnya.
Menurutnya keadaan itu tentunya sedikit sebanyak menyukarkan pengundi keluar mengundi lebih-lebih lagi Dun Galas meliputi kawasan yang luas.
Naib Yang Dipertua PAS Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi (kanan) berkata, SPR tidak sensitif terhadap persidangan Dun Kelantan yang juga berlangsung pada hari tersebut.
Katanya, tarikh persidangan Dun sudah lama ditetapkan dan SPR mustahil tidak mengetahui perkara itu kalau merujuk terlebih dahulu kepada kerajaan negeri.
Namun kata beliau apa yang jelas SPR lebih mengambil kira perkembangan yang berlaku dalam Umno dalam menentukan segala tindakan.
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, tarikh penamaan calon dan hari mengundi di Galas bertindan dengan tarikh sambutan ulangtahun ke-20 kerajaan PAS Kelantan.
”Program itu merupakan satu program besar di peringkat negeri. Selain itu ia bertembung dengan tarikh persidangan Dun yang bermula 1 November ini,” katanya di Kota Darulnaim.

Menurutnya SPR hanya mengambil kira persidangan Agung Umno, sedangkan ia adalah urusan parti.

”Nampak sangatlah SPR tidak peka terhadap program kerajaan di Kelantan. Sepatutnya mereka lebih peka hal sebegini,” kata beliau.


harakahdaily.net

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular