
 Saya terjumpa satu artikel di dalam  Forbes mengenai  kerjasama antara pemimpin Malaysia dan Singapura untuk  mewujudkan kerjasama bagi menguruskan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Dalam  pertemuan tersebut kedua-dua pemimpin negara ini telah bersetuju untuk  menubuhkan Joint Ministerial Committee untuk memantau kerjasama ekonomi di WPI  yang dihubungkan melalui Selat Tebrau. Kedua belah pihak telah bersetuju untuk  memperkenalkan kad pintar untuk memudahkan aliran trafik dua hala antara  Singapura-Malaysia. 
   
 WPI  adalah pembangunan di selatan Johor seluas 850 batu persegi yang seluas 3 kali  ganda Singapura. WPI menjadi satu peluang pelaburan yang pasti direbut oleh  rakyat Singapura kerana nilai tanah yang murah lebih kurang 1/30 dari nilai  tanah di Singapura (www.offplanproperty  exchange. com). Harga tanah dijangka akan  melambung atas permintaan yang tinggi terutama dari rakyat Singapura bagi  melengkapkan strategi pembangunan bagi melengkapkan kualiti kehidupan yang lebih  baik yang tidak dapat disediakan di pulau mereka yang sempit itu.  
 
 
Wilayah  Pembangunan Iskandar (WPI) = Wilayah Pembangunan  Singapura?
March 23, 2008 by  wilayahpembangunani skandar 
 
(Part  1)
 Saya terpanggil untuk meneroka lebih  mendalam tentang Wilayah Pembangunan Iskandar  (WPI) atau Iskandar Development Region (IDR) setelah kerajaan  beria-ia sangat untuk melaksanakan dalam masa terdekat ini. Bukan apa, sebagai  penduduk yang akan menerima tempias pembangunan WPI, saya rasa perlu untuk  mempunyai ilmu dan faham tentang apa yang bakal berlaku kerana kerajaan tidak  memberi gambaran yang jelas dan tepat tentang kesannya kepada rakyat terutama  penduduk yang tinggal di Johor Bahru dan kawasan-kawasan sekitarnya.  
 Dalam surat khabar cuma kata  pembangunan ini akan menguntungkan penduduk setempat khususnya orang Melayu.  Tapi macamana ia menguntungkan tidak jumpa pulak huraiannya. Atas dasar itu,  kajian yang tidak seberapa ini mungkin dapat membuka mata ramai tentang kesan  dan akibat WPI kepada penduduk khususnya diri saya.  
 Saya akan huraikan kajian saya ini  dalam bentuk soalan supaya dapat difikirkan bersama dan mudah difahami oleh  orang kampung mungkin tanah mereka akan diambil dan terpaksa dipindahkan ke  kawasan lain atas dasar memberi laluan kepada pembangunan di negara tercinta.  
 
Apakah  Wilayah Pembangunan Iskandar? 
 Cara termudah untuk dapatkan  maklumat tentang WPI ialah melalui website WPI (www.wpi.com.  my). Di dalam website ini terdapat  brosur tentang WPI yang boleh didownload  untuk dibaca. Cuma masalah disini maklumatnya agak terhad kerana  maklumatnya ringkas dan tidak terperinci. Oleh itu saya cuba memahami serba  sedikit apa yang diterangkan daripada brosur ini. 
 
 

 Muat turun brosur WPI  di  sini.(sila simpan dalam komputer, takut  hilang nanti)
   
 Berikut adalah petikan ucapan PM  dalam brosur tersebut: 
   
 Wilayah  Pembangunan Iskandar (WPI) adalah pelan jangka panjang kerajaan saya untuk  mengubah lanskap Johor Selatan menjadi kawasan pembangunan yang premier.  Apabila siap sepenuhnya pada 2025, WPI yang keluasannya tiga kali saiz  Singapura akan menjadi sebuah metropolis yang serba moden, dengan  tiga juta penduduk serta menawarkan taraf kehidupan antara yang terbaik di  rantau ini. Pada waktu itu, WPI akan memiliki pelbagai produk pelancongan, tapak  untuk seni bina yang masyhur, penginapan idaman di pesisir pantai, sektor  perkhidmatan, kewangan yang berdaya maju dan sistem pengangkutan bersepadu  sepenuhnya.
Perancangan ke  arah menjadikan wawasan itu sebagai kenyataan sudah pun bermula. Kerajaan saya  juga sudah mengumumkan pelbagai insentif, termasuk potongan cukai bagi beberapa  industri perkhidmatan terpilih, selain membenarkan pelabur mendapatkan sumber  manusia untuk industri itu dari serata dunia. Kami juga melonggarkan syarat  berhubung pemilikan asing dalam sektor terpilih. Untuk merancakkan  pelaksanaan wilayah itu, kerajaan juga menubuhkan sebuah badan kawal selia bagi  menjadikan urusan perniagaan dan pelaburan di WPI, satu pengalaman yang  menyenangkan.
Ada banyak faktor  mengapa Iskandar adalah syurga untuk pelaburan. Dari segi geografinya, ia  terletak di antara India dan China iaitu dua gergasi baru ekonomi yang  menawarkan pasaran yang besar, kos perniagaan yang lebih murah berbanding  pesaing di rantau ini, selain sistem perundangannya yang mudah. Iskandar  juga dihubungkan dengan dunia luar melalui tiga pelabuhan utamanya, dua lapangan  terbang antarabangsa dan rangkaian lebuh raya yang canggih serta mesra pengguna.  Sejak pelancarannya akhir 2006, lebih 1,000 pelabur dari Malaysia, Singapura,  Timur Tengah, China, India dan Amerika Syarikat sudah meninjau peluang di  Iskandar. Malah, ramai daripada mereka menyatakan minat untuk melabur di  situ.
Dianugerahkan  dengan hutan hujan tertua dunia, paya bakau, pulau-pulau yang indah dan  pesisir pantai yang panjang, Iskandar akan menjadi model untuk pembangunan mapan  dan mesra alam. Untuk itu, perancangan yang rapi dan berhati-hati telah  dilakukan bagi memastikan WPI menjadi kawasan pertumbuhan paling pesat di rantau  ini menjelang 2025. 
  Dato' Seri Abdullah  Bin Haji Ahmad Badawi 
   
 Antara persoalan yang bermain  difikiran: 
 1.  Apa itu pembangunan premier? 
 2.  Untuk siapa metropolis yang serba moden, senibina yang masyhur, penginapan  idaman di pesisir pantai? 
 3.  kenapa perlu dilonggarkan syarat pemilikan asing? 
 4.  syurga pelaburan untuk siapa? 
 5.  betulke kat JB ni ada hutan hujan tertua di dunia? 
 Untuk lebih mudah faham dan maklumat  lanjut boleh rujuk maklumat yang terdapat di dalam wikipedia disini. 
   
 Kawasan manakah  yang bakal terlibat dengan WPI? 
 
 (sila rujuk brosur untuk lebih  jelas)
 Ini  adalah kawasan yang terlibat dengan WPI. Sekali imbas dah macam sebahagian  pembesaran Singapura. Senang tak payah susah-susah gali pasir. Beli tanah dengan  pemimpin-pemimpin Malaysia aje. Murah dan Mudah. Kawasan yang terlibat adalah  sampai ke Majlis Perbandaran Kulai (termasuklah rumah Mawi di Felda Taib Andak.  Jangan rumah Mawi pun kena ambik sudah le), Pasir Gudang dan Pontian.  
 
Kenapa sumber  maklumat di dalam website hanya disediakan dalam bahasa  Inggeris? 
 Yang saya memusykilkan ialah kenapa  website www.wpi.com.  my, www.idr.com.  my, www.irda.com.  my, dan www.sjer.com.  my menggunakan website yang sama  sedangkan semua ini menjalankan fungsi yang berbeza.  
 Yang keduanya kenapa semua website  menerangkan tentang WPI ini dalam bahasa Inggeris sedangkan yang akan membaca  dan yang paling ramai terlibat adalah dikalangan orang Melayu. Tidak bolehkah  sediakan satu website dalam bahasa Melayu supaya mudah penduduk boleh baca dan  faham. 
 Juga tiada satu badan atau orang  perseorangan yang datang ke balai raya atau ke ke kampung-kampung untuk  terangkan tentang WPI hingga ke peringkat akar umbi. Apa salahnya menyediakan  satu badan bertindak untuk menerima input penduduk setempat di kawasan terlibat.  Ajak la orang Kampung Pasir, Kampung Melayu dan yang sewaktu dengannya sebagai  wakil setempat. 
 
Adakah  penduduk boleh menghalang jika tanah mereka diambil bagi tujuan  pembangunan? 
 Jawapan bagi persoalan di atas ialah  rakyat tidak boleh menghalang pengambilan balik tanah bagi kegunaan persekutuan  sebagaimana terkandung dalam Akta Pengambilan  Balik Tanah 1960. Kerajaan Persekutuan boleh mengambil tanah melalui  kerajaan negeri kerana urusan tanah dibawah bidang kuasa negeri. Yang akan  meluluskan ialah exco negeri yang terdiri dari ADUN atau wakil rakyat yang  dipilih oleh kita rakyat malaysia yang mengundi dia dengan diketuai oleh Menteri  Besar (di Johor Ghani Othman la). 
 Penduduk cuma boleh merundingkan  jumlah pampasan yang boleh diterima sahaja. Maklumat lanjut sila buka buku akta  ni yang boleh dibeli di kedai buku di Angsana atau kedai-kedai buku bahagian  undang-undang. 
   
 Persoalannya,  adilkah tanah datuk nenek kita diambil dan dijual kepada orang  Singapura? 
  
 Kenapa WPI  dikatakan menguntungkan Singapura? 
 "Wawasan Malaysia untuk selatan  Johor adalah cemerlang..." 
 Chua Lee Hoon, Pengarang Review, 2  Jun 2007, The Straits Times, Singapore 
 "Dengan  adanya Iskandar, kita boleh mengalihkan perniagaan yang tidak akan menguntungkan  di Singapura - kerana masalah kekurangan tanah dan pelbagai halangan lain - tapi  menguntungkan jika dilakukan di selatan Johor"  
 Manu Bhashkaran, Felo Kanan  Penyelidikan, Partner and Member of the Board, Centennial Group Inc. 5 Mei  2007, 
 The  Straits Times, Singapore 
 Ini  adalah 2 petikan komen daripada brosur yang didownload dari website yang disebut  di atas. Rasanya dah boleh faham macamana faedah kepada Singapura. Dah tak laku  kat tempat dia baru nak buang kat Johor. 
 
Rakyat Singapura bakal untung  sebab mereka boleh beli rumah, pejabat atau hotel yang dibina di atas tanah  orang Malaysia yang diambil kerana harga yang murah jika dibandingkan dengan  harga di Singapura. Cuba kita lihat sama-sama di sini. Harga sebuah rumah flat di Singapura ialah dalam  lingkungan SGD200,000 (RM 460,000) hingga SGD 700,000 (RM 1.6 juta)  www.hdb.gov.  sg 
 
Statistik Harga  Rumah di Singapura 
             |         TOWN  |              3-ROOM  |              4-ROOM  |              5-ROOM  |              EXECUTIVE  | 
        |         ANG MO KIO          |              $203,000          |              $307,000          |              $423,000          |              $550,000*  | 
        |         BEDOK          |              $193,000          |              $257,000          |              $400,000          |              $440,000*  | 
        |         BISHAN          |              $238,000*  |              $340,500          |              $480,000  |              $568,000*  | 
        |         BUKIT BATOK          |              $183,000  |              $305,000  |              $430,000  |              $431,800          | 
        |         BUKIT MERAH          |              $230,000          |              $428,000          |              $573,000          |              -  | 
        |         BUKIT PANJANG          |              $178,000  |              $249,000  |              $319,000  |              $400,000*  | 
        |         BUKIT TIMAH          |              $255,000*  |              $380,000*  |              $440,000*  |              $638,500*  | 
        |         CHOA CHU KANG          |              $169,800  |              $253,000  |              $313,000  |              $380,000  | 
        |         CLEMENTI          |              $210,000  |              $335,000  |              $484,500  |              $600,000*  | 
        |         GEYLANG          |              $185,000          |              $271,500          |              $435,000*  |              $410,100*  | 
        |         HOUGANG          |              $184,000  |              $263,000  |              $349,000  |              $416,000  | 
        |         JURONG EAST          |              $190,800  |              $267,000  |              $390,000  |              $490,000*  | 
        |         JURONG WEST          |              $170,000          |              $242,000          |              $315,000          |              $360,000  | 
        |         KALLANG/WHAMPOA          |              $212,000  |              $353,000  |              $461,500  |              $522,500*  | 
        |         PASIR RIS          |              -  |              $275,500          |              $340,500          |              $455,000          | 
        |         PUNGGOL          |              -  |              $293,000          |              $358,000          |              $410,000*  | 
        |         QUEENSTOWN          |              $220,000  |              $425,000  |              $591,000  |              $757,500*  | 
        |         SEMBAWANG          |              -  |              $257,500          |              $308,000          |              $365,000*  | 
        |         SENGKANG          |              -  |              $281,000  |              $334,000  |              $421,300  | 
        |         SERANGOON          |              $187,000  |              $275,500  |              $350,000  |              $424,000*  | 
        |         TAMPINES          |              $222,000  |              $293,000  |              $350,000  |              $446,000  | 
        |         WOODLANDS          |              $161,300  |              $248,000  |              $300,000  |              $380,200  | 
        |         OVERALL          |              $197,000          |              $273,000          |              $340,000          |              $415,000          | 
                                            (Sumber: www.hdb.gov.  sg) 
 Berapa ramai orang Malaysia boleh  beli rumah harga macam tu jika dibuat dikawasan WPI? Bos tempat saya kerja pun  belum tentu boleh beli rumah harga macam ni. Rumah banglo di Johor pun tak  sampai RM500 ribu. Rumah teres setingkat kos sederhana (RM100,000 hingga RM  200,000) untuk duduk sendiri di JB pun belum mampu dibeli oleh orang yang duduk  di JB, inikan pula harta tanah berharga ratusan ribu ringgit.  
 
Menurut program kerajaan dalam  Malaysia My Second  Home Programme  (www.mm2h.gov.  my), penduduk asing boleh beli harta  tanah di Malaysia yang berharga lebih RM 250,000 (SGD 109,000-murahnya bagi  orang Singapura). Rumah kedai atau ruang pejabat di Malaysia lebih mahal dari  harga rumah tetapi jauh lagi murah jika dibandingkan dengan harga di Singapura.  
 
Jika  saya orang Singapura amatlah beruntung kerana harta tanah serta barang keperluan  boleh dibeli pada harga yang amat murah dan kekal menjadi hakmilik saya dan  keturunan saya selama saya tidak menjual tanah tersebut.  
 
Persoalannya  ialah apa yang akan berlaku jika separuh kawasan WPI ni dibeli oleh orang  Singapura? 
 Maka WPI ni jadi hakmilik Singapura  lah. Orang Malaysia hanya boleh melawat kawasan-kawasan menarik di tepi Pantai  Lido untuk makan steamboat. Lepas  tu balik ke rumah di kawasan kampung nun jauh di Kulai atau Pekan Nenas,  Pontian. 
 
Persoalan  yang masih perlu diterokai: 
 Masih terdapat banyak lagi persoalan  yang belum terjawab. Mungkin dilain kali kita bertemu lagi. Masih boleh  difikir-fikirkan bersama wahai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum kerana WPI  melibatkan kepentingan semua kaum yang duduk di Johor khususnya. Antaranya:  
 - Tak    cukupkah pembangunan di Johor Bahru sekarang ini?    
 - Kenapa    tidak dibangunkan kawasan belum membangun di tempat lain?       
 - Mampukah    orang Johor bergerak selari dengan pembangunan yang drastik ini?       
 - Tidak    cukupkah dengan kesan kenaikan harga barang akibat ramai orang Singapura    membeli belah di Johor Bahru?    
 - Kenapa    tidak dibuat satu jambatan baru yang mudah orang Singapura dan Malaysia    menjalankan urusniaga di kedua-dua negara?    
 - Jika    berlaku pengambilan tanah, dimanakah penduduk akan menggantikan tanah tersebut    untuk tinggal? Berapa harganya?    
 - Siapakah    pemilik syarikat pemaju dan syarikat-syarikat utama yang terlibat dalam WPI?    Boleh rujuk di sini.       
 - Kenapa    pulak Robert Kuok (orang terkaya di Malaysia) ada dalam Majlis Penasihat WPI?       
 - Jika WPI    akan menjadi lambakan penduduk Singapura apa yang bakal berlaku seterusnya?    Harga barang keperluan? Kuasa beli?    
 - Adakah    kita sebagai anti pembangunan jika mempersoalkan WPI?     
 - Siapakah    yang merancang pembangunan WPI? Adakah orang tempatan JB terlibat atau orang    yang duduk di KL merancang di atas kertas sahaja?    
 - Kenapa    tiada satu badan berfungsi menyalurkan maklumat dengan jelas kepada kepada    rakyat Johor?    
 - Apa yang    bakal berlaku kepada Kampung Melayu, Kampung Pasir, kampung Skudai Kanan,    Kampung Majidee dan kampung-kampung lain yang sewaktu dengannya?       
 - Mampukah    anak generasi kita menghadapi pembangunan yang pesat ini? Apa persediaan kita    untuk itu?    
 - Dimana    saluran untuk penduduk dan rakyat memberi idea dan pandangan tentang WPI?       
 - Jika WPI    ini 'berjaya', adakah koridor-koridor lain pun akan dibuat benda yang sama?       
 - Dan banyak    lagi persoalan yang bakal muncul.......memerlukan jawapan....di dunia dan    akhirat. 
 
 
Semoga maklumat  yang tidak seberapa ini mampu membuka mata pemimpin-pemimpin kita semua. Jangan  hanya menyokong dan meluluskan sahaja semua yang dibentangkan. Guna akal yang  waras dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga kepentingan  rakyat sebab nanti setiap pemimpin akan disoal atas apa yang dipimpimnya selepas  mati kelak. Selamat berkoridor... 
   
 Yang  benar, 
 Orang Johor  Lama 
 * Saya harap tulisan saya ini dapat  disebarkan kepada ramai terutama pemimpin-pemimpin kita supaya mereka faham dan  sedar apa yang berlaku dan bakal berlaku terutama kepada penduduk di kawasan  WPI. Tulisan ini adalah untuk menjaga keharmonian semua kaum yang baru mengorak  langkah ke arah kehidupan bersama yang aman sejahtera. Saya terlalu sayang untuk  melihat keharmonian antara kaum ini dihancurkan oleh tangan-tangan yang tamak  haloba. 
 "Aku  tidak kaya, tetapi aku tidak mahu mengemis di bumi sendiri." -  Rakyat  Malaysia 
 
   
 Tags: iskandar development  region,