Galeri Aktiviti
Ceramah Dewan Himpunan Li Garden |
Bantuan Ramadhan Dewan Tmn Cendana |
Ceramah AMK Shamsul Iskandar Permas |
Rehlah Pemuda PG 2010 |
Ceramah Mazlan Aliman Rinting |
Kelas Komputer Mei 2010 |
AGM DPPNJ 2010 |
AGM Pas PG 2010 |
Ceramah Md. Sabu |
Bantuan di Permas Jaya |
Sukan PASTI Johor 2009 |
Dialog Anwar Ibrahim 2009 |
Rehlah Pemuda Pasir Gudang 2009 |
Muktamar Pemuda Pas Johor 2009 |
Sukan PASTI Negeri Johor 2008 |
Sukan PASTI Al-Kauthar Kawasan Pasir Gudang 2008 |
Penamaan Calon PRU 12 |
Korban Pas Pasir Gudang 1428H |
Rumah Terbuka Pas Pasir Gudang 2007 |
Bantuan 12 Ramadhan 1428H di Kg. Pasir Gudang Baru |
Sumbangan Ramadhan 1428H Kg. Baru Plentong |
Anda Pelawat Ke
Dana Pilihanraya
Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang
No. 32, Jalan Mawar 33, Tmn. Mawar, 81700 Pasir Gudang, Johor.
Akaun Bank Islam - 01087010019872
Way Of Life
Arkib Blog
-
►
2012
(10)
- ► April 2012 (5)
- ► Januari 2012 (1)
-
►
2011
(25)
- ► Disember 2011 (4)
- ► April 2011 (6)
- ► Februari 2011 (4)
- ► Januari 2011 (2)
-
►
2010
(173)
- ► Disember 2010 (1)
- ► November 2010 (1)
- ► Oktober 2010 (5)
- ► September 2010 (3)
- ► Julai 2010 (12)
- ► April 2010 (24)
- ► Februari 2010 (12)
- ► Januari 2010 (23)
-
►
2009
(53)
- ► Disember 2009 (7)
- ► November 2009 (2)
- ► September 2009 (3)
- ► April 2009 (5)
- ► Februari 2009 (5)
- ► Januari 2009 (4)
-
►
2008
(161)
- ► Disember 2008 (3)
- ► November 2008 (15)
- ► Oktober 2008 (10)
- ► September 2008 (17)
- ► Julai 2008 (14)
- ► April 2008 (12)
- ► Februari 2008 (23)
- ► Januari 2008 (13)
-
▼
2007
(252)
- ► Disember 2007 (14)
- ► November 2007 (14)
- ► Oktober 2007 (29)
- ► September 2007 (38)
- ► Julai 2007 (20)
-
▼
April 2007
(14)
- Program Hi-Tea Bersama Dr. Lo' Lo' Hj. Ghazali anj...
- PR Ijok: Tan Sri Khalid Ibrahim - Calon PKR
- Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Pas Kawasan Pasir...
- Pengisian: Usrah dan Tadribiyah Pas dan adab-Adab ...
- Mesyuarat Agung Pas Kawasan Pasir Gudang sesi 2007...
- Ceramah Ustaz Khalid di Pejabat Pas Seri Alam
- Ceramah Ust. Mokhtar Senik di Pejabat Pas Kawasan ...
- Ceramah Maulidur Rasul oleh Dato' Seri Harussani Z...
- Ceramah Ust. Azam Razak sempena Sambutan Maulidur ...
- Mahathir: Paklah kayakan saudara
- Pertemuan bersama Parti Keadilan Rakyat
- Ust. Nasaruddin Tantawi: Perjuangan & Pengorbanan
- Ikhlas dalam berjuang
- Menjadi Pendakwah yang disukai
- ► Februari 2007 (11)
- ► Januari 2007 (16)
-
►
2006
(17)
- ► Disember 2006 (4)
- ► November 2006 (3)
- ► Oktober 2006 (4)
- ► September 2006 (3)
- ► Julai 2006 (1)
Kategori
- Aduan (2)
- agama (1)
- audio (13)
- Bantah Judi (2)
- Bantuan (32)
- ceramah (75)
- Demonstrasi (4)
- Edar Risalah (5)
- Galeri (10)
- Husam Musa (1)
- ibrah dari sirah (1)
- Iklan (1)
- Islam Hadhari (3)
- isu (22)
- Jualan (1)
- Kg Gudang Baru (1)
- Kg. Baru Plentong Tengah (3)
- Kg. Pasir Gudang Baru (1)
- MAKLUMAN (1)
- Merdeka (14)
- Muslimat (6)
- pasti (16)
- Permas Jaya (1)
- pilihanraya (7)
- POLITIK (1)
- POLITIK MURAHAN (1)
- Remaja (2)
- Rewang (2)
- Risalah (1)
- Sukan (2)
- Sumbangan (2)
- syed othman (arab) (14)
- Tahlil (2)
- Tazkirah (28)
- Tmn. Air Biru (1)
- Tmn. Cendana (1)
- Tmn. Nusa Damai (1)
- Tmn. Rinting (1)
- tv (5)
- usrah (11)
- video (73)
- WPI (14)
Rakan Blogger
Jumlah Paparan Halaman
PR Ijok: Tan Sri Khalid Ibrahim - Calon PKR
Abdul Khalid Ibrahim dilahirkan pada tahun 1946 di Kampung Jalan Raja Abdullah, Jeram, Batu 20, Kuala Selangor dan merupakan anak watan kebanggaan penduduk di kawasan tersebut.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jeram sekitar awal 1950an dan menduduki peperiksaan Special Malay Class. Khalid Ibrahim seterusnya menyambung pelajaran di sekolah Inggeris di Kampung Kuantan.
Beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dan lulus cemerlang dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi. Khalid Ibrahim kemudian memperolehi Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Queensland, Australia.
Khalid Ibrahim, anak jati Kuala Selangor, kini adalah Pengerusi Dana Amanah Millenia Berhad dan ahli lembaga pengarah Sirim Berhad. Beliau juga dilantik sebagai penasihat Bank Pembangunan Islam (IDB), Jeddah.
Beliau adalah Ahli Lembaga, Institut Penyelidikan Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Majlis Produktiviti Kebangsaan dan Ahli Kehormat Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).
Bekas guru dan pensyarah di beberapa institusi pengajian tinggi ini pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Permodalan Nasional Berhad (1979-1994) dan Ketua Pegawai Eksekutif di Kumpulan Guthrie Berhad (1995-2003).
Di PNB, beliau adalah antara tenaga utama yang menjayakan Skim Amanah Saham Nasional dan kemudiannya Amanah Saham Bumiputra sehingga mampu memberikan pulangan yang baik kepada pelabur. Skim ini kemudiannya diperkembangkan kepada seluruh rakyat malaysia melalui pelbagai tabung lain.
Penduduk Kuala Selangor sering mengingati jasa Khalid Ibrahim yang mengusahakan pembinaan Pusat Latihan Penyelenggaraan Jentera Perindustrian dengan kerjasama UMW Berhad di Kuala Selangor. Pusat tersebut telah membantu memberi latihan kepada remaja miskin dari kawasan sekitar termasuk Ijok, sebelum diserapkan sebagai tenaga kerja di UMW Berhad. Pusat tersebut mula beroperasi dari tahun 1994 sehingga kini.
Khalid Ibrahim juga memperkenalkan Program Rakan Jaya Diri yang khusus untuk melatih pelajar-pelajar yang tercicir dari persekolahan. Mereka diberi peluang latihan dalam kerja di Guthrie Berhad dan diajar kemahiran komunikasi dan kemahiran asas pejabat bagi memudahkan mereka diserapkan berkerja di mana-mana syarikat.
Kedua-dua program ini memberi sumbangan bermakna kepada meningkatkan taraf kehidupan penduduk sekitar Kuala Selangor termasuk Ijok.
Atas kesedaran bahawa negara dan negeri Selangor sendiri berada di dalam keadaan yang parah akibat penyelewengan, korupsi dan salahguna kuasa yang berleluasa; Khalid Ibrahim mengambil keputusan bahawa keadaan mesti diperbetulkan melalui perubahan politik.
Kerana itu, Khalid Ibrahim menyertai Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2006 dan dilantik sebagai Bendahari Agung dan kemudiannya Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor. Pada tahun 2007, beliau telah dipilih sebulat suara oleh ahli-ahli parti di Bahagian Kuala Selangor sebagai Ketua Bahagian.
Usaha menaikkan taraf hidup rakyat dan pendidikan anak-anak muda adalah keutamaan Khalid Ibrahim. Pengalaman beliau sendiri yang membesar di dalam suasana kampung di Kuala Selangor, membolehkan Khalid Ibrahim memahami kepentingan pendidikan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.
Sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat Ijok, beliau akan memberi tumpuan kepada usaha untuk memperbaiki taraf kehidupan penduduk Ijok dengan memperkenalkan program-program ekonomi dan sosial, dengan penekanan khusus kepada maju diri dan pendidikan belia — supaya Ijok dan seluruh warganya menjadi contoh kepada negeri Selangor dan seluruh Malaysia.
Berbekalkan pengalaman dan pengetahuan beliau, Khalid Ibrahim yakin akan dapat memainkan peranan berkesan, dengan sokongan rakyat, untuk menjayakan misi ini.
http://ijok2007.wordpress.comUcapan Perasmian Mesyuarat Agung Pas Kawasan Pasir Gudang sesi 2007-2009 oleh Hj. Mahfuz B. Omar
"Diwaktu orang lain kecundang dengan ugutan dan ujian... saudara-saudara masih berada di sini untuk meneruskan perjuangan ini."(6.30)
"Bukan kita seronok-seronok untuk masuk pilihanraya nak lawan umno. Kerana di tempat tiada umno takkan kita nk tinggalkan perjuangan? Perjuangan dlm pas bertolak kepada nilai Aqidah dan ibadah kepada Allah swt."(9.00)
"Kita perlu merekrut pemuda-pemuda dan anak-anak untuk menggantikan tempat kita. Jangan sampai ayah Pas tapi anak pun tak tahu ayah dia Pas."(20.40)
"Rakyat sering tertipu dengan propaganda media. Ringgit kukuh dan sebagainya..." (34.40)
Klik di sini untuk mendengar rakaman audio ucapan perasmian Mesyuarat Agung Pas Kawasan Pasir Gudang sesi 2007-2009 oleh Hj. Mahfuz B. Omar.
Pengisian: Usrah dan Tadribiyah Pas dan adab-Adab Berjamaah - Ust. Khirul Muntanazar
Ceramah yg disampaikan oleh Ust. Khirul Muntanazar B. Ismail Dewan Ulama Pas Johor. Sila klik untuk dengar.
Mesyuarat Agung Pas Kawasan Pasir Gudang sesi 2007/2009
Pas Kawasan Pasir Gudang telah mengadakan Mesyuarat Agungnya di Pejabat Pas Cawangan Tmn. Saujana pada hari Ahad 22 April 2007 yang lalu. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Hj. Mahfuz B. Omar, ahli jawatankuasa Pas pusat. Pemilihan kali ini mencatatkan beberapa perubahan di kalangan pimpinan dan ajk Pas kawasan. Adalah diharapkan agar ajk yang terpilih dapat memberi kerjasama dalam gerakerja yang akan diputuskan dalam mesyuarat kali pertama nanti.
Pelancaran perasmian Blog Pemuda Pas kawasan juga telah diadakan dengan persembahan multimedia hasil daripada gerakerja Lajnah IT dewan pemuda pas pasir gudang.
Ceramah Ustaz Khalid di Pejabat Pas Seri Alam
Klik di sini untuk mendengar rakaman audio:
Download Flash Player jika anda tidak dapat mendengar rakaman ini.
Ceramah Ust. Mokhtar Senik di Pejabat Pas Kawasan Pasir Gudang
Ceramah mingguan Pas Kawasan Pasir Gudang kali ini menjemput Ust. Mohktar Senik, Naib Ketua Dewan Ulama' Pas Pahang. Anda boleh ikuti rakaman audio ceramah beliau di sini.
Klik di sini untuk mendengar rakaman audio:
Download Flash Player jika anda tidak dapat mendengar rakaman ini.
Mahathir: Paklah kayakan saudara
Pertemuan bersama Parti Keadilan Rakyat
Dalam satu perjumpaan bersama Parti Keadilan Rakyat dan Barisan Alternatif, Tian Chua dalam ucapannya mengajak orang cina membuat perubahan dan menolak barisan kepemimpinan umno khususnya di Johor. Beliau juga menyentuh isu WPI yang akan hanya menguntungkan usahawan dari Singapura dan mengabaikan kepentingan orang melayu di Johor.
Ikhlas dalam berjuang
Pejuang Islam mestilah ikhlas dan mempunyai niat yang sebenar kerana Allah, menuntut keredhaanNya dengan menegakkan agamanya sehingga didaulatkan.
Abu Musa Al- Ashaari menceritakan: seorang Arab Badwi datang menemui Rasulullah, dia berkata: Orang yang berperang kerana mahukan harta rampasan, orang yang berperang kerana mahukan disebut orang, berperang kerana riya’, maka siapakah yang dikira berperang pada jalan Allah? Sabda Rasulullah: Sesiapa yang berperang supaya “kalimatulllah" itu menjadi tinggi, maka dialah yang berperang di jalan Allah.
Ini bermaksud perjuangan untuk menegakkan Islam menurut situasi dan keadaan samaada melalui pilihanraya sehinggalah berperang di negeri, tidak ada cara lain daripada mestilah dengan niat yang Ikhlas. Firman Allah swt:
Dan tidaklah diperintahkan kepada meraka melainkan mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus (al-Bayyinah:5)
Apabila mengikhlaskan niat kerana Allah semata-mata maka mestilah membersihkan hati daripada sifat-sifat yang merosakkan niat seperti riya’, ujub dan sum’ah.
Menjadi Pendakwah yang disukai
Individu hanya dapat mempengaruhi sikap, pemikiran dan tingkah laku individu-individu yang menyukai diri kita. Orang yang berhasrat menjadi pendakwah yang memiliki daya pengaruh yang tinggi langkah pertama adalah meningkatkan daya tarikan sosial.
Dalam erti kata lain individu perlu memperbanyakkan ciri-ciri peribadi yang dapat membuatkan dirinya mudah disukai ramai.
Gaya bercakap seseorang dipengaruhi oleh emosinya. Apabila seseorang menyukai lawan bualnya, percakapan dan perbualannya dengan orang itu dipenuhi oleh ciri-ciri komunikasi yang positif di mana dia banyak memuji-muji orang itu dan dia seronok dengan kehadirannya.
Manusia tertarik dan suka berinteraksi dengan individu-individu yang memenuhi keperluan jiwanya kerana orang seperti itu menaikkan estimnya dan membuatkan mereka berasa seronok dengan keadaan diri mereka sendiri. Apabila individu-individu seperti itu juga mengasihinya, estimnya naik lebih tinggi lagi dan jiwa dan kalbunya berasa tambah seronok. Itu sebabnya manusia menyukai orang yang suka dan kasih kepadanya. Dia berasa senang dengan kehadiran orang seperti itu. Oleh itu, dia suka berada bersama-sama mereka. Dia juga suka bercakap-cakap dan berbual-bual dengan mereka.
Tahap pertama dalam berdakwah adalah menjadi seorang yang mudah disukai oleh mereka yang menjadi sasaran dakwah. Apabila mereka suka kepada si pendakwah, mereka akan suka dengan kehadirannya di mana mereka suka bertemu, berkenalan, berkawan, bercampur gaul, bersahabat dan berkasih sayang dengannya.
Pakar-pakar psikologi dan pakar-pakar komunikasi memberi panduan bagaimana menjadi orang yang mudah disukai:
Tingkatkan sikap mudah menyumbang dan memberikan kerjasama kepada sesiapa sahaja. Dalam erti kata lain, kita itu mesti suka menolong orang lain. Ini penting. Manusia suka kepada manusia lain yang suka menolong orang lain. Orang yang pernah menerima pertolongan daripada seseorang menyukai orang yang menolongnya. Kajian pakar psikologi mendapati, orang yang pernah menerima pertolongan seorang mudah terpengaruh oleh kata-kata, pandangan dan nasihat orang yang pernah menolong mereka. Satu perkara yang menarik adalah, kajian mendapati seseorang itu cenderung menyukai orang yang pernah ditolongnya.
Jadilah orang yang jujur, ikhlas dan berhati baik. Gambarkan sifat-sifat mulia itu dalam percakapan dan perbualan. Manusia memang suka kepada orang yang memiliki sifat-sifat itu. Bagi menggambarkan kita seorang yang baik, jangan suka bercakap hal-hal yang negatif. Apabila bercakap, bercakaplah perkara-perkara yang baik sahaja. Jangan sekali kali ‘bersandiwara’ kerana apabila orang tahu kita cuma berpura-pura baik, sampai mati orang akan benci kepada kita. Kita tidak mungkin dapat membuat orang yang curiga pada kejujuran dan keikhlasan kita supaya menyukai diri kita.
Kurangkan bercakap. Ada orang pandai dan petah bercakap sehingga melakukan kesilapan “banyak cakap”. Sifat ini membuatkan orang yang mendengar tidak suka perangai ini. Banyakkan mendengar daripada bercakap. Biar orang yang hendak dipengaruhi itu yang mendapat banyak peluang ber-cakap. Adalah sifat manusia suka mendengar suaranya sendiri, oleh itu manusia suka kepada orang yang membenarkannya mendengar suaranya sendiri barulah dia bersikap terbuka kepada pandangan dan nasihat kita dan dengan itu barulah kita dapat mempengaruhinya.
Tingkatkan kemahiran menarik minat orang lain kerana manusia sentiasa menghargai kata-kata pujian. Gunakan teknik-teknik yang betul apabila memberi pujian. Selalulah ucapkan kata-kata penghargaan. Manusia mudah terpengaruh dengan kata-kata orang yang pandai memberi pengiktirafan dan penghargaan kepadanya. Orang yang pernah menerima pengiktirafan, pujian dan penghargaan daripada seseorang bersikap lebih terbuka kepada pendapat dan nasihat orang itu. Sebaliknya mereka tidak suka orang yang banyak mengkritik dan menegur mereka meskipun niatnya adalah baik.
Apabila bercakap-cakap dan berbual-bual gunakan gaya positif dan kooperatif. Gaya positif tidak menggunakan perkataan negatif. Gaya kooperatif pula bermakna seseorang itu tidak tunjuk dia seorang yang lebih pandai dengan cara membuktikan orang lain bodoh, salah atau tidak betul. Orang yang tidak pandai berkomunikasi cenderung membuktikan orang lain bodoh bagi membuktikan dirinya pandai. Tidak ada orang yang suka dirinya dibuktikan salah dan lebih bodoh daripada orang lain. Orang yang pernah kita buktikan bodoh, salah dan silap tidak akan menyukai kita. Orang yang bijaksana menggunakan cara-cara lain yang lembut dan sopan bagi membuktikan diri mereka betul.
Apabila berbual-bual, jangan tunjukkan kita berminat dengan diri sendiri. Ramai orang suka bercakap “ana ana ana…” daripada mula bercakap sampai habis. Ia membosankan orang yang mendengar. Oleh itu berjimat cermat apabila menggunakan perkataan ‘ana.’ Manusia memang berminat dengan dirinya sendiri dan mereka menyangka cerita mereka adalah paling menarik untuk diperdengarkan kepada orang lain. Ingatlah, cuma kita sahaja yang yakin cerita diri kita adalah cerita yang paling seronok didengar. Bagi menjadi orang yang disukai oleh orang lain, jangan banyak bercerita tentang diri sendiri, sebaliknya galakkan orang lain bercerita mengenai diri mereka sendiri.
Apabila berkomunikasi gambarkan kita banyak bersetuju dengan sikap dan pemikiran rakan bual. Tunjukkan kepada rakan bual kita bersetuju dengan sudut pandangannya. Manusia mudah menyukai individu-individu lain yang bersetuju dengan mereka. Tunjukkan juga idea-idea dihargai dengan cara itu estimnya meningkat. Manusia suka kepada manusia-manusia lain yang menaikkan estim mereka. Lebih baik lagi, katakan kita menganut nilai-nilai yang serupa dengan nilal nilainya. Teknik ini disebut “teknik bercermin” atau mirroring dalam bahasa Inggeris. Teknik ini adalah berdasarkan teori homofili. Teori ini mengatakan manusia suka memandang wajahnya sendiri. Mengikut teori ini, seseorang itu mudah menyukai orang yang serupa dengannya dan sudut nilai, sikap dan perangainya kerana orang yang serupa nilai, sikap dan perangainya menyukai dan membenci perkara-perkara yang sama.
Gambarkan sikap hidup positif dengan mengelakkan sikap suka merungut-rungut dan jangan bercakap berkenaan per-kara-perkara yang negatif. Elakkan daripada membuat penilaian-penilaian negatif seperti mencari salah ataupun mengkritik individu-individu lain. Kajian membuktikan manu-sia tertarik kepada orang yang positif. Apabila individu menunjukkan nilai-nilai positif, individu-individu yang ber-pegang kepada nilai-nilai positif akan menyukainya dan berminat bagi berinteraksi dengannya.
Apabila berkomunikasi ucapkan kata-kata yang membuat rakan bual berasa seronok menjadi dirinya sendiri. Gambarkan seseorang itu seronok dapat mendengar biji butir perbualan rakan bualnya dengan cara tekun mendengarnya bercakap. Apabila dia berlawak, sambut dengan gelak dan ketawa. Elakkan daripada menyampuk ataupun menyambung ayat ayatnya. Jangan mencelah dan jangan memandang ke tempat lain. Dengan cara itu keperluan jiwanya akan terisi. Manusia suka kepada manusia-manusia lain yang pandai mengisi keperluan jiwanya.
Kemahiran berkomunikasi adalah kemahiran yang besar gunanya. Menurut kajian, orang yang mahir berkomunikasi dipandang sebagai orang yang mempunyai daya tarikan. Mereka juga dipandang lebih tampan, lebih manis dan lebih jelita daripada diri mereka yang sebenarnya. Ini tidaklah menghairankan kerana dengan menggunakan teknik-teknik komunikasi yang betul, setiap kali mereka itu bercakap, mereka pandai membuat orang lain berasa seronok. Akibatnya, orang yang berpeluang bercakap-cakap dan berbual-bual dengan mereka akan jatuh suka dan tertarik kepada mereka.
Sebagai orang yang mudah disukai kita akan banyak menerima ajakan, pelawaan, jemputan dan undangan daripada mereka supaya hadir dalam majlis-majlis yang mereka adakan. Dengan menghadiri majlis-majlis itu kita berpeluang berkenalan dan bersahabat dengan lebih ramai orang lain. Dengan demikian kita mendapat banyak peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan mereka bagi membolehkannya perlahan-lahan mempengaruhi mereka supaya mengubah sikap dan pemikiran mereka sekarang kepada sikap dan pemikiran yang selaras dengan Islam.
Diari
Laman Pilihan
Blog Pilihan
- Dakwah Santai
- Dr. Fikrah
- Halim Islam Online
- Hembusan
- Mimpi Boneka
- Pas Parit Buntar
- PAS Seri Alam 2
- PAS Tebrau
- Pemuda Pas Bukit Katil
- Pemuda Pas Jasin
- Pemuda Pas Johor
- Pemuda Pas Kluang
- Pemuda Pas Pulai
- Pemuda Pas Tawau
- Produk Halal
- Roslan SMS
- Syed Othman
- Tasek Pauh Blog
- Unit Amal Johor
- Usrah Ibnu Masran
- Ust. Nasarudin Tantawi
- Wan Mujahid
Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu
TKO Versi 12 [TranungKite Online]
Ahli Parlimen PAS
Tadah Kitab
Tips Teknologi
Catatan Popular
-
Nampaknya Makin Ramai penyayi dah bosan dengan UMNO
-
Golongan remaja mewakili peratusan tertinggi penduduk di Malaysia. Peranan dan tanggungjawab remaja sebagai generasi pemimpin pada masa akan...
-
Anak merupakan anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai bagi insan yang bergelar ibu dan bapa. Namun, saban hari kita sering digemparkan den...
-
PASIR GUDANG – Akibat tidak tertahan menanggung rindu kerana anak perempuan yang dua tahun dis...
-
Negara malaysia merupakan sebuah negara yang "a dvance " berbanding dengan negara-negara Nusantara yang lain dari segi pengamalan ...
-
ASSALAMUALAIKUM.W.B.TUH. perkongsian buat kita, sedang kita enak bersantai di Malaysia dan bumi lainnya, di sana (Palestin): 7000 keluarga s...
-
Sdr. Syed Othman telah dipanggil oleh wakil penduduk Jalan Permas 2/5 bagi membantu penduduk menyelesaikan masalah perparitan dan kebersihan...